Rawatan Kesuburan di HKL - Kali pertama

KALI PERTAMA DI HKL

Hi!

Macam biasa update last appointment dekat hospital. Semalam aku dengan hubby semangat nak ke HKL, tak sangka sangat hubby begitu bersemangat ☺ happy je rasa nak gi jumpa doktor kat sana. Alhamdulillah walaupun semalam adalah 1st day hari sekolah, trafik agak lancar. Walaupun trafik lancar, parking di HKL pula problem!! susah nya nak cari parking terpaksa parking di luar HKL jalan kaki jauh pula tu.. sangat tak praktikal! kesian sangat kat warga emas yang nak pergi checkup kat hospital, terpaksa jalan jauh. Tapi kami agak bernasib baik sebab klinik infertiliti tak berapa jauh dari parking tu.

Mula mula mengagau gak cari infertiliti klinik kat bahagian O&G.. tanya-tanya staff kat sana rupanya infertiliti klinik tu nama reproduktif klinik.  Bila sampai bilik tu pesakit memang tak ramai, cuma ade 2 pasangan je yang menunggu.. maybe memang dorang datang ikut appointment yang diberi. Keadaan klinik pun tak kelam kabut macam di Hospital Kajang, suka sangat dengan enviroment kat sini ☺.

Aku cakap ngan nurse kat situ aku ade appointment then dia minta IC serta Sijil Nikah.. wei mana la nk bawa sijil nikah ke mana-mana melainkan Kad Nikah!! agak-agak la weh nk usung sijil nikah kesana kemari.. huhuhuh! pastu nurse tu cam nak hangin plak sebab aku x bawa, dia cakap next appointment nanti bw salinan sijil nikah. Lepas bagi ic tu dia minta aku & hubby pergi ambil darah di klinik O&G kemudian datang semula ke situ.

Settle ambil darah aku kembali ke klinik tu, nurse tu suruh aku timbang berat ternyata berat aku naik semula ke 75KG tinggi masih sama 159cm. Lepas dah ambil rekod semua, nurse ajak ke bilik kaunseling. Di sini macam-macam soalan dia tanya, biasa lah.... history perkahwinan la apa lagi kan? pastu tanya berkenaan period semua.. hubby aku pun kena gak tanya macam-macam. Nurse tanya aku pernah buat HSG tak.. aku cakap tak pernah kemudian dia tanya pasal pap smear, tu pun aku tak  pernah buat so, dia nasihatkan aku untuk buat semua tu. Kemudian dia terang kan apa yang akan rawatan yang aku kena lalui nanti. Huishhhh! byk sangat step.. tak larat la weh nak cite.. nanti ade masa aku cite eh.

Lepas dia dah terang kan semua tu, dia kuar kan surat untuk aku test darah pada CD2 kemudian CD21.. Just datang ke HKL kemudian ambil darah. Nurse bagi juga surat untuk test Sperm, patutnya hubby dh kena bagitau date kat dia, tapi dia tak bagi lagi.. almaklumla keje tak menentu. Lagi satu surat yang nurse tu bagi adalah surat nk buat HSG.. untuk HSG ni, aku kena call hospital semula bila muncul CD1 untuk appointment, dia akan arrangekan nanti.

So itu saja la untuk update kali ni.. sebenarnya panjang lebar gak la si nurse tu cerita.. tapi cam tak larat nak cerita dalam ni.. huhuhu! kalau de masa & aku teringat aku share k!

Kalau de sesapa nak tau lebih lanjut or nak tau cara nk refer ke HKL boleh PM aku ok! jangan segan silu.. kita sesama share & belajar.


Ulasan

  1. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan perjalanan TTC Zue.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...nampak lancar je setakat ni...bagus nurse tu terangkan semua steps...dah tau apa yg nak di expect kan... smg Allah permudahkan utk zue... Amin...

    BalasPadam
  3. Bila dh start treatment ni, mmg asik x sabar utk next appointment. Sy punya hjng bln feb, hai jenuh nak menunggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekejap je tu.. takde lama mana.. pejam celik je tu :p

      Padam
  4. slm zue, bleh ke nak terjah je nk tukar kat hkl. aritu buat kat lppkn. bezakan kos2 nye? *betul2 tanya soalan tanpa google apa2 hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kak baby.. rasanya nk terjah je tak boleh. Sebab bila kita call HKL dia akan bg tarikh & masa appointment. So mmg kita kena datang time yang diberi. Napa kak baby tak sambung di LPPKN?

      Padam
    2. Hospital Gov memang dari murah dari LPPKN

      Padam
  5. wahhh...insyallah usaha zue berbaloi...sy mgg ni akan ke hkl untuk hantar surat dan gl..naseb baik zue bgtau kne bawak salinan surat nikah...kalau x mst kene marah gak....tp kan..kita call hkl dia kata first time x yh apoiment datang je bawak surat doc ngn gl huhuhuuh...bersdia untuk kene marah le jawapnye hahahahahaah

    BalasPadam
  6. salam sis.. sy ada masalah irregular menses dan igt nak refer ke o&g hkl.. boleh share info tak mcm mana cara ke sana buat pertama kali? thank you in advance! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi bellaluna..u boleh call O&G department untuk appointment

      Padam
  7. Assalamualaikum.. Sy nak tny kalau sekiranya suami je y ada problem hkl ada buat jgkke? Sbb kebanyakkan sy baca dia lebih kepada wife

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada puan.. nnt dr akan buat segala checkup untuk suami isteri & dr akan suggest treatment apa yang sesuai.. boleh ke klinik kerajaan dulu amik referral letter

      Padam
  8. Assalamualaikum.. Sy nk tny cmne nk dapatkan surat refer letter tu? Kalau kite g klinik swasta lepaa tu bawak surat tu ke hkl bolehke? Sbb sy xth klinik kerajaan mn y boleh kuarkan surat refer letter dan unit apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tapi nnt bayaran akan jadi lain.. x sama dengan surat refer dari kk.. kalau refer dr klinik swasta bayaran mcm swasta juga

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?