Percutian Budget ke Langkawi

Hari Pertama

28.01.2015, Rabu

Flight kami ke Langkwi pada malam hari so aku decide untuk kerja full day hari ni untuk jimatkan cuti. Lepas balik dari opis aku terus ke KL sentral ambil KLIA Ekspress, trip kali ni aku pergi ngan kawan office aku so aku tunggu kawan aku di KL sentral je then gerak sesama ke KLIA 2.

Alhamdulillah flight kami ke Langkawi tak delay, sungguh ON TIME & masa tiba di Langkawi pun cepat dari jadual asal. Kereta sewa kawan aku dah booking sesiap, masa kami sampai kereta sewa pun dah menunggu.

Lepas je sampai di Langkawi kami terus Check In di Cenang Rest House, mulanya nak stay kat situ sampai hari terakhir, tapi kami tukar plan duduk di situ satu hari sahaja. Lepas check in kami terus jalan-jalan cari makan dan survey pakej yang menarik di sepanjang Pantai Cenang, kebetulan bread story still buka dan ada promosi buy 1 FREE 1 so kami beli roti sahaja. Lepas jalan-jalan di kawasan Chenang kami survey survey keadaan sekeliling pantai Chenang.. ummmm rasa aman betul bila tengok laut.


aktiviti yang boleh dilakukan semasa di Langkawi
aktiviti yang boleh dilakukan semasa di Langkawi
Pasar Malam sekitar Langkawi
Dah puas tengok laut kami pun balik ke chalet, mandi dan tidurrrr!!

Kira-kira

Flight - RM142 (return)
Kereta sewa - RM150/3 = RM50 (4 hari)
Tiket KLIA Ekspress - RM35
Roti - RM4.00
Selipar : RM10.00

Total : RM241.00

**Jangan tanya kenapa sewa kereta murah yee sebab kereta sewa tu kawan officemate aku yang punya.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?