Percutian Budget, Langkawi ~ Part 4

Hari keempat

31.01.2015, Jumaat

Hari terakhir di Langkawi, planning hari ni adalah untuk shopping (hari paling ngeri sebab duit mengalir bak AIR). Pagi-pagi kita breakfast dulu di Gerai semalam, nak repeat nasi kuning... nasib kami baik sebab kebanyak kan nasi kuning dah nak abis. Lepas Makan kami ke pantai chenang kononnya buat kali terakhir la sebelum nak balik KL.

kami bertiga di Langkawi
Selipar beli di Langkawi RM10
Aktiviti di Pantai Cenang
Lepas dah lepak kami pulang semula ke hotel untuk check out, sebelum ke Pekan Kuah kami singgah di Zone dulu untuk menikmati Ais Krim Gulung yang di gembar gemburkan sebagai UNIK.Rasa Ais Krim ni boleh la, pada aku Ais Krim McD lagi sedap.
Ice Krim Gulung di dalam The Zone, Langkawi
Lepas dah shoping sikit-sikit di Zone pantai Cenang kami ke ke Pekan Kuah untuk shopping sakan! kalau boleh korang nak shopping shopping la di Pekan Kuah memang kat Pekan Kuah lebih murah dari Pantai Cenang. Kalau Daim 200gm beli di Choco Valley k! 3 paket RM27.90 tempat lain tak dapek! Pesanan paling penting adalah Kacang GAJUS! korang jangan tak tau yer.. harga gajus diPulau Langkawi ni cukup MURAH untuk 500gm RM20 sahaja, tapi ade tempat juga la nak membelinya. Kalau di Hj Ismail Group RM23.90 untuk 50ogm. Kalau korang nak beli gajus yang MURAH & ikan bilis yang kualiti korang beli sederet kedai lama (kedai Cina) berdekatan dengan The Bayview Hotel Langkawi, jangan tanya nama kedai sebab aku tak tauuuu! eheheheh!











Lepas puas shopping kami makan lunch di area Kuah dikedai member officemate aku sedap gak la orang tu masak! kedai dia berdekatan dengan Coco valley di Pekan kuah. Dah kenyang kami ke Makam Mahsuri pula.. Panas berdenting weh Langkawi, abis coklat-coklat yang kami beli tu cair! Bila sampai Makam Mahsuri orang ramai! kami pun survey la brp tiket nak masuk rupanya maheyyyy kooo! RM10.00 sekali masuk. Katanya zaman dulu dulu FREE je takpun bayar singgit or dua ringgit. So tak jadi la masuk just jenjalan di sekitar.

Sekejap je masa dah pukul 4 lebih so kami pun terus gi makan-makan di airport, untuk tidak kempunan kan ABC kelapa kan? so gigih la kami datang lagi ke sini sebelum balik. Bila sampai kat sana kelapa yang besar takde semua yang kecik tapi kitaorang pujuk gak pakcik tu untuk buat kan kami jugakk.. so dia buatkan la. Alhamdulillah, dapat juga makan ABC kelapa.. ternyata rasa ABC kelapa tidak la sesedap seperti yang dilihat di dalam gambar huhuhuh! 

Char kue tiau
ABC Kelapa
Coconut Shake
Lepas je makan kami terus ke Airport, kat sana susun semula coklat-coklat & barang yang dibeli sekali bila ditimbang hamik kooo! barang aku saje dah lebih 15Kilo sian gak kat member aku yang lain, sebab kami kongsi-kongsi beli luggage, aku cakap takpe la aku bayar untuk luggage sian plak kat dorang (teruk perangai aku ni!). Masa nak check in luggage tu barang aku dah lebih 2 kilo tapi nasib baik yang jaga kaunter tu member officemate aku so dia lepaskan! ahahahhaha!

Settle semua check in barang terus gi tunggu flight rehat-rehatkan badan al maklum dah berapa hari berjalan tak henti-henti.. kuar hotel pagi balik nya tengah malam! ahaahhaha! Kali ni flight tak delay syukurrrr! sampai tepat pada masanya. So berakhir la percutian aku bersama kawan-kawan aku, next time kita boleh pi bercuti sama lagi yee.. 

** Bercuti di Langkawi ni memang tak pernah BORING! best je nak nak bab shopping heaven woooo, bawak RM10k pun belum tentu cukup macam macam nak dibelinyaaa!

Kira-kira

Makan & minyak : RM30.00
Shopping : RM250.00
Wrapping : RM15.00

Total :RM295.00 
Total 4 Malam 3 Hari : RM753.90 (ahahahha! takde la budget mana weiii! pokai!!)

Ulasan

  1. kreatifff pacak selipar cenggitu hihihihi.. ala rindu langkawiii huhuhuhu.............

    BalasPadam
  2. Assalam zue,
    waaaaaaaaaaaa
    napa iols tak nampak pun aiskerim gulung dalam the zone tuuuuu???????
    seb baek uols kata abc kelapa tu tak sedap he3
    kalo dak meroyan lagik laaaaa

    BalasPadam
  3. thanks dear for this sharing

    sangat informative untuk kami yang nak bercuti ke langkawi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?