Percutian budget ke Krabi - Day 1

Excited sangat kan balik bercuti terus UPDATE entry! huhuhuhuh... standard la aku ni kalau tak update nanti lupa, lagipun tak busy sangat leh la update.

Krabi adalah tempat yang hubby nak sangat pergi, masa awal bulan march hari tu de sale FREE flight kat airasia go, so aku bagitau hubby then dia suruh booked so aku pun booked la. So aku story day by day la eh.

Day 1

Pada hari kejadian hubby balik lewat, pukul 2 pagi baru habis keje flight kitaorang pukul 7 pagi so pukul 5 nak kena gerak. Hubby dapat tido dalam 2 jam je macam tu, sampai kat Putrajaya Sentral 5.30 pagi macam tu. Terus beli tiket ke KLIA 2 kami ingat kan sempat la sampai time sebelum boarding, sekali kena berlari sebab flight kami sudah di annouce! OMG! dah la dia punya gate bapak punya JAUHHH! 3rd last wokehhh gate dia! lenguh kaki nak kejar kan sebelum gate CLOSED. akhirnya Alhamdulillah sempat. So korang kalau nak pergi Krabi naik Air Asia MAKE SURE kuar awal k.

Yes! we ready for honeymoon.. sebelum kejadian berlari di KLIA2
Muka penat setelah berlari.. hikhikhik!
Sampai kat Krabi dalam pukul 8.30 pagi kat Krabi lebih kurang pukul 7.30. Kami cepat cepat turun sebab ni TIPS dari Zana kalau lambat memang beratur PANJANG la kau nak cop passport nanti, sampai kat tempat cop passport aku orang yang ke 2 Yeayyy! tengok belakang panjangnya beratur.. hikhik! kaunter dia buka 2 je tu yang panjang tu.

Kuar dari tempat arrival tu terus cari bas ke Aonang, kaunter tak buka lagi wokeh, makanya tunggu je la kaunter buka. Tak sampai 5 minit kaunter pun buka, aku terus pergi beli kemudian terus kuar cari bas. Bas ke Aonang ni kena tunggu sampai penuh, Korang jangan risau nanti sebelum bas tu gerak ada seorang akan tanya korang nak benti kat mana atau pun akan tanya nama hotel korang, lebih kurang pukul 9.00 macam tu bas pun gerak. Bas ni akan berhenti di Krabi Town untuk transfer kan orang yang duduk kat pulau-pulau lain, kemudian bas akan sambung perjalanan ke Ao Nang.

Kuanter tiket bas
Kami adalah orang pertama yang naik bas.. eksaitednyaaa!
Perjalanan dari Airport ke Ao nang dalam 45 minit macam tu, enjoy gak la perjalanan ni rilex jee, bas pun selesa! Kami duduk di Krabi White Sand, dekat sangat dengan McD disini berdekatan gak dengan kedai-kedai shopping dan yang paling penting dekat dengan CIMB bank, kiranya happening skit la area sini.

tempat penginapan kami 3H 2M yang sangat selesa! ade swimming pool gak tau!
Sampai di Hotel lebih kurang dalam pukul 10.15 macam tu, ingat dah boleh check in tapi tak boleh lagi terpaksa la tunggu nasib baik dia terus bagi password wifi leh la hilangkan bosan. Sementara tunggu tu kami cari gak la pakej apa yang boleh dibuat untuk petang ni tapi sebenarnya aku memang dah planning 1st day tu nak pi sunset snorkeling, so kami pilih pakage ni untuk 1st day.
kami bernasib baik dapat pakej murah hanya 650baht/pax.. kami tanya orang lain semua kena bayar 1,200baht/pax.. SYUKUR!
Lepas dah decide pakej apa nak pergi petang tu kami pergi makan dulu isi perut! walaupun dah makan nasi lemak masa dalam flight tetap nak makan kan! sambil tu jalan jalan dekat tepi pantai Ao nang tu. Lepas dah makan & jalan-jalan kami balik semula ke hotel, still lagi tak boleh nak check in! lama gak la nak kena tunggu hampir pukul 1.00pm la baru leh check in! pick up nak pergi pulau pun pukul 1.00pm.. kelam kabut la kami nak tukar baju!! sampai SUN BLOCK pun lupa nak pakai!

Jus nenas, makan sekali dengan tom yum.. makanan lupa nak ambil gambar
Kami di pantai Ao nang
7 Island Package/ Sunset snorkeling

Orang thai ni memang tepat waktu, cepat je amik kitaorang kat hotel. Mulanya kami amik pakej naik Longtail boat je sekali dapat boat besar, actually tengok long tail lagi seronok dari naik boat besar ni sebabnya longtail xde la crowded sangat macam boat besar ni. Mula-mula kami ke pulau yang pertama Phra Nang Beach kat sini diberi masa dalam 45min jalan sekitar pantai ade gak gua kat sini.. dalam gua tu ade banyak patung bentuk anu lelaki.. yucksss! bau dia pun hmmm tak boleh tahan. Kat sini ade jual makanan kat atas boat sesapa lapar leh la beli kat sini.

nasib korang la tengok aku berselfie.. hikhikhik!
Nampak tak ade boat jual makanan situ?
patung bentuk anu lelaki
Pemandangan sekitar pulau
Gua batu kapur
Pulau kedua kami pergi chicken island, kat sini kami semua turun snorkeling.. ramai sangat orang yang snorkeling kat sini.. airnya pun tak jernih! ikan takde! coral banyak yang mati. aku sekejap je turun kat sini, sebab tertendang batu karang! ouchhh!

Gambar wajib dalam air.. laki aku ntah kemana ntah
Khazanah yang ada dalam laut.. ikan??? yilekkk!
Lepas kat chicken island kami di bawa di sekeliling chicken island ni, pastu boat berhenti di satu pulau.. kat sini agen boat benarkan kami semua melompat dari atas pun! best gak.. tapi sayang aku tak tau berenang if aku tau berenang sure aku dah terjun gak

ni mereka main terjun-terjun
Lepas dah main terjun-terjun kami kemudian dibawa ke Tup island. Tup island ni ade satu benteng pasir yang menghubungkan 2 pulau, tapi disebabkan dah petang so air pun dah mula pasang maka tak nampak la benteng pasir tu. Aku pun malas nk turun sebab kena transfer ke boat kecik untuk ke pulau tu.. pfttttt sangat if naik long tail leh je sampai gigi air, lagipun hubby aku sakit kepala takde mood nak turun katanya so kami tunggu je la dalam boat. sementara tunggu yang lain tu pemandu boat & awak-awak boat candat sotong... banyak tu sotong yang mereka dapat! cam senang je mereka candat. Hasil mencandat tu dia rebus & bagi kat semua penumpang boat, manis betul rasa sotong FRESH!

Laki aku dah sakit kepala, tak cukup tidur.. sian la hai!
aku pula steady je sengih-sengih.. terlebih tidur! ahahah!
Matahari mula nak terbenam di Tup Island
Masa kat sini pun matahari dah mula terbenam, memang subhanallah cantik permandangan ni.. jatuh cinta betul aku ngan pulau-pulau ni. Sebelum matahari betul-betul terbenam kami dibawa ke Poda Island untuk makan sambil melihat matahari terbenam. Kat sini diberi masa dalam satu jam gak, lepas dah makan semua naik ke boat dan terus kan ke detinasi terakhir.

Matahari dah nak terbenam di Poda Island
Makan dinner sambil tengok sunset.. sesuatu yang lain dari yang lain
Sebelum pulang ke Ao nang kami di bawa ke satu tempat untuk snorkeling diwaktu malam. Mesti tertanya tanya apa je yang nampak dalam air kalau snorkeling waktu malam? haaaa di sini la yang RARE sangat, kita boleh tengok plankton dalam air bila kita goyang-goyang tangan & muka plankton ni akan mengeluarkan cahaya, macam kunang kunang/bintang yang berkelip didalam air! ni adalah pengalan yang lain dari yang lain.. aku bagi 5 starrr!! tapi sayang.. kat sini tak lama dan takde gambar.

Lebih kurang macam ni yang aku nampak dalam laut tu.. exprience yang menarik
so selesai la aktiviti kami pada hari yang pertama, seharian hubby tak tidur so memang tak larat la dia nak berjalan-jalan so kita extend la aktiviti kepada esok hari.

Kira-kira

Flight + Hotel (Air Asia GO): RM500.00 
Tiket KLIA transit: RM12.40 
Nasi Lemak + Mineral Water (Air Asia): RM28.00 
Tiket Bas ke Ao Nang: 300 baht * 0.1148 = RM34.44 
Mineral water (2 botol 1.5 lit): 20 baht * 0.1148 = RM2.29
Rokok: 66 baht * 0.1148 = RM7.57
Pakej 7 island: 1,300 * 0.1148 = RM149.24
Makan lunch: 220 baht * 0.1148 = RM25.25
Pancake banana coklat: 40 baht * 0.1148 = RM4.59

Total untuk 2pax : RM1,033.78 - RM500.00 (dah tempah awal) = RM533.78 

Ulasan

  1. Assalam zue,
    santeknyaaaaaaaaa gambor last tu
    hengatkan deme boh lampu dalam ayor he3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?