Khamis, 23 April 2015

Percutian budget ke Krabi - Day 2 (Petang - Malam)

Day 2 (Petang - Malam)

Lepas makan meggi terus mandi, then kami turun ke reception tanya pasal nak sewa motor. Tak lama tu budak sewa motor tu datang anta motor, dia mintak passport hubby untuk buat deposit, nak pakai passport aku passport aku plak kena wat deposit hotel. Passport tu dia masa kita check out & pulangkan motor nanti.


brother kena pakai helmet warna PINK! ahahaha!
Motor yang kami sewa
untuk kenang-kenangan
Lepas dapat motor terus gi isi minyak FULL tank lagi.. aku suruh isi minyak separuh je tapi degil nak isi penuh! lantak la weh. Kat sini tak perlu lesen ye, cuma kena bawa hati-hati skit la, tempat orang kan. Tempat tujuan kami adalah ke Krabi town! sesat sesat gak la kami cari Krabi town. huhuhuhuhuh! 2-3 kali pusing baru la terjumpa jalan, padahal senang je jalan nak ke krabi town. 

Sampai kat Krabi town kami cari pasar makan! almaklum la Krabi night market takde so yang ada pasar makan boleh laaa dari takde. Kat situ aku makan Pancake nutella + peanut, pastu aku beli macam sate ayam lagi satu aku beli pulut mangga. Keadaan di Krabi town malam tu sunyi je, tak happening macam kat Ao nang so sesiapa nak gi Krabi better stay kat Ao nang dari di Krabi town.


Makan pancake lagi.. hubby bosan dah.. ahahah!
Dah settle beli makanan kami pun pulang, dalam perjalanan pulang tu hubby sibuk nak minum air kelapa, sekali terjumpa satu van tepi jalan, dia pusing semula sebab ingat orang tu jual kelapa sekali rupanya orang tu jual limau bali! ahahahaah! tak jadi benti... 

Sebelum shopping hubby nak makan seafood katanya kalau dah datang kat area laut tak makan seafood tak sah OK! so kita layan kan je lah.. cari punya cari ada satu kedai Halal jual seafood di kawasan atas sedikit dari masjid Ao Nang nama kedai nya Al-hud seafood, hubby pilih nak makan siakap stim, kangkung taucu & sotong telur masin.. aku tengok sikit je order nya, sekali sampai lauk-pauknya! mak aihhh banyak & puas hati la! yang penting rasanya sedap & harga berbaloi.


kami makan di sini.. ada juga steamboat/ buffet

banyak & sedap!
Lepas perut kenyang tiba masa untuk SHOPPING! first pit-stop adalah di kawasan depan masjid Ao nang, kat sini aku dapat baju kanak-kanak murah gak la berbanding di kedai-kedai di Ao Nang. Settle beli barang sikit-sikit dia situ kami meneruskan perjalanan pantai di Ao Nang, di sini bayak kedai-kedai survenior! rambang mata nak memilihnya.. korang jangan lupa minta diskaun tau! kalau x dorang ketuk abis-abisan.

Dah abis shopping-shopping hubby ajak pergi 7e untuk beli rokok & air kemudian balik ke bilik & tidur!! esok dah nak balik KL. huarghhhhh! sekejap je masa.

Kira-kira

Sewa Motor: 200 baht * 0.1148 = RM22.96
Minyak: 110 baht * 0.1148 = RM12.62
Pancake : 55 baht * 0.1148 = RM7.76
Satay: 20 baht * 0.1148 = RM2.29
Pulut Mangga: 50 baht * 0.1148 = RM5.74
Seafood: 610 baht * 0.1148 = RM70.02
T-shirt budak-budak (3 helai): 240 baht * 0.1148 = RM27.55
FM 2 pack: 180 baht * 0.1148 = RM20.66
T-shirt (XL & L): 400 baht * 0.1148 = RM45.92
T-shirt hubby : 199 baht * 0.1148 = RM22.84
Beg: 250 baht * 0.1148 = RM28.70
Air + rokok: 102 baht * 0.1148 = RM11.70

Total : RM278.79

1 ulasan:

  1. Assalam zue,
    kalo deme amek pasport kita tu tak bahaya ka kalo kita kena tahan polis thailand???
    minta pengenalan diri takdak kan3
    cencaner???

    BalasPadam