Percutian budget ke Krabi - Day 2

Day 2

Di sebabkan kepenatan yang teramat sangat, kami mengambil keputusan untuk bangun lewat skit dan tak ambil full day tour, takut-takut collapse lagi macam semalam. So hari ni aktiviti santai santai sahaja!

Dalam pukul 9.00pagi macam tu kami turun kebawah sebab kebetulan elektrik satu Ao Nang takde, so memang kepanasan la, aku ke reception untuk bertanya kan pakej untuk half day ingat nak pergi emerald pool & blue pool tapi pakej dia semua pada waktu pagi so kami cancel niat untuk ke sana nampak plak pakej elephant riding so kami ambil keputusan untuk elephant riding + waterfall.

Sekitar Ao Nang takde eletrik
Kemudian kami pergi cari breakfast berdekatan dengan masjid Ao nang, di situ nampak gayanya memang banyak kedai makan yang Halal berbanding di kawasan hotel kami. Jalan kaki ke sana dalam 15 minit macam tu. Jalan punya jalan ternampak satu kedai jual nasi briyani ayam ala thai, so kami decide makan kat sini je. Kami order Nasi briyani & Roti Volcano! Nasi briyani dia sangat sedap, roti volcano plak ok la macam roti tisu letak coklat & susu.

Suasana di Ao Nang
Masjid di Ao Nang, banyak kedai Halal kat sini
Cantik rumah ni ☺
Nasi Briyani ayam yang sedapppppp!
Roti volcano yang menarik!
Lepas dah makan tu kami menuju pulang ke hotel, sambil jalan tu cari gak la pulut mangga ingat nak makan kat hotel nanti, sekali tak jumpa plak. Masa kami jalan tu terjumpa satu kedai nasi campur, so alang-alang tu kami bungkus la sekali untuk makan tengah hari. Sambil-sambil jalan tu kami jumpa kedai jual buah benti lagi beli nenas ngan melon! huiiii manis buah-buahan kat sini. 

Jalan sekitar Aonang.. kat sini gak ada jual-jual barang pada waktu malam
Selain misi mencari makan kami juga mencari tiket bus untuk balik esok, then terjumpa satu kedai menjual tiket bus betul betul berdepan dengan McD. So kami beli je kat situ, dia bagi Van untuk kami, dia cakap just tunggu je kat depan lobby esok.

Alhamdulillah balik je hotel elektrik dah ada, kami lepak lepak je dalam bilik sementara tunggu aktiviti petang ni. Nak keluar memang panas berdenting! Dalam pukul 12.30 macam tu kami makan lunch yang kami bungkus tadi.

Makan lunch kami, Paprik + ikan goreng + kari ikan.. yang penting SEDAP
Kuih yang tak tau namanya
Elephant Riding + jungle trekking waterfall

Tepat pukul 1.00pm diaorang datang pick up, terus menuju ke waterfall. Jauh gak perjalanan nak ke waterfall tu, adalah dalam 1/2 jam macam tu. Masa menuju ke waterfall tu dia berhenti pick up tour guide kejap, tak lama tu kami pun sampai di waterfall.

Perjalanan nak ke waterfall
Kami dah sampai!!
Masa kat waterfall ni kita kena melalui jalan hutan, sambil jalan tu dia tunjuk la pokok-pokok dalam hutan tu. Kawasan dia memang terjaga rapi & bersih, bila sampai kat waterfall tu kami tengok... alahaiii! waterfall Malaysia lagi syok kot! sungai dia nampak kontang skit, maybe sebab musim panas??
Nampak x air terjun kecik? hihihih!
Salah satu kolam yang ada
Kami berdua naik sampai kat atas! memang lenguh naik tangga.. berenang punya berenang sampai tak ingat baju basah lenjun! ahahahaha! yang paling penting sampai seluar aku KOYAK RABAK! memang tak perasan seluar aku koyak! hubby yang tegur cakap "wei apsal ko pakai seluar koyak?" aduiii malunya.. tak perasan bila masa koyak nya.. sama ada masa nak naik kereta atau pun semasa naik tangga nk trekking ataupun semasa syok-syok berenang. Seluar spare aku tak bawa plak.. tapi nasib baik la bawa towel kecik untuk tutup.. so tercover la skit!

ni air terjun kat tempat yang kami mandi
kalau di telek gambar masa ni seluar tak koyak lagi
Dah puas mandi kat air terjun kami pun turun, aku ni cepat-cepat la naik kereta takut sangat orang lain nampak suar aku yang koyak rabak tu. Sepanjang jalan aku tutup suar aku dengan towel, serius malu gila! rasa nak balik pun ade gak.. mood hilang wei nak naik gajah.

Dalam 15 minit macam tu kami sampai kat tempat gajah.. hati ni resah gelisah nak naik sebab seluar yang koyak tu, tapi gigih kan juga la sebab dah bayar mahal kan! di sini kami di beri sorang sebotol mineral water dan nenas, as usual nenas dia memang sedap. Lepas makan tu kami pun naik gajah, sakit pinggang gak benarnya naik gajah ni, kami dibawa mengelilingi hutan... nasib baik kami dapat rider yang muda.. gajah pun tak banyak sangat songeh. Perjalanan menaiki gajah ni lebih kurang sejam, agak lama la bagi kami yang resah gelisah dek seluar yang koyak tu.

dapat air & nenas sebelum naik gajah
Naik gajah oiii!
Gajah yang membawa kami.. GAGAH perkasa sebab bawa kami berdua
Lepas dah pusing keliling hutan tu akhirnya kami kembali ketempat pertama kami datang, aku cepat-cepat turun. Kemudian bagi gajah makan pisang, lepas tu terus kami ke kereta minta izin dengan driver untuk duduk depan, sebab kami orang pertama yang akan turun so kalau nak turun nanti sure la orang lain nampak seluar aku koyak, nasib baik la driver bagi.... ahahahahah! pengalaman yang tak tau nak dikategori kan sebagai kelakar ataupun pahit!

Pas naik boleh bergambar
boleh gak bagi makan
Muka berjaya happy sebab dapat duduk depan! ahahaha!
Sampai kat hotel hubby aku cakap dia lapar so singgah 7e jap, beli mi segera kemudian terus balik hotel semula.. pas makan aku bersihkan diri kemudian turun semula untuk sewa motor & nak pergi jalan-jalan di sekitar town krabi.

Kira-kira

Breakfast: 220 baht * 0.1148 = RM25.25
Lunch: 180 baht * 0.1148 = RM20.66
Buah: 40 baht * 0.1148 = RM4.59
Tiket ke airport : 300 baht * 0.1148 = RM34.44
Pakej elephant riding: 1400 baht * 0.1148 = RM160.72
Pisang untuk gajah: 40 baht = RM4.59
Meggi: 45 baht * 0.1148 = RM5.16

Total : RM255.41

**sambungan Day 2 (petang-malam) pada next entry 

Ulasan

  1. cinta suar koyak awak eksaited sangat ni ! heehhe tapi kan, ida pergi bali pun seluar koyak jugakkkkkkkkkkkk muahahhahahahha.. atas moto baru sedar, selama mandi tepi pantai dah koyak adehh maluuu HAHHAHHAHHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahah.. rasanya sbb suar basah then melekat kat kaki jalan-jalan tu yg koyak

      Padam
  2. huhuhu...kenangan yg x dapat dilupa tu seluar koyak :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihih.. kelakar pun ada gak.. tapi tu la hilang mood nak naik gajah.

      Padam
  3. Assalam zue,
    roti volcano tu ada sekim ka tu???
    bawah dia apa??ateh sekalo tu cekelat yer?????/
    haaaaaa
    bertingkek2 doklan he3 :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?