Percutian budget ke Krabi - Day 3

Day 3

Hari ni adalah hari terakhir, misi nya hari ni adalah shopping kali terkahir di Krabi, ade nak cari sedikit lagi buah tangan untuk anak-anak sedara aku yang tersayang. Sebelum keluar bershopping aku makan dulu meggi, pulut mangga & sate baki dari makanan semalam, dah beli tak kan tak makan ye tak?? 


jangan membazir.. habis kan makan yang dibeli
Ingat tak hari sebelum ni aku ade sewa motor, so masa yang berbaki banyak lagi.. makanya kami pergi cari sarapan jauh sedikit & merempit, malam tu plan nak g emerald pool naik motor je.. tapi takut masa tak cukup so kami batal kan hajat. Kami pergi makan di area berdekatan dengan kedai seafood Al-hud, kat sini bermacam gak la makanan yang dijual. Ada berbagai pilihan, aku pilih makan nasi daging & hubby pula makan nasi kuning ayam, rasanya?? op kos la sedappppp!! tapi nasi daging tu makin makan makin pedas.

Nasi Daging & Nasi Kuning
Nasi ulam & bihun
Ayam goreng pun ada
Kuih-muih orang Thai
Roti bom & pulut (macam wajib plak kuih ni pada aku.. sedappp)
Nasi daging! tak tahan pedas jangan makan k
Lepas breakfast kami balik semula ke Ao nang, kebanyakan kedai masa ni masih belum buka lagi.. tapi aku jalan slow-slow sambil ambil angin & singgah je kedai mana-mana yang dah di buka. Tak banyak pun kami beli barang, aku memang dah plan tak nak beli banyak sangat barang maklum la dah namanya budget kan? harus la berjimat cermat.

Kedai sekitar Ao Nang
Lepas abis bershopping tu ingat nak la pergi massage jap, tapi tak sempat :(( kami kena check out pukul 11.00 pagi, & van nak balik ke aiport pun kami dah beli pukul 11.30 pagi. So balik hotel & kemas-kemas barang kemudian terus check out. Sementara nak tunggu van tu aku pergi la beli air jap sekali patah balik je ke hotel orang van dah menunggu!! haishhh!! laju je sampai.. nak beli air sekejap pun x sempat.

Kami sampai airport awal, memang sengaja nak sampai sana awal sebab takut tertinggal flight & tak tau nak pergi mana lagi, sambil tunggu flight tu gi makan kat airport tu ade satu kedai halal food kat bahagian luar. Kalau korang dari balai ketibaan tu keluar sampai pintu utama kemudian pusing kiri nampak satu kedai di bahagian luar! haaaa tu la dia kedai halal so boleh makan tanpa was was ok.

kita makan buah dulu
nasi goreng
Lepas kenyang kami beli sim kad thai, sebab boring takde wifi kat area airport ni, so beli satu sim kad untuk wifi kemudian share hot spot dengan hubby, nasib baik murah je dan takde la boring tercongok tanpa buat apa-apa kan. Dalam pukul 4.30pm macam tu dorang dah announce boleh naik flight, alhamdulillah perjalanan balik ke Malaysia dipermudahkan walaupun cuaca tak berapa elok.

mari kita pulang
So tamat la percutian budget kami ke Krabi, kesimpulan nya masa 3 hari 2 malam adalah tidak mencukupi sebab aktiviti ke pulau/ tempat tempat lain adalah aktiviti 1 day tour, so kalau nak pergi sila lah booking lebih masa sikit yeee. Lagi satu pendapat aku bagi yang suka pantai boleh dikatakan memang cantik & menarik sebab bersih kan? tapi kalau khazanah dalam laut, memang Malaysia lagi TIP TOP! 

Kira-kira

Breakfast: 165 baht * 0.1148 = RM18.94
Baju budak-budak: 200 baht * 0.1148 = RM22.96
Keychain & pensil: 180 baht * 0.1148 = RM20.66
Beg kecil x 2: 100 baht * 0.1148 = RM11.48
Buah : 100 baht * 0.1148 = RM11.48
Lunch : 180 baht * 0.1148= RM22.96
Air : 25 baht * 0.1148= RM2.87
Tiket KLIA transit : RM12.40
Parking : RM12.00

Total: RM124.27

Total keseluruhan: RM1,692.25

Ulasan

  1. Assalam zue,
    waaaaaaa
    nampak mengancam nasik daging itu
    iols ni kalo bab2 pedas memang sooookaaaaaaa he3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?