Selasa, 7 April 2015

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-empat (SFA & blood test D21)

Semalam pergi hospital dengan hubby aku, kebetulan (actually bukan kebetulan ngeh..ngehhh) aku kena wat blood test untuk D21. Bertolak dari rumah pukul 8.00am macam tu kemudian cam biasa jalan jammed rabak tak hingat! nasib baik bukan aku yang drive so aku dengan senang lenang leh update IG ahahahha!

Sampai di KL pukul 9.30am appointment aku pukul 10.00am so pergi la breakfast dulu kat food court berdekatan dengan HKL. Selesai makan kami terus ke hospital, sampai sana cakap ngan nurse kami ada appointment kemudian nurse suruh pergi kaunter bayaran untuk membuat bayaran rawatan, alang-alang dah buat bayaran kat kaunter aku ambil no untuk ambil darah sekali. Tunggu ambil darah tak lama mana pun sekejap je.

Lepas ambil darah aku pergi semula ke bilik reproduktif tu jumpa nurse dekat sana & bagi borang. Tak lama tu ade sorang nurse tu kuar bawa borang kami, kemudian kami di bawa ke satu bilik. Dalam bilik tu dia tanya berapa hari dah tak bersama kemudian tanya kat hubby ade makan apa-apa supplement tak, kemudian dia tanya kat hubby berapa batang rokok sehari dia hisap. Setelah tu dia bagi satu botol untuk hubby isi semen dia, setelah selesai ambil semen hubby kami terus anta ke nurse yang tadi.

Masa hantar tu dia suruh tunggu sekejap, tunggu punya tunggu tak pangil-panggil at last aku gi je terjah tanya kat nurse tu.. sekali dia macam blur-blur pastu sengih "eh puan dah takde apa lagi, puan boleh balik" pftttttt! sangat.. tadi suruh tunggu.

Sebelum balik aku dapat kan next appointment, next appointment aku adalah 16.06.2015 (berjanggut nak tunggu!)

Total treatment - RM5.00

8 ulasan:

  1. Assalam zue,
    ish3
    mimpi apa la nurse tu kan3
    he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasai.. hubby dah rengse je tunggu lelama

      Padam
  2. zue mmg lambat..alasan dia doc x de..hahahahaha
    kita dapat apoiment 6/5 dari bln 2 aritu...berjanggut gak hahahahaahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. alorrr.. meh tukar date tukar sama ngan kita meh.. hihihih

      Padam
  3. zue selalunya kalau amik darah ngn specimen kejap jer.x der jumpa Dr sebab dia akan rivew masa next apoitmen dengan DR. mase tu DR akan bagi tau Result sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? abis dia suruh tunggu kita pun tuggu laa.. hihihih

      Padam
  4. salam..utk first appointment cmne??kne terus dtg k??

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi ambil letter kat klinik kesihatan dulu untuk dpt surat refer ke hospital

      Padam