Cuci gigi di Klinik Pergigian UTC Sentul
Ni kisah masa Hari Rabu hari tu after treatment dekat HKL. Aku memang plan nak gi cuci gigi ni dah lama dah tapi tak pergi pergi sebab ade je halangan nya. So masa hari tu ade time kita curi sedikit masa untuk cuci gigi. Aku g Klinik tu dalam pukul 2 lebih macam tu, tengok orang tak ramai.. sampai kat sana terus daftar, masa pedaftaran nurse akan minta IC kemudian dia beri no giliran sekali, masa tengah tunggu tu nurse akan panggil lagi sekali untuk bayar duit pendaftaran untuk kali pertama yee... caj pendaftaran adalah RM1.00 sahaja. Menunggu untuk di panggil Dr tu lama gak la ade la dalam 1/2 jam - 45 minit macam tu makanya harus la bersabar yerrr. Kemudian no giliran aku pun tiba, rasa berdebar betul hati al-maklum baru 1st time pergi cuci gigi, dengar bunyi mesin tu pun dah gerun ok! bila masuk dalam bilik tu nurse suh duduk kat kerusi kemudian Dr datang cek gigi, sambil dia cek tu dia sebut la gigi gigi yang perlu di servis (guna bahasa Dr gigi - aku pun tak paham). Lepas...