Jumaat, 19 Jun 2015

Cuci gigi di Klinik Pergigian UTC Sentul

Ni kisah masa Hari Rabu hari tu after treatment dekat HKL. Aku memang plan nak gi cuci gigi ni dah lama dah tapi tak pergi pergi sebab ade je halangan nya. So masa hari tu ade time kita curi sedikit masa untuk cuci gigi.

Aku g Klinik tu dalam pukul 2 lebih macam tu, tengok orang tak ramai.. sampai kat sana terus daftar, masa pedaftaran nurse akan minta IC kemudian dia beri no giliran sekali, masa tengah tunggu tu nurse akan panggil lagi sekali untuk bayar duit pendaftaran untuk kali pertama yee... caj pendaftaran adalah RM1.00 sahaja. Menunggu untuk di panggil Dr tu lama gak la ade la dalam 1/2 jam - 45 minit macam tu makanya harus la bersabar yerrr.

Kemudian no giliran aku pun tiba, rasa berdebar betul hati al-maklum baru 1st time pergi cuci gigi, dengar bunyi mesin tu pun dah gerun ok! bila masuk dalam bilik tu nurse suh duduk kat kerusi kemudian Dr datang cek gigi, sambil dia cek tu dia sebut la gigi gigi yang perlu di servis (guna bahasa Dr gigi - aku pun tak paham). Lepas dia cek Dr beri aku satu tiub untuk buang air liur, tiub tu dipegang di tangan kiri dan Dr srh masuk kan kedalam mulut, kemudian Dr untuk sedia untuk mengerudi segala karang gigi aku huhuhuhuh! Dr pesan kalau sakit angkat tangan kanan!

Masa dia gerudi memang ngilu, Dr siap cakap karang awak ni tebal tu yang sakit skit... Ok i is redho la nak cantik kan? ahahahaha! lepas settle gerudi tu dia suruh aku berkumur, memang banyak gila la darah & hitam-hitam.. yang hitam tu la karang gigi yang telah melekat untuk sekian lama. Dr cakap awak akan rasa gigi lubang lubang sikit sebab karang gigi tu dah melekar lama & menolak gusi awak... lama-lama dia akan pulih. Alhamdulillah yang penting gigi aku takde yang kena tampal. huhuhuhuh!

Pastu dia catit apa ntah kat kertas & bagitau, next week awak datang semula untuk cuci gigi atas plak... LOL!!! kenapa la tak cuci sekali yang atas?? lagipun next week kan dah puasa... mana boleh cuci gigi! so kita continue la lepas raya yeee.. For your info Klinik pergigian UTC ni hari Sabtu & Ahad pun buka tauuuu! So sesapa yang takde masa nak pergi time weekdays boleh pergi time weekend eh! 

Caj cuci gigi/ scalling hanya RM2.00 sahaja!! Selamat menjaga gigi uolssss!

*cuci gigi memang menyakitkan! rasa serik pun ada, tapi takleh la nak serik kalau gigi tak bersih mulut pun bucuk! ok BAIII!!

18 ulasan:

  1. walaupun free kat utc, still takut nak pegi.. hua hua hua

    BalasPadam
  2. Salam ... nak tanya.. klinik gigi utc sentul/pudu ada perkhidmatan tampal dan cabut gigi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari tu nak cabut dr tu ckp mereka x ble buat klu dah berlubang. tampal boleh la.tu yg pegi klinik 1Malaysia kt sentul pasar.

      Padam
  3. Ade.. saya tampal kat utc sentul.. bayar rm2 je.. dr baik.. :)

    BalasPadam
  4. waktu operasi

    BalasPadam
  5. Dr laki ke pmpuan ye? Segan plk nk jumpe klu dr laki

    BalasPadam
  6. kalo buat rawatan korono ade tak..kalau ade brape ringgit

    BalasPadam
  7. Kat klinik utc boleh tak kalau nak tampal gigi besar di bahagian gigi depan ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya semua boleh.. takde masalah sebab dia macam klinik biasa juga

      Padam
  8. Skit tak cuci gigi tu? Tkut pulak nk g esok...

    BalasPadam