Khamis, 18 Jun 2015

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-Lima (Kaunseling bersama pakar)

Semalam ada appointment di HKL, mulanya malas nk pergi sebab dah banyak cuti tapi sebab terasa sayang sangat nak tinggal treatment maka gigihkan diri juga la pergi jumpa dengan Doktor semalam. Pukul 9 baru bertolak dari rumah, nasib baik jalan tak berapa jem.

Hubby ajak pergi makan dulu, tapi aku cakap sebab dah lambat kita gi la jumpa Dr dulu, dia pun setuju. Sampai kat klinik buat pendaftaran dulu, mulanya kami ke klinik reproduktif nurse kat sana bagitau terus ke klinik O&G katanya klinik kaunseling tumpang kat sana pulak dah skang. Pendaftaran kali ni RM5.00 ye, kemudian dia bagi no & menunggu la kami. Lama gak la masa menunggu hubby pun dah bising bising bosan & mengantuk!

Sampai turn kami Dr pun terang kan semua result yang dibuat hari tu, result darah semua ok yang paling surprise result hormon prolaktin aku! NORMAL ok alhamdulillah... tapi hormon lain plak yang rendah. ahahahaha!  hormon apa aku lupa la plak, sebab nama hormon tu cam pelik-pelik skit kan. Kemudian dia bacakan plak result hubby aku, alhamdulillah semua ok! dia punya sperm pun sihat dia pelik juga kenapa Hospital Kajang dignose laki aku Azoospermia! sian laki aku..

Dia tanya sedikit history kami, tanya umur, berapa tahun kahwin, berapa kali bersama, hubby merokok atau tidak. Lepas tu dia suggest aku untuk makan clomid, dia tanya pernah makan clomid tak aku cakap la tak pernah, kemudian dia cakap kita try ngan clomid dulu baru la kita cuba IUI dan seterusnya IVF. Kemudian dia nak scan aku, untuk tahu tahap PCOS, sebelum dia scan dia minta izin dulu pergi ke klinik lain maybe ade pesakit lain yang dia perlu tengok kot. 

Dia datang semula dan dia ajak aku terus pergi scan, aku nampak dia catit kat kertas ade lebih kurang 15-20 folikel-folikel kecil dah ovari aku, lepas scan tu dia bagitau hubby kena beli & makan ubat untuk sperm ubat tu kena beli kat farmasi HUKM nama ubat tak ingat plak.. ade tulis dekat kertas yang dia bagi semalam.

Lepas settle jumpa doktor, kena jumpa nurse plak untuk bagitau next appointment, sementara nak tunggu tu lamaaaanya laaa.. ade la hampir satu jam jugak nak menunggu! pftttttt sangat! tabah la weh kalau nak deal ngan gov hospital ni. Nurse panggil nama kelam kabut aku pergi.. sampai kerusi tergerak & hubby punya tangan terasa sakit.. sian dia! mana la aku tau kerusi tu bergerak huhuhuhu! Nurse tu plak kelam kabut suruh cepat sebab dah nak lunch hour! kita yang tunggu berejam ni takde plak ko kesah kan? ishhh! 

Nurse tu bagitau, nanti aku kena on clomid masa D2-D3 kena datang hospital untuk scan telur kalau D2-D3 jatuh hari sabtu or ahad sila la datang scan telor pada hari isnin.. masa D1 tu kena call klinik wat appointment. Semua treatment ni akan disambung lepas puasa yeee.. Almaklum masa puasa aktiviti bersama tu kena la slow skit yeee.. kita tumpukan pada ibadah dulu yeahhh... hope semua berjalan lancar yeee.. AMINNNN

Lepas settle semua aku ke Klinik pergigian di UTC sentul plak buat scalling, dah lama nk gi cuci gigi ni tapi asyik la tertunda... nanti aku cerita plak pengalaman aku buat scalling.

Total treatment - RM5.00

12 ulasan:

  1. zue, klinik swasta pon sama gak, lama gak tunggu nya...
    dah lama i x buat scalling...paling takot jumpa doc gigi... huhuhuuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dear.. klinik gigi tu sekejap je tunggu nya.. yang lama tunggu tu jumpa dr infert.. nyampah sgt!

      Tapi Scary sangat jumpa Dr gigi! huhuhuhuh! dengar bunyi mesin sampai ke luar.. huhuhuhuh!

      Padam
  2. Assalam zue,
    AMIN
    chaiyok3 :)
    iols scary betoi kalo bab2 doktot gigi he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu Dr gigi is most scariest DR.

      Padam
  3. wahhh lepas raya...ade rezeki nnt kita jumpe ye :)

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan urusan Zue..syukur semua keputusan normal.doa banyak2 bulan ramadhan penuh berkat ini,semoga Alkah perkenankan..Amin..

    BalasPadam
  5. Salam kenal...semoga dipermudahkan dan murah rezeki mendapat zuriat yg comel dan sihat...amin...

    jmput singgah blog saya :)

    BalasPadam
  6. sy pun x faham mcmna procedure kat spital.. lama sgt nk pgl nama tu. dulu2 x dak fb, laaagi boring.skang ok la jugak ye.. leh blogging juga.

    BalasPadam
  7. Sis makan ubat apa prolaktin jadi normal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan ubat yang dr bekal kan dear

      Padam