Selasa, 2 Jun 2015

Suamiku Kemalangan

Kalau korang ada kat tempat aku apa yang korang akan buat? seriously aku memang BLURRRR gila time ni, gigil tu jangan cakap la.

Malam Jumaat tu hubby balik lambat sebab bos dia dinner, macam biasa time bos dia dinner dia akan update aku dia dekat mana. Pastu dalam pukul 12 lebih macam tu dia whatsapp aku cakap dah nak balik aku pun macam biasa pesan bawa motor tu hati-hati.. dia pun balas OK. 

Aku baru nak terlelap dalam pukul 1pagi macam tu ada no yang tak dikenali call, pastu aku dengar background suara riuh rendah, aku pun cuak gila! orang yang call aku tu minta aku bertenang then dia bagitau yang husband aku jatuh motor. Aku time tu tak tau nak pikir apa, nak nangis tapi hati still berdebar, tak lama tu dia cakap husband akak takde apa apa tapi maybe patah tangan orang lain dah call ambulan untuk bawa suami kak ke hospital. Dia suruh aku datang segera kat tempat kejadian.

Tengah aku mamai mamai nak tukar baju tu husband aku call, dia cakap dia takde apa-apa cuma maybe dia patah tangan now dia on the way nak pergi hospital untuk dapat kan rawatan, dia minta aku bawa baju bajan dia sebab takut dia kena warded nnt.

Bila Sampai unit kecemasan syukur aku tengok hubby OK takde kecederaan serius cuma dia tak boleh jalan, time tu maybe sebab lutut & muscle dia bengkak dek hentakan tercampak kat jalan, pastu tangan dia pun ada nampak tulang yang ternaik. Lepas X ray semua Dr suruh balik dia cakap takde apa yang serius, tapi time tu hubby memang tak boleh jalan lagipun rumah kami kan flat takde lif pulak tu! macam mana nak balik rumah? So terpaksa la balik rumah kakak ipar aku & terpaksa susah kan orang lain.

Sampai kat rumah kakak ipar aku pukul 4 pagi, sebelum tu ade gak aku whatapps kat group family & kat member yg hubby jatuh motor tapi malangnya takde sorang pun yang reply, iye la kejadian jadi di pagi hari semua orang lena tidur kot, Sampai kat umah kakak ipar aku call semua tak angkat hihihihih! lama gak la aku tunggu kat luar, Aku pergi Petronas jap sebab tak tahan nk terkucil, balik dari Petronas tu ramai-ramai tunggu depan rumah nak tau apa yang terjadi pastu nak tunggu hubby kuar kete & nak berjalan tu punya la lama, sebab dia cakap kaki dia sakit sangat & x boleh nk jalan makanya kami semua sabar la menanti nak tunggu dia masuk rumah.

Hari jumaat tu terpaksa la aku amik EL untuk settlekan hal hubby. Hubby seharian duk la ngadu tangan & kaki dia sakit aku kesian kan dia & paksa dia pergi hospital lagi untuk Xray, kali ni kami ke Hospital Ampang sampai kat sana dah petang tiba giliran, hubby kena buat Xray sampai 3 kali then dia di advise oleh pakar tulang, pakar tulang cakap tulang bahu dia dislocation, next appointment nanti dia akan bagitahu apa yang perlu di lakukan, maybe Dr akan suggest untuk buat satu minor operation untuk cantum balik tulang yang dislocation tu.

Lepas dah bincang tu doktor suruh hubby duduk satu hari dekat wad untuk hilang kan bengkak di kaki lagi pun hubby memang tak boleh jalan lagi. Seharian aku teman kan di kat Hospital, penat tu jangan cakap la demi orang tersayang semua nya Ok je. Aku plak paksa dia untuk berjalan sendiri, iye la kalau tak nanti aku kerja siapa nk uruskan dia? Alhamdulillah ke-esokkan nya dia dah boleh jalan sendiri sikit-sikit tanpa bantuan aku.

Syukur sangat hubby alami luka luka kecil je, tapi penat juga menjaga orang sakit ni.. tak tidur 2 hari menjadikan badan aku flat gila! menjaga orang sakit memerlukan kesabaran yang sangat tinggi juga.. so kalau korang pernah alami perkara macam ni sabar je la ok.. nak nak part kena marah ngan hubby tu pfttttt! sangat rasa macam nk tekan je tempat yang sakit tu huhuhuhuh!



10 ulasan:

  1. zue...ms bace mule...dlm hati dok ya allah kesiannye...tp ayat zue kata nk picit tempat sakit sbb kene marah terus org gelak! hhahahaahah sbb pnah alami gak!hihihihihi

    BalasPadam
  2. kan? lelaki ni sakit banyak sangat karenah.. kadang sakit tak seberapa.. nk perhatian lebih.. hihihih!

    BalasPadam
  3. zue, smg ur hubby cepat sembuh. kalo i sure i panik dapat tepon cm tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang panik benarnya.. dah la sensorang.. huhuh!

      Padam
  4. babe! kuat semangat ok...
    yg fenting lakik mu ok...
    soh lakik mu kuatttt!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg kena kuat beb kalau idok... meroyan aku

      Padam
  5. Assalm zue,
    alhamdulillah takder yang serius
    moga segalanya baik2 yer :)

    BalasPadam
  6. Semoga suami cepat sembuh. Alhamdulillah tak ada apa2 kecederaan serius.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...ade tak kenal kawan2 yang ada masalah dalaman wanita sperti cyst, fibroid atau mslh kesuburan..sy ade 1 produk berasaskn makanan sunnah yg insyaAllah dapat membantu mengatasi mslh2 itu...jika ada yg berminat sila email sy di khairulnur88@yahoo.com...terima kasih... ^_^

    BalasPadam
  8. Syukur semuanye selamat..semoga husband nya cepat sebuh..wife nye pun take care jugak..:-)

    BalasPadam