Isnin, 24 Ogos 2015

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-Enam (D2-Ubat Clomid)

1st day period pada hari Khamis, aku sedar aku period masa dah petang & dah balik keje.. so aku dah confuse sama ada nak pergi klinik atau tak. Sebab apa aku confuse 1st aku confuse sebab dah petang so nak kira cd 1 ke tak? 2nd aku tak sempat nk buat appointment untuk esok 3rd ke-esok kan nya jumaat pastu dah cuti panjang if aku tak pergi makna aku terlepas untuk satu cycle. So nak tak nak aku paksa diri aku pergi hospital pagi jumaat tu.

Memula aku still confuse lagi, nak pergi ke tak tapi dah pkl 6.30pagi macam tu aku terus bulat kan tekad pergi jugak walaupun tau time tu jalan jammed gilosss! dan nak kene sampai kat HKL pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah aku sampai kat HKL dalam 7.45pagi, aku tgk ramai gak yang appt. pagi ni mungkin untuk scan telur macam aku juga. Aku terus tanya nurse tapi aku tengok nurse tu busy semacam huhuhuh! dia minta kad aku dan suruh aku tunggu dulu. Tak lama tu nurse panggil dia suruh aku gi kosongkan pundi kencing & gi bayar macam biasa kat kaunter bayaran.

Lepas bayar & kencing terus gi semula ke Nurse tadi, bagi resit & appt. kad aku, dia tanya aku CD brp pastu aku bgtau la aku period semalam petang pastu dia bgtau hari ni CD 2, pastu dia suruh tunggu kat luar. Dalam 20 minit macam tu aku di panggil masuk bilik scan, masa tengah scan tu aku dengar dia cakap PCOS kemudian cakap retroverted  uterus, bila aku dgr retroverted tu aku macam pelik... napa selama aku pergi jumpa Dr dorang tak pernah mention pasal tu. Kalau nak ikutkan ni bukan kali pertama aku buat TVS scan dah banyak kali kot, tapi Dr takde bgtau punnn!! tapi aku takde la tanya dengan nurse tu betul ke aku retroverted, aku redha je laaa.. tak semestinya retroverted tu tak boleh pregnant! ade je kawan aku yang macam tu berjaya pregnant normal. so keep positive.

Lepas scan nurse bagitau aku ubat apa yang perlu makan, dia tanya aku de makan asid folic tak kemudian dia cakap dr bagi clomid untuk di makan sampai D5, nanti 9/2/2015 datang semula untuk scan telur lagi dan dia pesan suruh bawa ice box untuk letak ubat. Aku pun terus la gi Farmasi ambil ubat!

Skang ni dah CD5 lagi 2 biji aku makan untuk clomid ni. Oh ya! nurse tu pesan makan clomid tu malam dalam pukul 10pm so aku pun follow je la kan, katanya ubat clomid ni leh menyebabkan pening tu yang dia suruh makan pada waktu malam.


Total treatment - RM5.00

10 ulasan:

  1. Salam. Kalo ikut prof zainul hukm ubat semua makan pagi. Bila kate dlu ly makan n cucuk ubat mlm dia kate siape ajar mcm tu? Ly kate lppkn. Dia kate, makan ubat cucuk semua pagi br ade potensi perkembangan telur seharian. Kalo malam mase da suntuk utk telur berkembang. Kate prof

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah la nurse tu dia cakap se-eloknya makan waktu malam sebab ade certain pesakit mengalami pening kepala, so tu yang makan waktu malam.. kalau ikut perkembangan telur plak seharian la juga sebab kita akan makan ubat untuk next day adalah waktu malam juga.. kalau ikut logiknya la kan.. hihihihih! ni pendapat kita la lily..

      Padam
  2. Zue...itu yg Yani risau, klinik/ doktor even scan rahim kita banyak kali pun, jarang nak inform kita ni rahim jenis mcm mana; retroverted uterus ke atau tidak. At least kalau bagitau awal-awal kita dah ready dengan segala kemungkinan atau punca kita lambat conveive...bulan Sept nnt ms app di GH Melaka Yani nak tanya doktor la keadaan rahim Yani ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? kalau ikut ni dah hospital ke 2 klinik yang ke 2 juga.. tak kan la x dpt detect kita retro. geram gak benarnya... pastu kita pun dah buat TVS dari situ memang takleh tau kita retro ke??? entah la.. susah dorang ni tak nak explain betul2, maybe sebab pesakit terlalu ramai agaknya takde masa nk terang kan.

      Padam
    2. **Bukan TVS tapi HSG..

      Padam
    3. Haah. Retrovert uterus tak de masalah. Kakak sy anak ke4 br tau dia retrovert uterus. Sbb doc bgtau. Skrg da anak ke5. Tiap tahun beranak org tua tuh...hehe...
      Adik ly pon retrovert senang lekat. Tp rahim tak kuat. Pregnant je mesti bleeding.

      Padam
  3. insyaallah zue :) kita pon nurse tu bgtau retroverted...xpe positif! jg mkn jg diri k :)

    BalasPadam
  4. thank you reha for ur support.. insha allah, doa kan ye semoga semua dipermudahkan

    BalasPadam
  5. lain doc lain pendapatnya. kalo doc Hamid, mmg dia suka betulkan retroverted uterus supaya chances higher for pregnancy. Tapi doc Adilah kata x pa, sbb x de kajian yg buktikan retroverted uterus x leh preggy. My sister retroverted, tapi preggy je... goes back to rezeki la kan :-)
    Good luck zue... smg Allah permudahkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah sweet tooth kita takde la down sangat pasal retro tu tapi cuma terkilan selama beberapa tahun buat treatment Dr. takde pun jelaskan pasal retro tu. thank you sweet for your support

      Padam