Isnin, 21 September 2015

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-Lapan (TVS scan 2nd Cycle on clomid)


Cycle untuk clomid yang pertama gagal sebab aku period dah pada 18.9.2015 kecewa?? tak juga la sebab aku dah boleh agak memang ade kemungkinan tidak berjaya sebab kepenatan kot nak bersama 3 hari berturut. Dalam masa 3 hari tu kami cuma bersama 1 hari je tapi dalam seminggu tu kerap gak la bersama dari kebiasaan

So hari ni adalah hari ke 4 aku period, so aku terus datang ke klinik tanpa appointment sebab masa aku period jumaat tu hari dah petang. Start semalam period aku heavy gila dengan sengugutnya ishhh tak tahan rasa, aku rasa nak bergolek je kat rumah seharian. OK² sambung cerita pasal ke klinik hari ni. Pagi tadi aku bangun awal juga sebab tak leh nak tidur sangat sebab heavy period pastu dengan sengugutnya lagi, siap siap dalam pukul 6.30 gerak ke hospital.

Klinik pagi ni awal gak buka pastu buka je pintu penuh dah dengan patient. Takpe la macam biasa letak kad kuning kemudian tunggu nama di panggil, bila nama di panggil timbang berat & dia tanya ketinggian, kemudian nurse suruh aku gi bayar duit rawatan pastu kencing untuk kosongkan pundi kencing.

Lepas gi bayar tu tunggu semula nama di panggil untuk buat TVS scan, masa nak buat TVS tu malu gila sebab darah period banyak sangat, then nurse tu cakap jangan malu pastu dia scan macam biasa dia suruh buat relax je. Masa scan tu lama gila dia nk mencari telurnya, sampai kejang kaki pastu dia minta tolong ketua nurse tu sekejap je jumpa pftttttt! sangat. Pastu nurse cakap aku period dah mcm orang beranak.. haiyohhhh!! heavy kot pastu makan clomid plak last cycle for sure laaa melambak darah... pas scan tu aku terus gi toilet cuci apa yang patut (sorry kalau korang geli membacanya)

Pas pergi toilet tak lama tu nurse panggil semula bgtau suruh makan clomid tu start hari ni sampai la hari ke lima kemudian next week 29.9.2015 datang semula buat TVS scan sekali lagi.

Aku nya planning nak makan clomid 3 cycle jika tak berjaya juga, aku akan stop sementara waktu dulu gap dalam 3-6 bulan macam tu kemudian aku akan mulakan semula treatment. Pleaseee doakan kami berjaya yee.

Total treatment - RM5.00



4 ulasan:

  1. zue kalau ade rezeki le jumpe tau! kita nye apoitment pon 29/9 ni :) rojer2!

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye ke?? tapi kita pepagi nk kena serah diri huhuhuh! insha allah ade rezeki kita jumpa.. amik aura skit huhuhu!

      Padam