Rabu, 2 September 2015

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-Tujuh (TVS scan & Pregnyl)

Gigih tak gigih balik hospital terus UPDATE?? ahahahah! takut lupa nokkkk!

Pkl 5 pagi aku dah bangun punya la gigih sebab tak nak sangkut kat jammed macam hari tu.. bersiap siap pkl 5.45 pagi dah keluar rumah, Alhamdulillah jalan clear, sampai kat Hospital dalam pukul 6.30 pagi lepak dulu dlm kete pkl 7 macam tu gi klinik tunggu kat depan klinik.. konon nya nak jadi orang pertama tapi sebelum aku dah ade seorang yang menunggu.

7.30 pagi baru nurse buka klinik, terus letak kad atas meja.. tak lama tu nurse panggil untuk pergi bayar fee. Lepas bayar fee g kencing untuk kosongkan bladder, pastu tu tunggu giliran untuk scan. Tak lama tu staff nurse panggil untuk scan nampaknya aku adalah orang yang pertama, tapi bengang gak la ngan nurse tu cam nak marah aku suh g kencing lagi, dia cakap takut bladder u penuh nanti kena buat 2 kali, tapi aku berkeras juga la tak nak kencing.. iye la tadi dah kencing kottttt!

Masa scan tu nurse cakap ade satu je telur yang matang size 16mm kat belah kiri, ade gak 15mm tapi dia tak bgtau pun pasal tu.. aku terdengar je. Dah settle scan dia bgtau just ade satu je then dia suruh aku tunggu kat luar, nanti Dr akan terangkan apa yang perlu di buat selanjutnya.

Lama gak aku tunggu kat luar mau sejam at last nurse panggil, dia bgtau nanti "awak nak kena cucuk pregnyl pada hari jumaat 4/9/2015 kemudian hari sabtu awak kena bersama dengan suami selama 3 hari berturut, kalau dapat seminggu lagi bagus! 3 minggu selepas tu awak boleh try UPT kalau +ve datang untuk cek kandungan kalau period sila datang semula pada D2-D3 untuk treatment selanjutnya" dia cakap lagi Pregnyl tu dicucuk pada 10pm boleh pergi memana klinik/ hospital yang berdekatan bawa sekali ubat yang dibekal kan letak dalam box yang berisi ais.

After nurse terangkan aku terus gi amik ubat & terus la masuk office..

** so cycle kali ni NO IUI, dia suruh usaha manually. DOA kan kami ye kawan-kawan.

Total treatment - RM5.00



10 ulasan:

  1. awal nye.....haahahahaha....xpe k!boleh2..positip2!..insyaallah zue! cayok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. awal kan.. hikhik! nak jd org pertama katanya...

      Padam
  2. Smg ada rezeki kali ni...amin...

    BalasPadam
  3. Good luck zue. Kumpul tenaga cukup² untuk 3 hari berturut²...ekekeke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks kak.. hehehehe! lemah lutut dengar nya.. nasib baik weekend so leh pulun.. ahahahaha!

      Padam
  4. InshaAllah. Semoga Allah makbulkan doakan dan usaha zue dan suami. Amin ya rabbal alamin

    BalasPadam