Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-Sembilan (TVS scan 2nd Cycle on clomid - D12)

Hari ni terlewat skit sampai hospital, nasib baik orang tak ramai. Sampai terus bagi kad appointment dekat nurse, tak lama tu dia panggil suruh gi bayar macam biasa.

Pas pi byr tunggu giliran semula, tunggu tak lama pun nurse panggil masuk untuk scan. Masa Memula ingat nurse yang attend, sebab sebelum ni nurse je yang buat.. sekali Dr lelaki! hadoi malunya.. nasib baik bukan time period! tengah godek godek dengar Dr cakap aku ade cyst dalam rahim tapi cam tak pasti, kemudian dia panggil Dr lain yang lebih pengalaman lega Dr tu cakap yang tu normal memang duk dalam rahim but aku tak sure apakah itu (hmmm.. memacam plak dugaan). Dr tu cakap semua telur yang ada kecil kecil lagi. Lepas scan tu aku tunggu la kat luar jap tunggu Dr nak explain apa.

Tak lama pun tunggu hari ni maybe sebab orang tak ramai kan, Nurse suruh aku datang hari jumaat  2.10.2015 untuk buat TVS scan lagi, dia terang kan ade 3 biji yang ade potential untuk membesar 2 belah kanan 10.5mm 10.2mm belah kiri 1 10mm so hari jumaat datang semula untuk buat TVS scan sekali lagi, Lepas settle terus balik.

** Masa nak buat bayaran tu terjumpa mummy comel si reha, perut dah membulat tak sempat kan nak beramas mesra.. next time ade rezeki jumpa lagi ye.

Total treatment - RM5.00

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?