Bilik FREE Di First World Genting sempena Harijadi

Hari ni awal bebeno sampai di Office, sebabnya aku baru turun dari Genting. Gigih tak gigih la pergi kerja dari Genting Highland kan? begini la nasib kalau suami kerja tak tentu masa.

Best gila dapat penginapan FREE dari Genting sepatutnya dia bagi 3 hari 2 malam, tapi aku just redeem 2 hari 1 malam. Nak tau macam mana aku boleh dapat FREE?? mula nya hari tu aku daftar member kad sebab nak dapat harga murah nak lepak kat Genting, pas aku daftar tu & dapat kad, Genting hantar email bagitau yang aku dapat penginapan FREE sempena birthday so aku bagitau la hubby, nak pergi tak dia cakap OK lagipun genting tu takde la jauh mana kan? sekangkang kera je dari KL, sap sap sui 1 jam dah sampai.

Here we goooo!!!
Semalam pagi kami bertolak dari rumah singgah sekejap kat rumah kakak ipar aku hantar kunci motor, kemudian kami terus ke Genting. Cuaca semalam teruk dengan jerebu, so bila dah sampai atas memang tak nampak greeny langsung nampak putih je asap jerebu. 

ni bukan kabus yee, tapi jerebu
Dalam pukul 11 lebih macam tu kami sampai terus pi check in, korang jangan tak tau ok check in dekat first world hotel dah tak kaunter lagi tau.. korang kena check in kat KIOSK yang di sediakan, kat area lobby berlambak mesin check in & check out, tapi sorry la sekarang ni pi jalan malas nak snap picture sangat, maybe faktor usia kot! kalau korang tak tau nak guna KIOSK ni korang leh check in kat kaunter tapi kena cas RM20 la, tapi pada aku guna kiosk ni takde la susah mana pun senang gila nak guna, masuk IC then tekan continue-continue kuar la kad imbas bilik, SIAP!! dah boleh check in terus.

ni check in kiosk - sumber google pic
Kami terus check in masuk bilik, sampai bilik terus makan makanan yang kami bawa, lapar tak breakfast pagi. Pas makan Tidur!! petang tu kuar jalan-jalan sekitar Genting, kat indoor theme park takde apa sangat, sekarang ni kan dorang tengah struggle nak siapkan projek theme park, tahun 2016 nanti baru siap.

toilet
bilik kami
katil yang di beri
Jalan sekitar Genting
Lepak lepak

Minum petang sebentar
Dinner kami dinner di Gohtong Jaya, hubby teringin sangat nak makan briyani claypot kat Ratha tapi sayangnya briyani habis, so makan la nasi campur kari kambing, aku plak makan roti canai.. suka sangat dengan roti canai ratha ni, lembut & sedap.


Kari Kambing marveloussss!!
After makan terus masuk bilik semula & sambung tidur, kesimpulan nya trip kali ni hanya la untuk rileks-rileks sahaja lepak kat dalam bilik. Pukul 6 pagi kami check out, nak check out senang je pergi je kiosk check out & masuk kan kunci/ kad imbas bilik settle.

ni Check out kiosk -sumber google pic
So sesapa yang birthday nak dekat tu sila la daftar kad Genting, daftar PERCUMA & dapat complimentary bilik percuma plak tu best-best, sambil-sambil tu boleh la collect point. 


Ulasan

  1. seronot noksss dpt cek in pree!
    anyway...hepi belated besday!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq nokk! kalau nak pree gak gi register gi..

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?