Selasa, 27 Oktober 2015

GYM di KBS Putrajaya

Konon nya nak mula kan healty life style, sebab bersemangat nak turunkan berat untuk next treatment nanti, for record untuk bulan ni Cik P belum datang menjengah last month cepat je datang, biasa la ciri-ciri orang PCOS memang begini period memang tak menentu! pasrah Redho.

Hari sabtu lepas Yana ajak ke Gym kat KBS, aku laju je cakap ok! kalau kat umah just squat je tak kuar peluh pun tapi memang tough laa sakit kaki aku! Pukul 8 lebih macam tu gerak dari rumah, Yana tunggu di Putrajaya je terus sebab dekat dari rumah dia kan.

Kat KBS ni payah juga nak parking yang berdekatan dengan bangunan KBS ni, kena parking jauh skit, so kena jalan kaki skit la nak ke bangunan tu. Parking kat situ FREE je tak perlu bayar, sampai kat KBS selfie dulu sebelum masuk.

Selfie dulu..
GYM KBS ni kat tingkat 1 so kena naik tangga ye! dia tak bagi naik lif, di tangga tu ade gak info pasal pembakaran kalori masa kita menggunakan tangga.

Info pasal jumlah kalori yang terbakar jika naik tangga!
Bayaran masuk ke GYM ni RM4.00 sekali masuk, orang tak ramai sangat so takde la sesak sangat orang nak mengunakan peralatan kat GYM tu. Memula sekali kami naik basikal gym, kematu bontot kayuh basikal tu, memang tak lama la mengayuhnya.. dalam 5 minit mcm tu dah turun sampai sekarang kematu bontot! ahahahah! pastu kami lari kat threadmill. Kat threadmill ni takleh lari lama-lama tau dia bagi masa 20 minit plus 5 min cool down. Ok la kan lari lelama kang krem plak kaki tu huhuhuh! Pas berlari kami cuba satu alat ni tak tau apa nama nya tapi macam rowing the boat la, bagus untuk kaki, tangan & perut! wahhh this one I like it sangatttt!! pastu aku cuba gak alat yang macam kaki gergasi tu, apa namanya tak tau laaaa.. yang ni memang lenguh gila kaki.

Keadaan sekitar gym
abang-abang sado berlarian huhuhuh!
Yana tengah struggle nak kempis perut! ahahah! 
alat senaman yang aku paling suka!!
Pas dah try semua alat kat situ, kami rehat kejap pastu kami pun balik, adalah kot dalam 1 jam lebih duk kat dalam gym tu. huhuh! aku tak terus balik kami singgah jap pi pasar borong selangor untuk beli lauk-lauk kemudian baru la balik.

6 ulasan:

  1. wahhhh best2 kita x pnah lg g sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas pantang boleh la datang sini..

      Padam
  2. ada trainer ke kat situ? or kita buat sendiri ja senaman2 guna gym equipment tu? kot la perlu bantuan cara yg betui guna alatan tu... menarik ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa macam takde.. tapi leh je nak suruh KJ jadi trainer ahahaha! kalau yang untuk bina badan tu maybe kena bantuan trainer kot, if just guna basikal, threadmill tak yah trainer

      Padam
  3. Balasan
    1. kasi famous skit.. silap silap ade page yang amik gamba ko ni nnt buat marketing.. ahahahaha!

      Padam