Percutian Budget ke Phuket - Hari Kedua

15.11.2015 (Isnin) - SIANG

Hari ni kita ke pulau!! yeayyy!! semalam kami dah decide untuk ke Pulau kami pilih untuk ke Khai island. Kenapa kita pilih Khai island?? sebab murah!! huhuhuh! dan island ni hanya 1/2 tour so jimat masa!

Subuh tu bangun Kemudian amik turn untuk mandi, aku adalah orang terakhir yang mandi Yani & nana dah keluar dulu pi beli roti. Kami semua tunggu di reception tak lama tu van pick up pun sampai, Tempat nak naik bot tu mengambil masa lebih kurang 1 jam juga la, maybe di area Phuket town. Masa on the way aku message ke agent cakap nak cancel untuk sewa kereta kerana kami sepakat nak ambil Pohim untuk tour last day.
Orang terakhir keluar rumah
we ready for island hopping!
dalam van On the way nak pi island hopping
Sampai di tempat naik bot kami diberi penerangan tentang pulau & tentang safety. Di sini dia suggest kita untuk sewa kaki itik sebab takut masa snorkeling terkena landak laut, tapi kami tak sewa pun sebab tau masa snorkeling nanti air tinggi so tak kan terkena landak laut. Masa nak ke bot tu nanti ade seorang photographer ambil gambar kami nanti balik dia akan frame kan gambar kami, So posing ler comey² ye.
Tour guide tengah terangkan tentang pulau
yang ni sibuk minta cium
wefie sebelum basah-basahan
Perjalanan ke pulau sekejap je dalam 15 - 20 min macam tu, nama 3 pulau yang kami pergi adalah Khai Nok, Khai Nai dan Khai Nui. 1st stop aku lupa kami berhenti di pulau mana satu, almaklum la nama lebih kurang sama so tak pasti la yang mana satu. Kat sini kami diberi masa 1 jam untuk lepak-lepak, pulau ni memang superb cantik! sebab ade batu-batu, ikan pun banyak.. i Loike. Kat sini juga ade aktiviti parasailing dan jetski memang best, tapi harga tak tahu la pula, sebab tak tanya. Yang penting korang jangan la beli air/juice kat sini bapak mahalnya 1 gelas air juice 200TB gilosss!! 
On the way nak ke pulau
survey keadaan dulu
Kak long lawat kawasan
Nampak tak parasailing belakang tu
Posing-posing
wefie
Lepas 1 jam kami pun naik bot, dalam 5 minit macam tu bot berhenti semula untuk aktiviti snorkeling! aktiviti yang wajib bila kita ke pulau kan?? kat sini banyak nyaaaaa ikan! coral pun ade tapi sayangnya banyak yang mati. Jenuh juga mengejar ikan-ikan kat sini semua besar-besar ikan yang tak pernah nampak pun ade. Pas puas bersnorkeling kami di panggil naik semula ke bot untuk ke pulau seterusnya.
Ewahhh..
We are soulsister
apa la tu yang di tengoknya
ikan Banyakkkk!! weeee!
Landak Laut & coral yang mati
Di sini adalah pulau yang terakhir, kami diberi masa 1 jam untuk berjemur kat sini. Hoiii!! panas gila kat pulau ni rasa macam terbakar kulit. Kat pulau ni pun seronok juga sebab banyak ikan ikan, kat pulau ni diaorang akan bagi roti & buah-buahan. Aku simpan sedikit roti untuk umpan ikan-ikan kat sini, walaupun lapar ku tahan demi ikan-ikan yang best! so kalau korang pergi pulau jangan lupa bawa roti spare k!
Macam biasa dah sampai survey kawasan dulu
Sibuk bagi makan ikan
Ikan banyak gila kat sini
Selepas 1 jam kami dihantar pulang ke darat, Masa nak naik tu la dia tunjuk gambar kita yang dah di framekan, harga 1 frame 150TB takde la mahal mana pun so kami beli sorang satu buat kenangan-kenangan. Ingat nak pi tukar baju dulu tapi Van dah tunggu so naik je la basah-basah pun.

Sampai di Guest House kami terus bilas-bilas mandi, pastu rehatkan diri sekejap sebab petang nanti nak keluar berjalan cari makan & nak ke Hard Rock Cafe untuk beli survenior.

Bersambung


Kira-kira

Breakfast (roti & air): 121TB * 0.1223 = RM14.80
Air Mineral: 40TB * 0.1223 = RM4.90
Tips Island Hopping: 100TB * 0.1223 = RM12.23
Gambar: 600TB * 0.1223 = RM73.38


Total untuk 4 orang: RM105.31

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?