Percutian Budget ke Phuket - Hari Kedua (part 2)

15.11.2015 (Isnin) - MALAM

Lepas bersihkan bandan & mandi, kami rehat sekejap kemudian petang nya kami bercadang untuk ke Hard Rock Cafe. Semasa nak ke HR tu kami sempat lagi singgah untuk beli teh & coffee, Ya ampun sedap-sedap air dia, kalau kat Malaysia ni macam Piratecoffee la, korang pernah rasa tak? kalau tak pernah sila cuba ok! 

Brother tengah buat air kitaorang
Air kami udah ready! Chocolate paling marvelous!
Tu dia cap jempol bagi kat air ni.
Perjalanan dari Guest House kami ke HR cafe lebih kurang 1 jam, sampai kat sana kami ambil gambar dulu depan HR, masa nak ambil gambar tu kami suruh sorang brother ni tolong ambil kan gambar punya la kami speaking rupanya orang KL! huhuhuhu! Dia orang KL tapi kerja di HR Phuket.. syok nya cari makan kat tempat orang lain kan? Pas posing-posing kami masuk la ke dalam untuk cari baju, hadiah untuk para suami sebab kena tinggal kat rumah kan? huhuhuhuh! lama gak kami dalam tu, mula-mula aku pilih baju HR classic yang warna putih sebab paling murah kat situ 899TB, dah nak bayar dah sekali ternampak plak yang clearance sale terus tukar ambil yang clearance sale ahahahaha! tapi malangnya hubby cakap baju tu tak cantik, aku ingat dia suka sebab baju classic tu dia dah ada so trry la beli lain skit lagipun tengah ade clearance sale tapi dia tak suka plak! takpe la dah beli pun, kalau dia tak suka gak ingat aku nak jual je nanti.

Kami baru sampai di HRC
Brother dari Malaysia amik kan gambar
ni baju HRC classic 899TB
yang ni baju yang aku belikan untuk hubby 600TB je
suruh awek Thai amik kan gambar! legam jadinya
Pas shopping di HR Cafe kami naik tuk-tuk untuk ke area masjid, cakap je ngan driver tuk-tuk nak ke Masjid Nurul Iman nanti dia bawakan. On the way nak ke Masjid tu kat pantai Patong tengah sunset, cantiknya laaaa! tapi tak sempat nak bergambar. Dalam 10 minit perjalanan kami sampai di Masjid, tuk-tuk berhentikan kami betul-betul di hadapan masjid, masa nak turun tu sempat gak tanya dengan driver tuk-tuk restoran yang mana satu yang sedap dia tunjuk restoran saveena betul-betul disebelah kami so kami pun tanpa fikir panjang masuk la kedai tu.
Suruh pakcik tuk-tuk amik kan gambar gini hasilnya... ahahahha!
Hah Yang ni baru la elok!
Nana sempat capture sunset di Patong
Malam tu kami lapar nasi, aku order nasi goreng yang lain order nasi putih tapi yang kelakarnya aku gi makan nasi putih Yani ahahahah! lawak plak bila teringat, malu pun ade gak. Kami order Ikan siakap, nasi goreng Pattaya, Tom yum, kerabu mangga dan pancake. Masa tengah-tengah makan tu ade sepasang couple ni dari Malaysia tanya kami dari mana & stay kat mana, pastu dia suggest untuk kita share tuk-tuk masa nak pulang ke guest house nanti, kami setuju je sebab menjimatkan kami juga.

Rezeki kami untuk malam tu
Posing sebelum makan
Pancake yang wajib try.. tapi Krabi punya lagi awsome!
Bergambar di depan masjid Nurul Iman
Balik tu kami share tuk-tuk ngan couple tu, brother tu cerita dia ade bisnes travel agen kat Besut katanya kalau nak ke perhentian boleh la contact dia, tapi sayangnya contact dia ntah mana mana la kami letak.. ahahahah! Kami minta turunkan di Jungceylon sebab kami nak singgah di Jungceylon untuk shopping barang sikit-sikit dan nak repeat makan crepe yang super sedap malam tu! Kami hanya order 1 keping je sebab perut dah full gila makan nasi tapi si penjual crepe ni sungguh baik hati bagi kami PERCUMA 1 lagi crepe!! Ya ALLAH syukur sangat.. dah la crepe nya sedap pastu harga dia lebih murah dari tempat lain tau! tak caya?? sila la jalan di area Patong tu ada tak penjual crepe yang jual semurah dia.

Crepe yang sangat sedap hoiiii!! sampai orang yang lalu pun tertanya-tanya
Muka Happy dapat FREE crepe.. semoga brother murah rezeki ye
Lepas makan crepe kami ke pasar malam di tepi Jungceylon Mall, kat sini ada juga jual makanan HALAL kalau kami tahu la 1st night kami dah ke sini. Juice kat sini murah tauu!! jangan lupa cuba!

Night market berdekatan dengan Jungceylon Mall
Makanan Halal di night market
Air limau yang sedap! rugi kalau tak cuba
On the way nak pulang ke Guest House kami singgah sebentar untuk buat Thai Massage, konon nya if datang ke Thailand mesti cuba massage sebab harga murah & berbaloi-baloi, so kami pun cuba la. Kami ada terjumpa satu kedai yang harganya paling murah di Patong ni, tapi hasilnya macam tak memuaskan maybe sebab dah larut malam & mereka pun dah penat mengurut sepanjang hari tu yang tak POWER sangat mengurut tu.

Muka dah mula terbakar
Before masuk untuk massage selpie dulu
Lepas abis bermassage kami pun pulang ke rumah, mandi-mandi & tidur. Esok pukul 10 pagi kami dah nak bergerak untuk check out dan tinggalkan Phuket!

Kira-kira

Tuk tuk ke Masjid: 200TB * 0.1223 = RM24.46
Dinner di Saveena: 760TB * 0.1223 = RM92.95
Tuk tuk ke Jungceylon: 100TB * 0.1223 = RM12.23
Crepe Nuttela + peanut butter: 80TB * 0.1223 = RM9.78
Air Green Tea: 20TB * 0.1223= RM2.45
Baju HRC : 600TB *0.1223 = RM73.38
Pulut Mangga : 75TB * 0.1223 = RM9.17
Thai Massage : 250TB * 0.1223 = RM30.58 x 4 = RM122.30
Air Oren : 20TB * 0.1223 =  RM2.45

Total untuk 4 orang: RM261.72
Duit sendiri : RM87.45

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?