Percutian Budget ke Phuket - Hari Ketiga

15.11.2015 (Selasa)

Hari terakhir di Phuket, hari ni plan tour dengan Pohim.. dalam pukul 10am macam tu try call Pohim sebab ingat tak sampai lagi rupanya dia dah tunggu kami sejak 10min yang lalu! awat la Pohim tak call kami?? sian terpaksa tunggu kami.
Yes we are ready for check out
Singgah sebentar ke reception Guest House untuk pulang kunci kemudian kami bagitahu Pohim untuk ke Jungceylon Mall untuk tukar duit & nak beli biskut Ovaltine yang sangat sedap! kat Malaysia takde tau biskut ni! Sampai di Jungceylon terjumpa Pak Guard yang kami jumpa malam semalam, hai bukan main peramah ajak dia bergambar sekali suka benar dia. Tempat pertama yang kami singgah ialah Big C nak beli biskut kemudian ingat nak singgah Robinson tapi tak buka lagi pastu pergi la cari Money Changer sekali tukaran duit kita mahal benar di Jungceylon so kami decide untuk cari di tempat lain. Kami terus message Pohim cakap dah ready, rupanya Pohim memang tunggu je kita kat area situ tak kemana pun dia.
Pak guard Jungceylon Mall dah jadi geng kami! ahahaha!
Biskut ni korang wajib cari & beli kat sana
Pohim bawa kami untuk breakfast pula di Restoran Hawa, restoran ni terletak di Baramee road kawasan sini pun banyak kedai makanan Halal dan yang paling penting murah dan sedap memang citarasa Thai betul. Kat sini kami order makanan sorang satu, aku order briyani ayam & thai coffee yang lain aku lupa plak mereka makan apa tak silap ade yang order nasi goreng seafood lagi apa ntah huhuhuhuh! aku amik eskem sebatang share reramai untuk dessert la kononnya aku amik eskrem durian... yum yummm memang sedap!

Nama kedai nya Hawa kitchen
Nasi briyani ayam yang aku suka makan jika ke Thai
kami wefie dulu!
eskem durian untuk kami share! yum..yum!
Lepas makan kami minta Pohim bawa kami untuk tukar duit, Pohim bawa kami ke satu money changer ni berdekatan dengan kedai makan Kusuma, kat sini rate dia OK sama rate dengan rate Malaysia so kami tukar terus duit kat sini kedai money changer ni berwarna hijau nama kedai tak pasti pula.

Lepas dah tukar duit Pohim bawa kami ke Kata Beach, Kata beach ni memang lawa sangat! banyak gak la sotong kering yang berjemur kat sini, Pohim cakap kat sini jarang orang islam pergi sebab jauh & susah nak cari makanan Halal. Antara Patong & Kata beach, Kata beach jauh lebih cantik & menarik pantai nya so kalau singgah di Phuket wajib pergi ke Kata beach yeee!

Kata Beach
banyak sotong kering berjemur
ewahhh!
Lepas ke Kata Beach kami ke Karon View, Karon View ni terletak di atas bukit. Kat sini korang boleh tengok Kata beach dari atas! permandangan kat sini memang AWESOME!! rupanya Kata beach ni ade bentuk kalimah ALLAH!! subhanallah.. kami baru tau, tapi kalau teliti betul-betul memang ade bentuk kalimah ALLAH tu. Turun je dari atas bukit tu kat kawasan parking ade orang bagi khidmat bergambar dengan burung helang, aku ngan Yana memang takut la dengan burung tu tengok kuku pun tak berani tapi nasib baik si Nana berani so Nana la yang pegang burung tu. Gigih juga la nak bergambar dengan helang ni, jangan ingat percuma tau ade cas yang dikenakan untuk bergambar ngan burung ni.

Nampak tak? teluk tu la yang bentuk huruf lam
Permandangan dari atas Karon view
Masing-masing takut nak bergambar
Nampak tak ketakutan?
soulsister
Hensem boy
Cuaca kat Phuket hari ni memang panas ya amat! tapi keseronokan kami mengatasi segalanya, destinasi seterusnya ialah Phromthep cape, kalau korang nak tengok sunset korang boleh pergi ke sini. Kami memang tak sempat la nak tengok sunset kat sini. Phromthep cape ni pun cantik, dari atas bukit ni kami nampak laut & ade la pulau-pulau kecil. Kat atas ni juga ada tempat sembahyang Budha tapi kami tak bergambar pun kat situ sebab tak berminat.

Pulau kecil di Phrom thep Cape
Kita boleh jalan sampai ke bawah
permandangan dari jauh
Larat turun sampai sini je
Masa kat dalam Van Pohim suggest untuk naik Gajah ataupun SPA, kami macam berminat untuk ke SPA dari naik gajah. So kami decide untuk ke SPA sebelum ke SPA Pohim bawa kami ke kilang gajus kononnyaaaaa! di sini la kebengangan bermula! Pohim boleh bawa kami ke kilang gajus PREMIUM, harga kat sini semua cekik darah mahalnya nak beli pun cam tak berbaloi tapi sebab dah singgah kan so beli la juga sikit gajus kami decide beli perisa gajus yang tiada di Malaysia iaitu gajus Tom Yum walaupun agak kecewa dengan kedai tu tapi kami redhokan je laaaa. Pohim tak tau yang kitaorang ni budget traveller agaknya tu yang bawa kami ke tempat premium! pftttttt sangat!

Lepas ke tempat gajus Pohim bawa kat ke SPA katanya di sini adalah SPA yang terbaik & berbaloi, bila tiba di SPA ni memang nampak exclusive la SPA ni. Tapi dah namanya budget traveller of course la budget tak cukup nak buat SPA kat sini.. ahahahaha! SPA ngan massage harganya 1200TB tapi kalau ikut memang berbaloi la tapi sayangnya aku tak cukup duit, nak belikan survenior untuk orang lain lagi, sedangkan aku pun tak beli apa apa lagi untuk diri sendiri bagi trip ni. Kami bagi alasan kat Pohim kami nak berfikir dulu sebab nak beli survenior dulu if duit cukup baru la ke SPA.

Kemudian Pohim bawa kami ke Kilang T-shirt & survenior, kedai ni jalan nak menghala ke Airport nama tempat aku tak pasti la pula, yang penting owner kilang ni adalah islam dan boleh berbahasa melayu. T-shirt kat sini memang murah & kain nya pun sedap & cantik, so kalau nak beli t-shirt boleh la beli kat sini kalau korang beli 10 FREE 1 lagi t-shirt. Aku beli 9 helai t-shirt kanak-kanak 2 helai t-shirt dewasa dan 1 helai t-shirt lengan panjang dewasa so yang dia bagi FREE 1 helai t-shirt dewasa. Kalau nak beli survenior macam keychain & FM pun ade tapi bagi aku mahal la kat sini fm paling murah 39TB design pun limited, kami sangat menyesal & rasa nak nangis je sebab FRUST tak dapat beli survenior untuk kawan-kawan. Kalau korang nak beli fm or keychain better beli di Patong kat sana lagi berbaloi-baloi harganya & design pun banyak. Tapi nak tak nak aku beli juga la FM sikit untuk kenangan-kenangan. Lama juga kami kat sini, sampai ke petang juga la dok ralit mencari deisgn baju.

Di Kilang t-shirt
Owner kilang t-shirt
t-shirt yang di hasilkan
T-shirt ni takde tulang tepi
Tengah Busy pilih survenior
Ingat nak ajak Pohim singgah sebentar kat Phuket town al maklum kami masih tak puas hati sebab tak dapat beli survenior untuk kengkawan, tapi malangnya phuket town time tu jammed sebab budak-budak baru balik sekolah so tak jadi la kami ke situ.

Perut pun dah lapar so kami ajak Pohim untuk mencari tempat makan, kami request nak makan di tepi laut sambil tengok sunset, so Pohim pun bawa la kami ke suatu restoran Halal di tepi laut nama restoran tu Toakhun Seafood. Sampai je kat sini kami terpegun sebab cantik nya tempat ni, dengan angin laut lagi teringat restoran nelayan kat johor. Kami order Nasi putih, ikan siakap masak kensum, mango salad with cat fish, Sotong goreng tepung & Tom Yum campur. Sementara tunggu makanan sampai kami berposing sakan kat jeti, kat sini tak nampak sangat sunset nampak bias-bias sunset je di celahan bukit. Lepas makanan sampai kami pun sudah kan la sesi fotografi, masa makanan sampai tu siap berapi-api lagi ahahahah! dah la kitaorang ni lapar tak sesuai sangat nak berapi-api sampai kami minta pekerja dia tolong padamkan api huhuhuh! lawak sungguh la hai. Makanan kat sini rasa dia OK la, tapi pedas ya amat!! kensum dia memang terbaik! yang lain so-so je. 

Pemandangan di restoran ni
Pohim tolong ambil kan gambar
Taokun Seafood
Menu.. harga yang berpatutan
Bergambar dulu
Nampak sunset sikit-sikit
Tunggu makanan
Manggo salad with cat fish
Tomyum seafood
Sotong tepung (tak berbaloi yang ni)
Kensum siakap! yum yummm!
Abis je makan Pohim terus hantar kami balik ke Airport, tapi kami minta Pohim singgah di 7-eleven ataupun Family mart tapi dalam perjalan ke airport cuma jumpa 7-e so kami singgah, kat sini aku borong sakan juga la, sebab ralat tak dapat beli apa-apa kat office mate so aku borong coklat, mangga kering & keropok durian kat 7-e ni yang penting lagi murah & lagi berbaloi berbanding beli di kedai gajus premium tadi. Settle je shopping shopping di 7-e kami terus ke Airport.

Sampai di Airport kami check in beg & cari surau untuk solat, abis solat kami terus check in masuk semasa di Imigresen untuk chop passport beratur panjang gila, semua nya mat salleh. Aku dah cuak dah takut tak sempat nak kejar flight tapi Alhamdulillah flight pun tak tiba lagi. Masa di dalam flight hanya 25 orang je kat dalam tu, so kami bebas la pilih seat mana yang kita nak duduk, perjalanan balik ke KL mengambil masa sejam memang tepat masa. So dengan ini berakhirla percutian kami ke Phuket selama 3 hari 3 malam, Alhamdulillah segala nya berjalan lacar & i had so much fun with my soulsister. Insha allah next year we will go holiday together again!!! ke mana kita ni! for next trip???? wait & see yeahhhhh!!

kudapan dalam flight
ngantukk!! esok kena kerja
Bye phuket! we Gonna miss youuu! 
Kira-kira

Biskut Ovaltine: 145TB * 0.1223 = RM17.73
Gambar dengan helang: 100TB * 0.1223 = RM12.23
Breakfast di Hawa Kitchen: 110TB * 0.1223 = RM13.45
Dinner di Taokun: 1300TB * 0.1223 = RM158.99
Snacks di 7e: 100TB * 0.1223 = RM12.23
Coklat di 7e: 480TB * 0.1223= RM58.70
Driver pohim : 2000TB *0.1223 = RM244.60
Tips Pohim : 200TB * 0.1223 = RM24.46
Baju & souvenior: 1544TB * 0.1223 = RM188.83
lost count : 98TB *0.1223 = RM11.99

Total untuk 4 orang: RM464.50
Duit sendiri : RM278.71

Total keseluruhan tidak termasuk tiket flight bagi 4 orang: RM1565.99 (lebih kurang)
Duit sendiri : RM389.39 (Lebih kurang)


** Nanti aku share tips yang aku dapat dari Pohim kalau nak ke Phuket lagi ok

Ulasan

  1. masa baca mati2 ingat sotong kering betul... hehehehe... org rupanya :-D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahah! bersidai macam sotong kering semuanya..

      Padam
  2. Lawanyer pemandangan kat Phrom thep Cape tu.....subhanAllah! Suami Yani ade gak sebut nak pergi Krabi/ Phuket ...tunggu la next next year nanti....harap2 ada rezeki jejak kaki ke sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaallah ade rezeki yani nanti, jgn lupa singgah kat Phromthep Cape tau

      Padam
  3. Ada nombor pohim tak?

    BalasPadam
  4. Salam..boleh bg contact no Pohim..wasup me 01118666420..thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. no pohim saya ada sertakan di next entry ye..

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?