Percutian Budget ke Phuket - Hari Pertama

Kali ni aku pergi bercuti ke Phuket dengan my buddies a.k.a my soulsister!! macam biasa beli tiket dah lama, akhirnya tiba jua masa hari yang di nanti.

Yana, Yani & Nana datang tidur kat rumah aku sebab pagi tu hubby yang hantar pergi ke KLIA2, malam tu aku masak sesiap pasta goreng konon nya tak nak nanti lapar sangat masa tunggu flight, Nana pun ade juga buat pizza untuk kudap-kudapan katanya.

15.11.2015 (Ahad) - SIANG

Pagi tu aku bangun pukul 3.30pagi bersiap-siap lebih kurang pukul 4.30pagi kami bertolak dari rumah, plan nya tak nak la kelam kabut sangat sebab nak solat Subuh lagi kan. Kami solat Subuh di kawasan depature hall so takde la nanti tergesa-gesa sangat nak boarding nanti.

Flight kami pukul 6.55am, Alhamdulillah dari mula perjalanan semua berjalan lancar cuma autogate je tak berfungsi nasib baik beratur tak panjang sangat, gate boarding pun tak jauh sangat syukur Alhamdulillah.

sementara tunggu nak boarding
seat kami dalam flight.. tukar je ikut suka ahahah!
Kami sampai di Phuket 7.10am (waktu Thai) cepat 10min dari jadual asal, sampai di airport kami cari transport untuk ke Patong tempat penginapan kami, mula cadang nak naik taxi atau pun minibus sebab berbaloi juga kerana kami berempat, tapi kalau amik taxi atau minibus yang menyampahnya diaorang akan singgah kat tempat travel agen takut nanti kami dipaksa untuk amik pakej ngan diaorang makanya kami pilih naik bus express sahaja lagipun saja je nak cari pengalaman naik bus kat negara orang kan? bila lagi nak naik?? time ni la. Pengalaman naik bas express kat Phuket ni memang RARE! lain dengan pengalaman naik bas express di Krabi, driver dia bercakap dengan penumpang pun macam nak gaduh huhuhuh! lagi satu jalan kat area Phuket ni memang mencabar bayangkan bas ekpress (auto) nak kena mendaki bukit yang kecuraman nya lebih 45 darjah! macam tak bergerak! kami yang ada dalam bas ni pun cuak, tapi nak tergelak pun ade sebab dalam 4-5 minit gak la bas merangkak nak naik bukit! ahahaha! pengalaman yang sukar digambarkan.

Alhamdulillah selamat sampai!
Bergambar dulu di Airport
Keadaan dalam bas.. bas sejuk ok! no worries
Perjalanan dari Airport ke Patong mengambil masa 1 jam lebih, kami turun betul-betul di depan shopping mall Jungceylon sebab kami masih blur lagi kemana arah tuju nak ke guest house kami. Setelah berkira-kira kami ambil keputusan untuk ambil tuk-tuk je ke guest house, nak waze time ni pun sim card tak beli lagi, sim kad kat area aiport mahal ya amat, mall tempat kami turun pun belum buka lagi so naik tuk-tuk je senang. Perjalanan dari Jungcyleon ke guest house kami lebih kurang 5 minit. Sampai di guest house ingat boleh terus check in tapi malangnya bilik kami tak siap lagi, dah la memasing penat dengan panas nya ingat boleh la baring baring sekejap yang paling best nama kitaorang takde dalam senarai guest list, memang hangin gila la kami ni, sebab kitaorang dah booking & paid full amount sejak bulan 3 lagi kerana takut bulan 11 adalah High season di Phuket. Setelah bermasam-masam muka dengan reception akhirnya kami mengalah, kami pergi la pusing-pusing di Jungceylon Mall dulu sementara boleh check in tu.

Kami baru sampai Jungceylon Mall
Naik tuk-tuk nak ke guest house
Terlebih makan coklat! ahahah! Happy nyaa..
Jalan kaki dari guest house ke Jungceylon Mall lebih kurang 10-15 min macam tu melalui jalan short-cut berdenai. Sampai kat Jungceylon kami terus cari surau, baring & lepak lepak kat surau sampai la kedai-kedai buka. Kedai pertama yang kami terjah ialah kedai sim kad di tingkat 3 dalam Jungceylon Mall kemudian kami jalan-jalan area Mall then baru la cari tempat nak makan. Kami makan di Food Bazaar (The Siam) ade juga la 2-3 kedai yang Halal so kami terus order sebab dah lapar & tak tau lagi tempat lain yang ade makanan Halal.

gigih jalan kaki tengah panas
Jangan lupa spare payung cuaca memang panas & hujan
Anak takde, mak-mak jadi anak-anak huhuhuh!
Tepi toilet pun jadi
ICT di Jungceylon
Sebelum pulang minum air kelapa dulu.. Must TRY bapak sedap air kelapa dia
Durian besar gajah!
Makan seadanya.. syukur
Lepas makan kami ke Surau semula untuk Solat, lepas solat kami terus balik semula ke guest house, sambil jalan nak balik tu kami singgah di travel agent untuk survey kereta sewa & pakej untuk aktiviti esok hari. Sampai di guest house Alhamdulillah bilik kami dah ready!! memang tak sabar sangat nak mandi & baring-baring.

Bersambung.

Kira-kira

Makan dalam flight: RM41.00
Bus express Airport ke Patong: 150TB * 0.1223 = RM18.35 (seorang) x 4 orang = RM73.38
Tuk-tuk Jungcyelon ke Guest House: 200TB * 0.1223 = RM24.46 (satu tuk-tuk)
Sim kad Traveller: 300TB * 0.1223 = RM36.69 (1 sim kad share buat hot spot)
Air Kelapa & Pulut mangga : 110TB * 0.1223= RM13.45
Mineral water: 82TB * 0.1223 = RM10.03
Lunch : 280TB * 0.1223= RM34.24

Total untuk 4 orang: RM219.80
Duit sendiri : RM13.45

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?