Percutian Budget ke Phuket - Hari Pertama (part 2)

15.11.2015 (Ahad) - MALAM

Masa nak on the way nak balik ke Guest House kami singgah di salah satu Travel Agency nak cari pakej untuk esok hari & kereta sewa.. tawar punya tawar kami dapat kereta sewa 1000 bhat sehari & island hoping 1/2 hari 750 bhat. Kami bagitahu kat dia untuk confirm kan nanti petang, kemudian kami terus ke guest house tak sabar nak baring-baring. Sampai di guest house kami di bawa ke bilik, dari reception ke bilik tu agak berpeluh gak la nak berjalan, akhirnya sampai juga di Guest house.


Jalan Masuk ke Guest House kami sebelah tu ade Jakuzi & Spa
Jalan nak menuju ke Reception Guest House
Alhamdulillah guest house bersih & selesa untuk kami ber-empat, pekerja guest house tu tunjuk segalanya macam mana nk kunci pintu & dia ada juga bagi pilihan untuk bilik lain, tapi kami malas dah nak p tengok x larat benar. After pekerja tu balik aku terus pi mandi, badan melekit gila! pas mandi baring baring jap sebab petang nanti nak keluar semula untuk cari makan malam pula. Sambil baring-baring tu kami bersembang juga la nak ambil pakej apa & sempat juga kami bertukar tukar hadiah. Aktiviti bertukar hadiah ni adalah aktiviti wajib ketika kami pergi bercuti. Aku dapat hadiah pedometer dari Yani, awsome sangat sebab sesuai la dengan aku yang konon nak aktif berexercise, tq so much darling muaxxxx!


Katil yang sangat besar
Bilik pun besar, hanger berlambak!
Lepas dah rehat-rehat petang tu kami keluar semula, macam biasa kami lalu di laluan shortcut. Sebelum merayau-rayau kami singgah sebentar di travel agen, kami nak confirmkan kereta sewa & pakej untuk esok. Akhirnya kami sepakat untuk ambil pakej 3 pulau lepas bayar semua kami teruskan perjalanan ke Jungceylon, ingat nak pi tengok sunset kat Patong tapi tak sempat pula lagi pun hujan lebat ya amat! kami nak try cari food court yang selalu orang perkatakan tu kiosk islamthai bangja tapi tak jumpa kemudian kami nak cari kedai high aim tapi tak jumpa juga akhirnya kami pasrah, kami stop berhenti makan pancake crepe yang SUPER sedap! korang mesti TRY pancake crepe Nutella + Peanut butter.. ya ampunnn!! sedap banget!! lagi sedap dari pancake yang famous kat Krabi ok! sampai sekarang teringat.


si penjual crepe tengah membuat crepe! jangan risau sebab makanan nya HALAL & SEDAP!
Kesedapan crepe yang melampau! sumpah sampai sekarang teringat
Stall dia berhadapan dengan kedai Hiagen Dazz di Jungceylon & betul-betul di depan kedai Italian Pizza
Pas makan crepe kami teruskan perjalanan ke Bangla road, area Bangla road ni takde apa sangat pun just ade pub & clubbing je. Sambil jalan di Bangla road tu kami jalan slow-slow sambil tu tengok juga kalau-kalau ade jual makanan Halal, actually berlambak juga makanan halal area tu tapi nak cari yang originality dari thai, yang berlambak tu makanan arab or mamak, kalau makanan macam tu Malaysia berlambak kan? tengah kami berjalan-jalan ternampak kedai Air Asia, tetiba rasa nak amik luggage so singgah sebentar untuk buat penambahan luggage, kemudia kami sambung berjalan sampai di penghujung gerai-gerai ingat nak patah balik semula tapi tiba tiba kami ternampak sederet kedai makan dan itu adalah kedai makan Kusuma yang sangat famous di Phuket.


Mat saleh ni memula ambil kan gambar kitaorang,pastu dia plak nak bergambar ngan kita
kami semua pakai suar gobos!
Kalau nak ambil gambar ngan ahpon kena bayar.. sini berlambak ahpon
Wajib bergambar di sini juga.. di sepanjang jalan area patong ade benda ni
Ya Allah perut dah la lapar nasi, kemudian terjumpa pula Kusuma memang rezeki sangat! Kami order phat thai & nasi goreng nenas. Tengah-tengah makan hujan selebat-lebat tidak, dalam masa nak makan tu hati dah risau macam mana nak balik. Lepas makan tu kami bertanya dengan tuan kedai tu macam mana nak dapat kan tuk-tuk untuk balik ke hotel, tapi kebetulan time tu ade juga group dari Malaysia driver tu cakap if nak tumpang boleh la. Sebelum kami naik tu driver tu tanya dulu group tu boleh tak kami tumpang, alhamdulillah mereka semua baik hati bagi kami tumpang.


Akhirnya terjumpa Kusuma
Makanan yang kami order dikala hujan lebat
Dalam hujan lebat tu memang rezeki kami la pakcik tu kasi tumpang sampai ke hotel, pakcik yang tumpangkan kami tu fasih berbahasa melayu dia berbisnes bawa penumpang dari Malaysia, so sesiapa yang nak ke Phuket boleh la cari Pakcik ni, nanti aku bagi contact no ye. Berbual punya berbual pakcik ni (POHIM) namanya offer kami amik tour & airport transfer dengan harga yang boleh di kira berbaloi. Pohim cakap dia boleh bawa ke mana je yang kita mahu, just name it & dia akan bawa kami pergi.


sempat bergambar dalam van Pohim
Nasib baik malam tu Pohim hantar kami sampai ke Guest house kalau tuk-tuk la yang hantar kami tak tau la macam mana sebab hujan lebat, ade juga area yang kami lalui naik air (banjir kilat) tapi disebab kan Pohim hantar sampai ke Guest House kami terselamat dari kebasahan.

Sebelum turun Pohim sempat bagi contact no. sampai di guest house kami berbincang-bincang untuk aktiviti esok & buat kira-kira skit untuk ambil Pohim atau pun nak drive sendiri di area Phuket. Setelah bincang-bimcang akhirnya kami memilih untuk menggunakan perkhimatan Pohim. So kereta yang kami booking tu terpaksa la kami cancel, nasib baik la dia tak amik duit booking. Dah settle borak-borak kami pun tidur sebab esok nak bangun awal pagi sebab nak ke pulauuuuu!! yippiiii!!


Kira-kira

Island hopping: 750TB * 0.1223 = RM91.73 x 4 orang = RM366.90
Luggage: 400TB * 0.1223 = RM48.92
Dinner di Kusuma : 800TB * 0.1223 = RM97.84
Crepe Nuttela + peanut butter: 80TB * 0.1223 = RM9.78


Total untuk 4 orang: RM513.66
Duit sendiri : RM9.78

Ulasan

  1. Bestnya gi Phuket.. teringin nak pegi jugak... tapi tengah dok survey tiket murah ni.. hihihi..

    BalasPadam
  2. salam nak tanya, ambil pakej island hopping tu dr travel agent mana ye kt sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi has hamid! kitaorg just beli kat agent tepi jalan kat sana

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?