Selasa, 29 Disember 2015

Showcase Hazama di Hard Rock

1st time weh masuk Hard Rock rasa jakun pulak! ahahah! Best dapat tengok Zamani in LIVE! memang terbaik suara dia.. huhuhuh! ni showcase Hazama ke showcase Zamani? actually aku minat Zamani, Yani yang minat Hazama dia ajak pi tengok aku apa lagi ON je la.

Hubby dengan rela hati hati hantar kitaorang ke Hard Rock sebab sana susah skit nak parking kan? Dia hantar lebih kurang pukul 8.00 Malam macam tu show nya start pukul 9.00 Malam, tapi just nice la kami sampai kat sana.

Mula-mula start show kami bediri jauh juga, pastu tu ade peminat Hazama ni OKU berkerusi roda, So dia special la boleh ke depan kami apa lagi follow rapat la budak tu akhirnya kami dapat ke depannn!! weeee!! seronok-seronok.

So aku share la ye serba sedikit gambar yang aku ambil kat sana.

Malam tu pergi ngan Yani peminat tegar Hazama
Sebelum masuk amik gambar dulu
Sebelum Show mula Ray jadi pengacara jemputan
Mula Hazama Kuar pentas kami di belakang
Masih dibelakang
Yeay sampai depan dah!
Ni masa Zamani di invite masuk
Zamani Slam.. encem wooo!
Lanje lagi gamba Zamani
Mia pun datang support! terbaik!
Bertapa dekat nya kami dengan stage!
Hazama ni kelakar juga orangnya
Lepas abis show ramai yang ajak selfie.. tapi kena tarik dengan guard sebab dah over run
video

Ni la antara gambar yang kami sempat ambil, best memang best sebab berbaloi dapat diri depan-depan tak sia-sia bayar RM65.00 tapi yang tak bestnya kaki sakit hoiiii!! berdiri hampir 2 jam layan lagu-lagu Hazama. Takpe la yang penting dapat tengok Zamani & Hazama in real life!! we love uuuu!!

1 ulasan: