Percutian Budget ke Kedah - Day 3

Day 3 (25.01.2015, Isnin)

Hari ni hari terakhir, pagi lagi dah bangun nak tengok sunrise kat belakang resort, pemandangan belakang resot adalah permandangan sawah padi dan Gunung Jerai. Pagi ni rasa nyaman je, hari ni ramai yang nak ikut ronda-ronda tengok sunrise.


Matahari terbit dicelahan Gunung Jerai
Perjalanan menuju ke sawah padi
Pemandangan Gunung jerai
Suasana pagi kat sini
Lepas tengok sunrise perut pun sudah lapar, pagi ni breakfast nasi putih dengan lauk sambal ayam dan sambal sotong. Makan nasi panas-panas pagi-pagi ni memang bertambah selera, lepas breakfast tu kami plan nak ke pasar pagi tujuan nya nak beli Susu kerbau! Kami pergi pasar pagi di Pekan Yan, kebetulan kat sini memang ada jual susu lembu, susu kambing & susu kerbau FRESH!! gembira betul dapat jumpa susu kerbau. Selain susu kerbau kami juga cari makanan yang RARE,aku beli apam lenggang & sate ikan yang lain beli donut labu.


Pasar pagi
Ikan Sembilang
Sayur kampung! anak ayam pun ada jual
Sate Ikan
After shopping kat pasar pagi kami sambung shopping kat Tanjung Dawai, Kami shopping belacan, ikan kering, ikan masin, ikan bilis & macam macam lagi laaaa. Belacan kat sini memang fresh tanpa perwarna & dibuat secara tradisional. Lepas abis shoping menyoping kami singgah ke Lembah Bujang, tak jauh sangat dari Yan dalam 15-20minit macam tu sampai dah. Kat Lembah bujang ni ada tapak Arkeologi, ade candi, ada barang peninggalan zaman purba kala dan yang paling syok! ada air terjun uolssss! rugi tak bawa baju.. sebab pagi tu kami semua pun belum mandi pagi! ahahahaha! Seronok gak kat Lembah Bujang ni, tempat dia redup sebab berada di atas bukit kan. Kat Lembah Bujang ni masuk FREE jeeee!


Air terjunya.. tapi musim panas so air kering
Peninggalan zama purba
Macam-macam ada
ni alat untuk giling beras
ni adalah tunggul kat pintu
ni lesung batu untuk tumbuk belacan 
ni apa ntah.. lupa
nak pergi candi lain kena daki bukit
yeay sampaiiiii!!!
Ewahhh!!
candi yang ada di sini

Dari Lembah Bujang kami pun terus balik ke resort nak kemas-kemas barang & mandi, pas mandi tu sempat gak la tertidur sekejap sementara nak tunggu azan Zohor. Sementara nak tunggu check out tu Yan & Ekin pergi kuar beli kan lunch, kami lunch kat resort jeee. Mula nak makan laksa kat tempat semalam tapi belum buka plak.

Tiba la masa untuk meninggalkan Zamani's Place! setelah 2 malam kat sini rasa berat nak meninggalkan suasana macam ni. Tapi nak wat macam mana life must go on! back to reality! kami bertolak ke Penang dalam pukul 3 petang. Sampai kat Penang kami terus ke Chow Rasta, kalau dah ke Chow Rasta tu tentunya la pergi borong Jeruk Pak Ali!! Masa kitaorang lalu Campbell street kami ternampak Lepat! korang kenal tak Lepat? alaaaa Lepat Ismail yang famous kat FB tu.. Ekin sanggup reverse balik kereta semata-mata nak bagi kitaorang chance amik gambar dengan Lepat. 


ngan budak yang tak center otak nya
team baju merah
bergambar dulu sebelum balik
gambar tepi kolam plak sebagai kenangan
Terjumpa lepat masa kat Penang
Sebelum ke Airport kami ingat nak makan dulu, so kami plan nak makan Char Kueh teow Penang. Search punya search depa cakap makan kat sani char Kueh teow is the BEST! tempatnya di Bayan Baru dekat juga la dengan Airport, tapi setelah jumpa gerai masih tak buka lagi katanya pukul 6 petang baru buka! makanya kecewa la tak dapat makan CKT Penang mariiii!! kami pun decide makan je kat airport nanti. Sebelum ke Airport kami singgah hantar kereta kat abang sewa kete. Kemudian dia yang hantar kami ke Airport.

Sampai di Airport diaorang semua gi makan kat KFC, pas makan kami bersalaman & tiba masa untuk masing-masing pulang ke tempat asal. Flight kami delay, dalam pukul 8.55 malam baru flight boarding, nasib baik la tak lama sangat delay nya kalau tak kesian kat Isaac. So berakhirlah percutian kami ke Kedah selama 3 hari 2 malam, kebetulan tahun ni adalah tahun melawat Kedah kan?? sesuai sangat la destinasi percutian kali ini.

Kesimpulan percutian kali ni adalah sangat-sangat seronok, sebab bercuti dengan kawan-kawan yang sakit hotak! dari awal perjalanan sampai ke akhirnya bergelak saje! suasana di Zamani's Place pun penuh kedamaian & ketenangan. Terima kasih pada kawan-kawan aku yang sudi mengajak aku pergi bercuti di sana, ada jodoh kita jumpa lagi!! 

Kira-kira

Pasar Pagi = RM3.00
Susu kerbau FRESH = RM15.00 - yan belanja lagi
Shopping Tanjung Dawai = RM30.00
Toll Penang - Kedah - Penang = RM22.80/6 = RM3.80
Bilik di Zamani's Place 3 Hari 2 Malam = RM300.00/3 = RM100.00
Jeruk Pak Ali = RM40.00

Total = RM176.80
Total keseluruhan = Lebih kurang RM665.00 (kalau tak shopping boleh jimat banyak)

Ulasan

  1. rindu kat kampung halaman. next time kalau mai kedah lagi, jemput ke alor setar. p pekan rabu. kat alor setar lagi banyak kedai makan sedap + murah =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi ain.. kita ade pi ke alor setar masa day 2.. mmg terbaik!

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?