Percutian Budget ke Kedah - Day 1

Seriously tak sangka percutian ke Kedah adalah satu percutian yang sangat Awesome!! di tambah plak dengan kawan-kawan yang gila/ biol bertambah la seronok! Kali ni aku bercuti dengan ex-officemate masa kat Puteri Harbour dulu! tujuan utama kami adalah nak ke Zamani's Place, nanti aku cerita detail tentang Zamani's Place yeee!!

Macam biasa aku ceritakan pengalaman aku ikut hari percutian.

Day 1 (23.01.2015, Sabtu)

Pagi ni hubby hantar ke Airport, dia tak ikut sebab hari Isnin dia kena kerja, so tinggal la dia sensorang. Sampai kat Airport aku solat subuh dulu kemudian tunggu syaza di pintu pelepasan domestik, Syaza bawa baby dia yang comel!! namanya Isaac tapi sampai ke sudah tak nak kat aku, hihihih! makin takut kat aku adalah.

isaac, mummy & me
Flight kitaorang boarding tepat pada masanya, kawan aku yang lain semua dari JB, so kami tunggu kat Airport Penang je nanti. Kami tiba di Airport Penang lebih kurang pkl 9.30, sampai je kat Airport syaza singgah sekejap untuk tukar pampers isaac then kami gi cari la kawan-kawan yang lain.

Pas jumpa mereka kami pergi breakfast kat McDonald, sementara breakfast tu aku call kereta sewa yang aku dah booking since kat KL lagi, masa tengah breakfast tu abang tu pun sampai so kami hantar abang tu dulu sementara yang lain tengah breakfast. Pas hantar abang tu kami nak balik ke Airport leh pulak tersesat, iye la kami ni acah-acah terror kan kononnya ingat sangat jalan nak ke Aiport tanpa guna Waze, now rasakan la kesesatan jalan!

Perjalanan bermula
Sampai kat Aiport kami ambil yang lain then isi minyak sekejap, kemudian kami ke destinasi pertama iaitu Muzium P. Ramlee. Kat sini ada tunjuk rumah P.Ramlee, kisah hidup dia dan macam-macam lagi la. Yang menarik nya orang yang jaga muzium ni peramah sangat, tanya je apa-apa pasal P.Ramlee insha allah dia boleh cerita A to Z. Bayaran masuk kat sini PERCUMA je.

1st destination rumah P. Ramlee
Dalam bilik P. Ramlee
Depan rumah P. Ramlee
Di Dalam Auditorium P. Ramlee
Lepas kami ke Muzium P.Ramlee perut pun dah lapar so kami teruskan perjalanan untuk jalan-jalan cari makan. Kalau dah ke Penang semestinya menu wajib adalah Nasi kandar, kali ni kami cuba makan nasi kandar Hameediyah di Campbell street. Nak makan kat sini, bukan main panjang beraturnya, tengah-tengah beratur Lim Guan Eng baru turun dari tingkat atas, so tempat ni memang betul sedap la sampaikan menteri pun makan kat sini huhuhuh! Aku order Nasi briyani ayam merah, tak sesia beratur panjang sebab memang betul-betul HO LIAUUU!! rasanya

Nasi Briyani yang super simple but really nice!
LGE pun makan kat sini
Kami makan dulu!
Lepas makan kami terus menuju ke Kedah, tak tahan nak jalan-jalan kat Penang sebab sana sini jammed dan pemandunya banyak pentingkan diri sendiri! Perjalanan dari Penang ke Yan Kedah lebih kurang 1 jam lebih, di sepanjang perjalanan ke Kedah pemandangan sangat mengasyikan kiri kanan sawah padi, memang aman sangat! sesuai la dengan namanya Kedah Darul Aman. On the way nak ke Yan, Kedah banyak juga gerai-gerai makanan tepi jalan. Sebelum check in kat Zamani's place kami singgah untuk minum petang di food court Pantai Murni , aku order lin ci kang! & rojak buah makan kat sini tak sedap sangat, better makan kat warung depan rumah orang dekat Pantai Murni jauh lagi sedap dan harganya murah!

Makan petang kami yang hambar
Sementara tunggu makan kita wefie dulu!
Sampai kat Zamani's Place terus letak barang, kemudian mandi dan solat, pastu kami pusing-pusing di sekitar Zamani's Place, terasa nyaman & tenang jeee. Malam tu kami bersiap untuk makan malam, malam ni kami plan nak makan seafood di Tanjung Dawai. Di areaTanjung Dawai ni berderet kedai makan seafood pilih je mana yang korang suka. Kami pilih untuk makan di Restoran Seafood Mak Anjang, Alhamdulillah makanan kat sini sedap-sedap belaka yang paling penting sangat-sangat murah! sementara tunggu makanan sampai kami ke pasar malam berdekatan dengan Restoran tu, kat pasar malam ni banyak jual pakaian, aku just beli asam untuk makan semasa di perjalanan nanti.
Alhamdulillah kami sampai di Zamani's Place
Kawasan swimming pool
Issac sibuk main batu tepi swimming pool
Seafood yang FRESH
Ekin & Awin sibuk pilih seafood
Jalan-jalan sekitar pasar malam
Singgah beli asam
Udang lipan goreng telur masin
Ikan siakap masak kensom
Sotong goreng tepung & kailan ikan masin
Lepas makan malam kami terus pulang ke resort, pastu terus kebabom tidur... kepenatan sangat.

Kira-kira

Tiket flight KL - Penang - KL = RM138
Sewa kereta 3 hari = RM540/6 = RM90
Deposit kereta sewa = RM100
Minyak kereta = RM103/6 = RM17
Breakfast = RM10
Lunch = RM13
Makan Petang = RM7
Makan Malam = RM100/6 =RM17
Asam = RM5.00

Total = RM397

Ulasan

  1. Bestnya holiday dengan kawan-kawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. best.. nak nak bila lama tak jumpa, macam macam gosip kuar

      Padam
  2. Balasan
    1. dap.. dap.. teringat kensom kat phuket! tapi ni lagi marvelous!! nnt kita pi sini nak?

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?