Budget trip ke Kuching - Day 1

1.04.2016, Jumaat (Siang)

Trip kali ni adalah trip bersama family in law, Alhamdulillah every year mesti ada hari untuk sama-sama berkumpul dan meluangkan masa bersama.

Pagi tu kami keluar rumah pukul 4.30pagi kami parking di Putrajaya Sentral, kat sini senang je nak p KLIA parking pun selamat dan berbumbung. Kami sampai di Putrajaya Sentral lebih kurang pukul 5 pagi, aku tunggu adik ipar aku dari Wangsa Maju dia nak sama-sama naik train ke KLIA2 adik ipar aku bawa sekali MIL & FIL aku.

Budak busuk kena bangun pagi.. tak kawan plak tu
Dengan buah hati aku
Bila dorang sampai terus gi beli tiket, tunggu train dalam 25 minit camtu pukul 6 lebih dah sampai kat KLIA2, kami solat subuh dulu pastu baru check in. Pintu pelepasan kami untuk ke Kuching jauh nyaaaa sian MIL & FIL kami kena pergi ke pintu K14 dah la takde buggy untuk orang tua nasib baik MIL & FIL masih gagah lagi, kalau bertongkat memang kesian sangat.

Pukul 8.30 flight kami pun bergerak perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Sampai di Airport Kuching dalam pukul 10.20pagi. Sampai je kat Airport kena daftar imigresen nasib baik imigresen Malaysia ni terbaik, cepat je, slip melawat ke Sarawak tu jangan buang tau kalau terbuang atau terhilang memang payah laaaa.. kena buat repot polis segala! payah.. so simpan slip elok-elok ye.

Letak gambar dalam flight satu
Kat sana driver dah tunggu, aku dpat contact no driver dari blog ida baharum, memang driver dia terbaik, harga dia kasi pun murah nak dibanding dengan company lain. Driver yang bawa kami adalah Lan, pendiam je tak banyak cakap bila di tanya baru la menjawab kalau tak dia buat hal dia je.

Letak gambar dalam van satu
Tempat pertama yang dituju adalah kedai makan, actually aku dah janji dengan tuan homestay nak datang pukul 11pagi tapi flight delay sekejap pastu sian la MIL aku & FIL aku nak makan dulu so kami dibawa ke restoran Kopi O Corner, di restoran ni macam-macam ade menu nya masakan pun sedap-sedap, harga?? boleh la.

Aku makan Laksa sarawak & roti apa ntah namanya, mcm roti canai tapi dalam ada inti daging sedap gilasss kalau pegi Sarawak korang kena try tau. Pas makan cepat-cepat ke homestay sebab tuan nya dah tunggu lama, kami stay di Matang Jaya perjalanan ke Bandar Kuching mengambil masa dalam 10-15 minit je tak jauh mana pun. Sampai di Matang Jaya tu kami tersesat skit sebab confius, jalan nya bersemak macam takde perumahan dalam tu. Call punya call tuan homestay sampai tertidur tunggu kami akhirnya kami berjaya juga jumpa homestay nya.

Laksa Sarawak! yummy!
Teh 3 layer
Sampai kat homestay settlekan duit rumah kemudian kami suruh Lan ambil kami semula pukul 4 petang, bagi MIL & FIL aku rehat dulu sebab bangun awal pagi kan. Sambil keluar tu terus gi ambil SIL aku & family dia yang lain kat airport mereka sampai kat airport pukul 7 lebih.

Atas ni rumah homestay kami, besar & sangat selesa.

Ok bersambung.

Kira-kira

Flight Tiket air Asia KL-KCH-KL = RM18 x 2= RM36
ERL Putrajaya Sentral - KLIA2 = RM56.40
Teh Tarik KLIA2 = RM3.80
Lunch = RM75.00 (6 Orang) - RM20.00 = RM55.00
Homestay = RM150 (per night) x 2 =RM300/3 = RM100.00

Total = RM251.20 

*Sorry la x banyak gambar sebab cuaca panas & kurang bergambar mood tak stabil. hihihihih!

Ulasan

  1. lamanya x makan laksa sarawak... yummeh tgk gambar tu... heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sangka makanan kat sarawak semua sedap2

      Padam
  2. Balasan
    1. hihihih! di tambah mood laki aku lagi la bertambah tak stabil asyik nak marah jeee... boringgggg!

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?