Budget trip ke Kuching - Day 1 (Part 2)

1.04.2016, Jumaat (petang-malam)

Janji ngan Lan pukul 4pm nak kuar, pukul 3 lebih dah siap hihihih! solat jamak sesiap kemudian call Lan, Lan cakap after solat Asar dia datang.

Tempat pertama yang kami pergi petang tu adalah DP Ais Krim gula Apong berdekatan dengan bulatan kecik yan ada kucing berdekatan Kapit Hotel, Aiskrim ni memang sedap amatttt!! ade 2 size size kecil RM2.00 yang besar RM5.00 aku beli yang kecil je tak larat nak mkn manis bebanyak!


yang buat aiskrim pun manis! peramah plak tu
Kemudian kami pergi ke Waterfront, mula-mula ingat nak tunggu family SIL aku untuk naik bot ke seberang tapi cam rugi plak masa, sebab mereka pun sampai lama lagi, so kami ambil keputusan untuk keseberang menaiki bot RM1.00 sekarang bukan RM0.50 lagi yeeee. Masa dalam bot anak sedara aku ngamuk-ngamuk tak nak naik sebab takut kot.


di waterfront
Sampan RM1

Seberang ke Mira kek tak jauh pun 
Kat seberang waterfront tu ade kilang kek lapis Mira & Dayang Salhah, kami pergi ke Mira je macam-macam pilihan kek lapis ada. Puas rasa tester dia bila dah rasa tak sampai hati plak x beli, kat sini kalau beli 10 dapat free 1 kek. MIL aku beli so kami tumpang-tumpang la nak makan kat sini je malas bawa balik.


Mira Cake House
Berbagai kek lapis yang yummy!
Lepas beli kek kami lepak kat food court tepi sungai tu, macam-macam ada food court nya pun bersih. Hubby try mee kolok, ya ampunnn sedap nya pastu FIL aku beli ayam goreng panas-panas dah la ayam goreng tu murah seketul RM2 je pastu size dia memang besar-besar sedap pulak tu berbaloi-baloi.


Ayam Goreng Panas yang sedap RM2 seketul
Mee Kolok nya pun sedappp!
Dah kenyang makan kami seberang semula naik boat ke waterfront, kemudian kami call Lan untuk terus ke Airport time tu dah pukul 7pm macam tu, SIL aku sampai kat Airport lebih kurang pukul 7.30pm. Sampai je Airport kami terus solat jamak kat sana sementara tunggu SIL aku, tak lama tu mereka pun sampai.


Wajah kesayangan aku, insha allah hubungan sampai ke Jannah
Sebab dah malam kami terus makan malam, malam tu kami makan di RJ Ayam penyet. Memasing order makanan masing-masing aku je tak order perut still kenyang tak nak makan, setakat menumpang makan dengan yang lain. Makanan kat sini boleh tahan juga harga nya sepinggan nasi ayam penyet harga RM9.50 tak termasuk GST, air suam pun dia kira ok! tapi rasa nya memuaskan la.


makan malam
Lepas kenyang makan, kami ke waterfront semula jalan-jalan tengok suasana malam di Waterfront, agak meriah juga waktu malam di kawasan ni. Aku sempat juga merasa Ais krim Gula Apong di sini tapi... tak sesedap ais krim gula Apong DP, dekat waterfront dia pakai ais krim vanila kemudian dia campur ngan gula Apong tak sedap ok!


Ais krim gula Apong di Waterfront
Memalam buskers ni ada kat sini lepak enjoy dengar diaorang nyanyi
Lepas puas ambil angin & lepak di Waterfront kami pun pulang ke Homestay, bebudak ni biasa la memasing berebut nak tido bilik beraircond so kami berkongsi la bilik dengan mereka, malam tu hujan lebat! nasib baik tak banjir kalau tak rosak plan nak p pasar sarikin ke esokkan nya.


Kira-kira

Ais krim Gula Apong = RM2 x 7= RM14.00
Bot ke Mira Kek (pergi balik) = RM2 x 6 = RM12.00
Kek Lapis = RM20.00
Van + driver 3 Hari 2 Malam = RM650/3 = RM217.00

Total = RM263.00

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?