Budget trip ke Kuching - Day 2

2.04.2016 (Sabtu)

Pagi ni kami plan nak ke Pasar Sarikin, janji ngan Lan pukul 7 pagi nak gerak tapi terlewat juga... huhuhuh! maklum la bebudak ramai. Dalam 7 lebih call Lan cakap kami dah siap, sebelum bergerak ke Pasar Sarikin kami pergi breakfast dulu di restoran teh tarik, kat area mana tak tau la sebab Lan yang bawa.

Kami sekeluarga
Di Restoran tu memacam ade, konsep nya macam food court. Aku breakfast mee kolok sapi, ingat nak ajak pegi makan mee kolok Hj Salleh tapi Lan cakap kat situ beratur panjang, sebab kedainya kecil je, so pasrah la ikut suggestion Lan.

Restoran teh tarik
dengan buah hati yang paling cik dah sayang
Lepas breakfast kami meneruskan perjalan ke Pasar Sarikin, on the way nak ke pasar tu kami jumpa gerai buah-buahan so singgah sekejap cari makanan pelik-pelik. Kalau korang nak tau pasar ni terletak di daerah Bau sempadan Pontianak, Kalimantan so yang meniaga di situ kebanyakannya orang Indonesia. Pasar ni juga dibuka hanya 2 hari sahaja iaitu hari Sabtu & Ahad, lagi satu tips nak pergi pasar ni korang pergi la pepagi, bila dah tiba waktu tengah hari terik dia huh! perit kulit!

terjumpa buah belimbing sarawak
Rasa buah ni seakan-akan buah rambai.. sedap!
Harga barang-barang kat sini boleh tahan la, nak-nak kain-kain memang mengila! aku just beli Songket Sarawak & kain ela corak batik Bali lain-lain tak beli pun. Biras aku memang mengila borong kain kat situ untuk sedara-maranya.

my sweetheart



antara barangan yg di jual
Lepas setengah hari bershopping di Pasar Sarikin kami ingat nak ke tempat orang utan Semenggoh tapi tak sempat! mengikut kata Lan tempat tu just buka sekejap je dari pukul 2 petang hingga 3 petang so kami cancel la plan nak ke sana. Sebelum makan tengah hari kami singgah solat Jamak di Pekan Bau, lepas dah settle solat kami sambung shopping di Pasar Satok & Kubah Ria.

Di Pasar Satok aku beli kek lapis, pada pendapat aku kek lapis di Pasar Satok lebih sedap berbanding di Waterfront harga pun murah sedikit dari sana RM9 sebuku beli 10 FREE 1 berbaloi sangat. Survey-survey harga udang segar di Pasar Satok sebab kami plan nak bawa balik udang segar.

Terubuk masin
udang galah besar-besar
Tu dia harga nya
Songket sarawak kat pasar satok ni mahal skit 3pcs (RM50) berbanding di Pasar Sarikin
Lepas puas cuci mata di Pasar Satok kami ke Waterfront melalui jalan darat, SIL aku & family nak cuba naik sampan RM1 dengan anak-anak, aku nak adik ipar aku tak naik la kami tunggu di seberang. Sebelum ke Waterfront kami singgah lagi sekali di DP Ais krim gula Apong, orang cakap kalau tak repeat 3 kali Ais Krim ni tak sah kalau ke Kuching.

Kami tunggu mereka di Jeti, kalau la dah ke Waterfront tu tidak di lupa ayam goreng food court Waterfront hihihihih! mereka sampai je jalan kedepan skit berhenti untuk ambil gambar di patung Kucing. Kalau ke Kuching mesti ambil gambar di sini tauuu!

keluarga besar aku
Settle shopping tiba masa untuk makan malam, malam ni kami dinner seafood di Top Spot di tingkat 6 bangunan UTC Kuching. Kami semua pilih untuk makan di gerai melayu muslim, walaupun gerai lain terpampang tanda Halal, yang lain tak berselera sebab kaum lain yang masak. Masakan gerai ni ala-ala je takde la sedap sangat! harga??? boleh la takde la murah pun... dah kata makan seafood. Aku cuba la order ayam pangsuh & umai, harga dia mahal nyaaaa ayam pangsuh & umai je rm60??? tercekik jap! hah lagi satu kami order sayur midin rasa dia cam pucuk paku je. Next time kalau datang Sarawak kami plan nak buat shell out je, lagi berbaloi rasanya.

Ayam pangsuh
Umai! makanan lain tak ambil sebab masih terkejut dengan harga benda berdua ni
Lepas makan singgah kedai jap sebab plan nak masak je esok untuk breakfast, settle beli barang kami pun terus balik. Masa kat rumah bahagi-bahagi barang yang telah di beli pada siang hari tadi tiba-tiba barang biras aku tak cukup! mungkin tertinggal di Pasar Sarikin.. so dia pun deal la dengan Lan nak ke Pasar Sarikin semula ke esok kan nya. Dia janji ngan Lan pukul 6 pagi nak gerak ke Pasar Sarikin lagi sekali kerana yakin kain ela yang dibeli tertinggal di sana. Kalau harga kain tu sedikit kami tak kisah sangat tapi harganya hampir RM400 so nak tak nak kena la pergi semula, nasib baik Lan tak banyak cakap, setuju je.

Kain songket sisik ikan untuk my sibling RM12 je 2 meter
So yang pergi ke pasar Sarikin hanya SIL aku ngan suaminya sahaja. Aku pun kepenatan sangat sebab seharian berjalan so tiba masa untuk merehatkan diri.

Kira-kira

Breakfast = RM20
Buah Belimbing Sarawak = RM2.00x 2= RM4.00
Shopping di Pasar Sarikin = RM170
Lunch = RM30
Kek Lapis Sarawak = RM54
Jajan = RM20
Dinner = total RM320 + RM60 = RM380 tapi aku bayar RM120 je lain biras aku bayar

Total = RM418

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?