Budget trip ke Kuching - Day 3

3.04.2016 (Ahad)

Aku malas nak simpan cerita lelama so aku habiskan taip hari ni

Hari ni hari terakhir di Kuching, plan hari ni adalah shopping buat kali terakhir! Janji ngan Lan pukul 10 pagi, tapi biras aku dah kuar ngan Lan dulu ke Pasar Sarikin dalam pukul 9 lebih dia sampai rumah. Pagi tu Mil aku masakan nasi putih lauk ikan sardin serta telo dadar, marvelous wehhh! nak-nak bila lapar kan? hihihih!

Sementara tunggu SIL aku balik dari pasar tu bersiap-siap la kami kemas baju semua, kemudian bila diaorang sampai je leh la gerak. Dalam 10 lebih macam tu kami call Lan cakap dah get ready nak balik, tempat pertama yang kami tuju adalah Pasar Satok, last minit shopping!! hubby memang dah plan nak beli udang segar, ikan terubuk masin takmo beli sebab nanti keras je dalam peti, ikan masin yang dia beli kat Sabah pun tak berusik lagi.

Sebelum check out
Alang-alang dah singgah Pasar Satok tu teringat pesanan officemate dia nak kuih tabaloi dengan gula-gula lada hitam so aku pun carikan la. Pastu aku beli lada hitam, katanya kualiti lada hitam sarawak ni terbaik! lepas tu misi mencari udang segar, tanya kat penjual tu boleh packing tak?? rata-rata penjual kat sana semua boleh packing kan.

Aku jumpa satu gerai tu jual udang size sederhana RM50 2 kilo yang besar sikit RM50 sekilo so kami pun beli la.. tunggu dia packing udang tu lamanya lahaiiii! sian dorang tunggu lama dalam van hihihihih!

Lepas settle shopping kat Pasar Satok kami terus ke Airport, iye la nak kena check in luggage awal kan?? hah! kat Airport Kuching ni canggih uolssss! ade tempat untuk self check in for luggage.. cara nya korang print dulu sesiap tagging pastu gi kat kaunter self check in then ade staff Air Asia akan ajar cara nak scan barang-barang kita sendiri, kalau satu beg je senang la nak check in sendiri kalau banyak payah jugaaa.. huhuhuhu! maybe tak biasa kot nasib baik makcik hubby ade tolong tunjuk kan kalau tak sampai ke sudah tak tau macam mana nak check in. Lepas check in tu aku janji ngan tuan rumah nak pulang kunci kat Airport so tunggu la dia sampai dia datang.

Sebelum kami masuk untuk depature kami solat jamak dulu di Airport pastu baru la terpikir nak makan, sekali lepas solat & masuk je depature hall flight kami dah calling?? adoiii awal gila sian hubby tak sempat nak makan. So aku pujuk dia cakap kita order makanan dalam flight je. Flight kami gerak awal pkl 3 dah gerak sepatutnya pukul 3.30 petang. Dalam flight tu aku order kan hubby nasi ayam, nak order nasi lemak tapi dah abis plak so kempunan la nasi lemak pak naseer.

selfie sensorang sebab hubby duk jauhhh!
Sampai kat Airport je kami terus ke tempat amik luggage settle luggage kami cari stesen ERL plak, kebetulan ERL penuh gila, maybe sebab orang baru balik kerja kot tu yang padat & sendat sian MIL & FIL aku, rasa bersalah plak ajak dia naik train, dengan barang-barang lagi. Oh ya di sebabkan train penuh hubby tertinggal ok!!! ahahaha terpaksa la dia tunggu next train.. sumpah seranah la dia gak sebab 2 kali train yang datang tu KLIA express bukan transit... kesiaannnnn tu la tak biasa naik train, kita ni dah hari-hari naik train tak kisah la train penuh ke idakkk sumbat aje... hihihih!

Sampai kat Putrajaya sentral terus gi ambil kereta kemudian tunggu hubby kat main entrance senang skit kan dia tak yah la jalan jauh so kurang la kemarahan nya ituuu.. huhuhuh! pastu tu singgah makan jap kat putrajaya.

So berakhir la percutian bersama family tersayang selama 3 hari 2 malam... kenangan yang tak kan luput di ingatan... i love my familyyyy!! muahhhh!!

Bye till we meet again Kuching
Kira-kira

Shopping di Pasar Satok = RM100 (udang segar)
Makan dalam Flight = RM50.00
Parking di Putrajaya sentral 3 Hari 2 Malam = RM18.00

Total = RM168.00
Total keseluruhan = RM1,100.20

Ulasan

  1. hi sis, korg sewa homestay tu area mana eh? ada ctc no x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://akubukanblog.blogspot.my/2016/04/kereta-sewa-dan-homestay-murah-di.html boleh baca kat sini

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?