Kereta sewa dan homestay murah di Kuching Sarawak

First aku nak cerita pasal kereta sewa yang termurah di Kuching, aku dapat contact no dari blog ida baharum. Sebelum ni ada juga aku contact orang lain tapi harga semua mahal-mahal, sewa van sahaja sehari dah RM250 tak termasuk driver. So aku try contact yang ada dalam blog ida iaitu cikgu Halid dia offer van 12 seater hanya RM220 sehari so dia bagi harga 2 hari 1/2 bersama driver RM650 jeee.. murah & berbaloi! semua dah termasuk upah driver + minyak so kita tak perlu pening-pening kepala nak cari jalan atau nak isi minyak just cakap je ngan driver nak pergi mana nanti dia bawa. Lagi satu Sarawak ni memang kurang signboard so kemungkinan nak sesat tu adalah tinggi.

Ni contact no Cikgu halid 016-8559792 jangan lupa mention nama ida untuk diskaun!

Kemudian aku nak cerita pasal homestay tempat aku tinggal, homestay ni tak jauh pun dari bandar Kuching, dia terletak di Matang Jaya. Rumahnya sangat besar & selesa, katil pun banyak sesuai la untuk family yang nak datang beramai-ramai. Yang paling penting homestay nya bersih ade mesin basuh serta ade dapur untuk memasak, so kalau korang nak budget leh la masak kat rumah kan? lagi satu owner nya sangattttt la baik! tu yang best tu.. aku memang suggest la kalau korang stay kat sini! sangat recommended. Sewa untuk satu malam hanya RM150

Ni bilik depan sekali
ni master bedroom ade aircond & ade bilik air
Ni bilik kat belakang
rumah semi-d uolsss! berbaloi sangat
ni bilik solat.. korang leh request extra toto & bantal kalau nak
ni ruang tamunya, kalau bilik tak cukup leh tido kat ruang tamu
Untuk sewa homestay ni korang boleh contact Siti 016-858 7660

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?