Percutian Budget ke Pulau Redang - Day 2

Day 2 - 10.10.2016 (Isnin)

Breakfast ready pukul 7 pagi, hari ni aku just breakfast roti dan telur pas breakfast aku ajak hubby daki ke bukit depan chalet tu, tapi sebelum naik bukit tu buat jumping jack 100 kali (ok ni poyo) exercise la konon sambil warming up skit.

yoga la konon.. bahahahha!
Dah puas bergambar kami pun pulang ke bilik, get ready nak gi snorkeling pkl 9 pagi tapi kena get ready dalam pukul 8.30pagi. Hari ni pergi snorkeling di Marine Park, marine park ni best juga tempat dia.. ade pesisir pantai so sapa yang tak minat snorkeling leh lepak tepi pantai je. Kat sini tour guide akan tempatkan di tempat yang telah sediakan so takde campur ngan chalet lain, senang dia nak monitor katanya. Ombak pagi ni agak kuat sedikit, mungkin sebab malam semalam hujan kan & monsun dah nak tiba so ombak kuat skit penat gak la bersnorkeling nak melawan arus.




Dalam pukul 11.30 kami semua pulang ke chalet, sampai kat chalet sambung snorkeling lagi. Lepas puas snorkeling kami pun pulang ke bilik semula. Pukul 12.30 kami kuar lunch, lepas lunch tu singgah sekejap kat kedai hubby teringin nak makan keropok katanya, rupanya kat sebelah chalet kami tu ade kedai hihihih! penat je semalam jalan jauh-jauh, so siapa stay kat Redang Lagoon leh pergi kedai di chalet Redang Bay ye.. sebelah je.

Pukul 2.30 petang get ready utk 2nd trip snorkeling, kali ni di open sea juga macam hari pertama. Kat sini tak best pun tempatnya coral byk mati, ikan pun takde. Ingat petang nanti nak g ikut trip ke turtle point, tapi sebab kami berdua je yang nak pergi maka x jadi la trip tu.. sedihnyaaaa! kat sini kejap je 30 minit mcm tu dah pulang ke chalet semula.. aku pun 10 minit dah naik ke bot sebab xde yang menarik pun.



Dek kerana malas nak balik bilik lagi kitaorg terus minum petang sebab tengok minum petang nya dah ready, dah lepas minum petang baru balik bilik, mandi-mandi bersihkan diri then tertidur.. huhuhuh! sampai ke petang.. tengok-tengok dah pukul 5 lebih. Cuaca pun gelap dah sempat snorkeling sekejap je then hujan turun selebat nya! ini la risiko jika pergi bulan dah nak monsun.

Pukul 7 macam tu kami turun untuk makan malam pula lepas tu balik semula ke bilik, malam ni takde bbq k sebab malam pertama dah makan bbq. Kat pulau Redang ni takde aktiviti malam mcm di perhentian, sunyi sepi je cuma dengar deruan ombak, tenang je rasa.

Kira-kira

Makanan & rokok - RM33.50


Total = RM33.50

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?