Percutian Budget ke Pulau Redang

Bila bercuti wajib la update dalam blog aku ni, bukan apa senang nak rujuk semula nanti.

Day 1 - 9.10.2016 (Ahad)

Kalau sebelum ni kami naik bas je ke Terengganu tapi kali ni percutian kami menaiki kereta pula sebab hubby plan nak OT sampai ke malam.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 12.30 tengah malam, nak kena sampai ke Terengganu pukul 8.30pagi. Mula nya office mate aku nak tumpang balik ke Kampung tapi tak jadi sebab dah lewat sangat.

Hubby aku yang drive dari KL-Gambang singgah sebentar di Petronas Bentong sebab nak beli vicks & makanan sikit kemudian kami tidur sekejap di RNR Temerloh dalam pkl 3.30am kami gerak semula, dari Gambang sampai ke Kuala Terengganu aku yang drive. Sampai kat Kuala Terengganu kami tersesat nak cari jeti, padahal dah dekat dah location kami sampai hubby aku fed up dia plak yang drive aku baca map.

Kalau korang nak ke Pulau Redang, sila waze ke "Jeti penumpang syahbandar" tak pun "Pasar Payang"sebab jeti ni bersebelahan dengan Pasar Payang. Kami sampai di jeti pukul 8 pagi, aku pergi beli kuih dan makanan di Pasar Payang sekejap sementara tunggu Dino (PIC yang aku deal).

Tak lama tu, Dino pun whatsapp cakap dia tunggu di kaunter 3, aku settlekan bayaran kemudian dia pun bagi tiket, pkl 8.45am baru pintu pagar nak ke jeti di buka, sebelum naik feri tu jangan lupa bayar duit tiket marine park ye, sebab masa nak ke marine park nnt tour guide akan mintak tiket kita.

Sebelum pintu di buka
Bergambar sebelum naik feri
Perjalanan dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang lebih kurang 1 jam 30 minit, sampai di pulau kita kena berpindah dari feri ke barge, nanti dia turun kan kita betul2 atas pasir. Aku booking di Redang Lagoon so memang dekat la dari tempat kita diturunkan, aku pun terus check in mulanya reception bagi kami bilik di belakang-belakang, tapi aku minta bilik yang mengadap laut nasib baik dia nak layan, tapi kena tunggu 1 jam lagi la sebab housekeeping still tengah kemas bilik.

1 jam setengah naik feri
Sementara tunggu bilik siap, kita makan dulu makanan yang di beli semasa di Pasar Payang tadi. Dalam pukul 12pm macam tu aku pun g minta kunci. Alhamdulillah bilik besar & puas hati tahap kebersihan nya ade extra tilam lagi kat tingkat atas. dlm pkl 12.30pm macam tu kami pun lunch kemudian singgah ke kedai sekejap sebab hubby nak beli rokok. Jauh juga gift shopnya penat gak la berjalan di panas terik.

Pemadangan depan chalet
Nasi minyak beli di pasar payang RM2 sebungkus
Bilik kami - tingkat bawah
Tingkat atas
toiletnya yang bersih
pemandangan dari tingkat atas
Pukul 2pm calling time untuk 1st snorkeling, apa namanya tempat nya jangan di tanya sebab aku tak ingat, yang aku ingat kitaorang snorkeling di lautan luas ahahahaha! kat sini kita berendam selama sejam lepas tu balik ke chalet, Sebelum masuk ke chalet kami snorkeling kat area depan chalet kami, best gila cuma ombak time ni dah kuat skit x berapa syok nak snorkeling.

Snorkeling time.. time ni muka putih lagi! ahahahah!


coral-coral yang ada di sana
Lepas puas snorkeling kami balik ke bilik bersihkan diri kemudian pergi minum petang. Lepas minum petang kami lepak semula di dalam bilik, sebab petang skit plan nak jalan-jalan pesisir pantai kemudian nak tengok sunset, tapi sedih sunset tak nampak pun, sebab terlindung dek pulau.

ikan belang2 ni memana ade
clamp
gambar lompat! tapi jauh la plak
Jalan - jalan tepi pantai
Pas jenjalan petang kami siap-siap untuk makan malam pula, hari ni makan malam kami ialah BBQ, korang pilih korang nak makan apa then bakar la sendiri ye. Lepas makan malam kami lepak kejap di buaian kat luar kemudian masuk bilik tidur.

bbq kami
Kira-kira

Pakej Pulau Redang  2pax = RM636 
**RM318/ pax termasuk GST, RM100 deposit RM60 bayar di jeti selebihnya byr di chalet
Makanan = RM22.60
** RM12 (bentong) RM8 (breakfast) RM2.60 (Roti)
Tol = RM54.80
**RM2.00 (mines) RM6.00 (Gombak) RM3.50 (bentong) RM43.30 (Karak-Kuala Terengganu) 
Minyak = RM30
Sewa Life Jacket & Mask : RM30
**Life Jacket 2pcs (RM10 3 hari) Snorkeling Mask 1 pc (RM10 3 hari)

Total = RM773.40

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?