Perjalanan menguruskan badan

Ahahaha! tajuk tak boleh blah kan?

Dah lama tak menaip.. rindu pulak! usaha TTC setakat ni kita tangguh dulu, masih mencari mood untuk turun kan berat badan ke BMI yang sepatutnya.

Sebenarnya aku ni diet dah lama kot! ahahaha! bermula sejak semua seluar jeans aku tak muat & terpaksa pakai skirt ke mana-mana.. ahaks! memang memalukan sungguh, masa tu tahun 2013 kot on off on off diet last last kelaut. ahahahah!

Masa tahun 2013 tu gemuk tak hingat kottt! masa tu 80KG pastu aku diet atkin lama juga pastu turun agak banyak kemudian ramai orang tegur eh dah kurus! time tu lupa diri jap then ke laut dalam! ahahaha!

80Kg uolss
ahahaha! leh tutup mata!
oh mai! time ni memang gemuk tak ingatt!
gambar perasan kurus skit
Last year start diet atkin semula start dengan berat 78KG tapi tak bersenam pun turun sampai ke 75KG pastu aku tambah skit senaman pergi gym segala dapat turun ke 73KG, pastu diet aku kelaut balik sebab aku makan ikut suka ahahaha!

time ni sibuk ke gym
Lepas raya hari tu aku try masuk Hit Fat 7.0 program ni bagus juga dia ajar kita cara pemakanan yang betul, cara workout yang bermacam-macam so aku boleh praktik kan kat rumah. Start masuk Hit Fat berat aku 74.1KG selama 8 minggu join Hit Fat berat aku turun ke 68.4KG Alhamdulillah! memang traget aku nak dapatkan berat bawah 70KG dan tak di sangka aku adalah pemenang untuk kawasan aku.. serius happy gila.

ni masa Hit Fat 7.0 punya program
Sebelum habis Hit Fat hari tu aku terpikir-pikir nak buat apa lepas ni untuk maintain & usaha nak turun kan lagi berat badan aku, so terjumpa la satu kelab fitness kat Bangi ni.. namanya Oh My Club (OMC). First try serius dah jatuh cinta, pastu harga berbaloi plak tu! ingat nak terus subscribe jadi member tapi coach cakap try la kitaorang nya body transformation challenge (BTC) so aku pun masuk la selama 21 hari aku challenge diri aku utk turun kan berat badan & body fat. Permulaan BTC berat aku 70KG (time ni hit fat tak final lagi then scale lain-lain) body fat aku 38.9, selepas 21 hari berat aku jadi 67.7KG body fat 37 something la tak ingat, body fat turun dalam 1% lebih je. BTC challenge ni aku dapat tempat ke 5, antara top 8 la kiranya.. ahahaha! Alhamdulillah ade la skit improvement tu kan?

ni masa BTC challenge.. eh adam pun terselit laaa..hihihih!

So sekarang ni aku masih berusaha untuk turunkan lagi berat badan aku, dan berat terkini mengikut scale aku adalah 65.9KG bodyfat 37.6, target aku kali ni nak turunkan sehingga 60KG insha allah!! korang-korang doakan yeee. Sekarang ni tiada istilah diet tapi tukar kepada healthy lifestyle. Chaiyokk!!


gambar terkini.. korang doakan aku istiqomah ye..

Semoga tercapai la impian aku nak menjadi ibu suatu hari nanti.. doakan ye korang.. 

Ulasan

  1. wah memang kuruslahhh tahniah2 moga istiqamah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insha allah.. doakan ye.. lama tak update blog mila?

      Padam
  2. wahh seronoknya..berat saya skrg 67.7 timbang 2 hari lepas... mmg obesss...PCOS mmg susah nak turun....blh share tak sis punye cara nak kurangkan berat tu...klu x keberatan la. :)

    BalasPadam
  3. kurus!!!!! jeles!!!!!! kita tgk kat fb muke da runcing hahahaha ok i is jeles!!
    cayokkk zue mst boleh!! sambil taip sambil pk aku bile nk kurus hahahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu gemok sgt.. now dah turun berat nampak la kurus skit.. hihihi! awak xyah diet reha, badan dah slim pastu masih menyusu, amal kan pemakanan seimbang je.. insha allah boleh maintain

      Padam
  4. Wahh. tahniah. moga istiqamah.. nak buat jadi admirer ni. Cmne nak join ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak nak join yang bangi punya workout ke? leh tgk kat IG Ohmyclub, cakap kenal dari zue.. murah je workout session dia

      Padam
  5. ta, masukkan la sekeping compare side to side yg sekarang dengan 80kg tu. mesti kebaboom. kipidap ta. idola niiihhhh haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok nnt hakak try buat cam tu.. idola la sgt! ngada aihhh!

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?