Selasa, 1 November 2016

Percutian Budget ke Pulau Redang - Day 3

Hari ni adalah hari terakhir merupakan hari ke 3, kami bangun pagi sesiap terus pergi breakfast kemudian ajak hubby pergi mandi for last time tapi hubby takmo. Takpe la kita pergi la bagi makan ikan kat atas batu sana. Nak abis kan stok roti yang ada so kita bagi la ikan makan. Best gak bagi makan kat sini, yang paling best ada baby shark kat sini... wuuuu teruja sangat.

Ikan besar
baby shark.. nampak tak?
Lepas bagi makan ikan kemas beg dan terus la check out, 1st boat dalm pukul 10am macam tu sementara tunggu boat sempat la mengopi jap 1 cup of Nescafe RM7 huhuhuhuh! bertabah la kalau dah namanya duduk di pulau. Tak lama tu boat pun sampai kelam kabut member abis kan Necafe dia..
Necafe RM7
Kek pun ada jual di pulau kalau sesiapa nak celebrate di sana
Perjalanan balik ke Kuala Terengganu sama juga mengambil masa 1 jam setengah, sampai kat sana terus ke kereta parking untuk 3 hari RM18, satu hari RM6. Sebelum bergerak balik singgah jap Pasar Payang, Pasar Payang tu dekat je ngan jeti kalau korang nak jalan kaki pun boleh. Takde shopping apa pun just beli buah tangan untuk family sikit.

Tempat parking
Lepas pergi Pasar Payang ajak hubby cari keropok losong, sebelum ni aku dengar keropok losong seberang takir adalah yang terbaik sekali cari punya cari tak jumpa. Pastu ingat nak gi cari makan tengah hari singgah di satu kedai gulai kawah, tengok lauk tak menarik plak so tak jadi nak berhenti makan. Perut dah lapar aku cadang ngan hubby terus gi cari ICT (ikan celup tepung), kebetulan tempat ICT tu memang dekat area situ. Kami tak pergi ke Warung Pak Nong sebab ramai review harga nya mahal so kami ke Pantai Teluk Ketapang Di Restoran D'Coconut, warungnya berdekatan dengan landasan kapal terbang. Kat sini memang murah la ICT dia puas hati!

Hubby tengah sibuk memilih makanan
Sotong RM7, Udang RM7 dan ikan RM4 seekor
 Masa makan kat ICT tu aku tanya kat mana nak dapatkan keropok losong yang sedap, dia cakap try cari di Kampung Losong berdekatan dengan Muzium Islam KT, lepas makan kat situ kami pun pergi la cari kat area Kampung Losong ni. Memang betul berlambak-lambak orang jual kopok losong kat sini pilih je mana nak.

Lepas kami dah dapat semua yang dihajati kami pun balik, kali ni kami lalu jalan dalam tak lalu highway dah, plan nya nak singgah rantau abang jap nak tengok muzium penyu tapi tak jumpa plak. Kami singgah tidur satu malam di Jengka (kg hubby) kemudian baru la pulang ke Kajang. Sebelum sampai ke Jengka kami singgah minum petang di Kula Cakes Kuantan, ramai review pasal manggo cheesecake katanya sedap, memang ternyata sedap ok manggo cheesecake nya nyesal tak tapau bawa balik!

Wajib singgah jika ke Kuantan
Manggo cheesecake paling WIN!
Enviroment yang cantik
Wajib bergambo di sini
Lepas makan manggo cheesecake ingat nak jalan-jalan kat tepi sungai kuantan tapi parking takde so kami terus la pulang ke Jengka.. Maka berakhirla percutian budget kami Ke Pulau Redang! Alhamdulillah

Kira-kira

Nescafe Ice - RM7.00
Parking - RM18.00
Parking di Pasar Payang - Rm0.50
Shopping di Pasar Payang - RM100.00
Makan ICT - RM26.00
Shopping Keropok losong - RM35.00
Makan Kula Cake - RM25.00
Minyak - RM80.00
Tol Kuantan ke Jengka - RM12.30
Tol Jengka - Karak - RM7.70
Tol Bentong - RM3.50
Tol Gombak - RM6.00
Tol Mines - RM2.00

Total = RM323

Total 3 hari 2 malam untuk 2 orang = RM1,129.90
(kalau korang nak jimat boleh naik bas dan jimatkan tang shopping)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan