Percutian ke Pattaya Thailand ~ Part 2

Day 2, 7.11.2016

Semalam malam tak boleh nak tidur sangat, rupanya bukan aku sorang takleh tidur yang lain pun tak leh tidur gak, last-last aku tukar tempat tidur dengan Yani pastu baru la leh tertelap sebentar.

Bangun pagi panas kan lauk dan bawa bekalan makan sesiap, kami nak berkelah di Silverlake. Lepas breakfast kami siap-siap nak kuar, cadang hari ni nak ke Nong Nooch, Mini Siam & Silver lake. Ingat tak semalam dah upah driver kat satu agent ni pagi ni kami janji pukul 8am nak kuar. Tidak dilupakan hari ni tema kami adalah putihhh!!
Tema putih uolsss!
Sebelum 8am kami dah turun takut driver dah tunggu, tapi dah pukul 8am x muncul muncul lagi sempat gak la gi 7e & jalan tepi pantai jap, tengah bebudak ni shopping kat 7e driver pun sampai. Tempat pertama yang kami pergi adalah Nong Nooch, apa yang ada di Nong Nooch ni? tu aku cerita kan nanti ye, nak cerita pasal tiket dulu. Tiket kami dah beli secara online awal-awal lagi sebab setelah Yani survey harga tiket lagi murah berbanding walk-in so kami beli la secara online, tiket mini siam pun kami beli sekali korang boleh beli di http://hotels2thailand.com/ jimat dalam rm20 gak la.


Bergambar di depan guest house
Bergambar di tepian pantai sebelum jalan-jalan
Sampai di Nong Nooch kami tukar dulu tiket di pintu utama, kemudian terus masuk ke dalam. Nong Nooch ni adalah sebuah taman yang sangat besar & sangat cantik. Kalau korang ada duit terlebih boleh la stay kat sini, dengar cerita hotel dalam taman ni pun takde lah mahal sangat. Masuk-masuk je taman terjumpa kandang gajah dulu, wuuuuu! eksited gila nampak gajah.

gambar ngan gajah, (maaf la nana saya memang nak sabotaj awak.. ahahaha!)

 Macam-macam taman ade dalam ni patung-patung binatang yang cantik-cantik pun ado, apa-apa hal kami cari port bergambar dulu, perghhh! semua tempat memang cantik-cantik rambang mata. Dah puas bergambo kami ternampak satu bas untuk ronda-ronda taman, cas untuk seorang 100THB so kami decide naik bas tu untuk jalan-jalan keliling taman, sambil jalan-jalan tu pemandu bas akan cerita tentang taman ni, tentang pokok-pokok kat sini, harga sebatang pokok tu pun dia cerita tau. Pemandu bas akan berhenti di taman yang betul-betul mempunyai tarikan yang menarik.


ni la bus yang aku maksudkan
ni tempat yang paling cantik
ni patung-patung kayu menyerupai binatang, memang unik
aku suka gambar ni
Kami pusing taman tu lebih kurang sejam gak la, pastu terus kami pergi ke satu dewan untuk tgk cultural show & pertunjukan gajah. Cultural show tu dia tunjuk tentang kebudayaan negara Thailand dan budaya di setiap daerah di dalam thailand, lepas je abis cultural show berlari plak kami nak tengok pertunjukan gajah! yang ni best gila!! tengok kepandaian gajah kayuh basikal, main bola, melukis dan macam-macam lagi la, eeee! seronok weh.

Sebelum masuk dewan
Cultural show
Cultural show lagi
Pertunjukan gajah

Lepas tengok pertunjukan tu kami terus call driver dan menuju ke tempat seterusnya di Silverlake garden. Kat Silverlake lake ni takde apa apa pun just taman bunga & tempat menjual wine, kami ke sini untuk makan tengah hari, memula ingat nak jalan sampai kincir angin tapi cuaca panasa amat, maka kami singgah untuk lunch aje & bergambar. Silver lake ni masuk PERCUMA tau! kalau korang tak larat nak jalan-jalan kat area sini korang boleh naik bas yang dia sediakan, caj untuk bas tu tak pasti pula.

Di pintu masuk Silverlake
Bergambo ala-ala makcik kepochi
geng topi besar bak kata abang imigresen
nampak tak kincir angin nun jauh di sana
Lepas dah kenyang kami teruskan perjalanan ke Mini Siam, dalam perjalanan tu hari dah mendung, tiba je di mini siam hujan renyai-renyai dah seterusnya lebat, Sedih gila sebab tak dapat sangat nak ambil gambar kat sini. Apa yang ada di sini? ok kat mini siam ni ada replica-replica bangunan di seluruh dunia, tapi kebanyak kan nya diaorang buat replica bangunan yang famous yang terdapat di Thailand. Disini kami bergambar dalam kebasahan. Sebelum Masuk ke Mini Siam ni dorang ada sediakan payung tau! so kalau hujan korang guna la patung tu sebelum nak balik tu pulang kan semula ye.


tak tau apa nama bangunan ni

Eiffel tower
ni yang kat brazil tu kan?
ni pun tak tau apa nama bangunan ni

Sempat lagi bergambar walaupun hujan

Lepas kami ke Mini siam diaorang cari tempat untuk solat, dok tanya driver masjid dia tak paham atau buat-buat tak paham, last-last kami decide sembahyang kat shopping mall je so kami minta driver bawa kami ke Central Festival di Pattaya. Lepas jumpa surau dan solat kami ke supermarket dia untuk beli salad, kat shopping mall ni juga ada banyak jual makanan Halal korang just pilih je la nak makan apa. Kami just makan pankek & minum air kopi je kat sini, penjual pankek tu boleh cakap melayu tau! so apa lagi suka la kami bertanya macam-macam.

Ni kedai makanan halal dalam mall tu, kena cari di food court 
Pancake di pattaya tidak sesedap pancake di krabi
Sempat bergambar di depan kenderaan yang bawa kami seharian

 Dah kenyang makan pankek kami suruh driver singgah sekejap di Hard Rock, masing-masing nak beli souvenir untuk family tersayang kan? huhuhuh! aku just beli baju sehelai untuk hubby, tak boleh tak beli sebab dia dah sesiap bagi duit. Settle beli belah di Hard Rock kami terus pulang ke guest house.


Singgah di Hard Rock sebentar
Ok sambung next entry la eh untuk cerita makan malam & hari ke 3 di Pattaya. Penat nak menaip! huhuhuhuh! 

Kira-kira

Tiket ke Nong Nooch & Mini siam 4 orang - RM256.45
Makan di Central Festival Mall - 200THB

Total = RM256.45 & 200THB

Duit Sendiri

Bus di Nong Nooch - 100THB
Baju di Hard Rock - 1200THB

Total = THB1300

*ada yang lost count ahahahah!

Ulasan

  1. view suma cantik-cantik. mesti frust tak dapat bergambar bila hujan.

    BalasPadam
  2. Kenapa pulak nama blog ni gagal

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?