Percutian ke Pattaya Thailand ~ Part 3


Day 2, 7.11.2016 (Malam)

Lama dah tergendala ye aku punya entry ni hihihih! mari kita sambung ehhhh! (banyak plak aku lupa.. aku cerita apa yang aku ingat je la eh):P

Lepas balik dari HRC tu kami terus pulang ke guest house, malam ni kami plan nak mkn di pasar malam Jom Tein. Last day nak bershopping kat sini, aku nasihat kan better korang bershopping kat sini la dari di Pattaya Town, kat sini lagi berbaloi murahnya. Disini aku beli Fridge magnet, pshimma & seluar tak silap aku, lain aku lupa plak. Lepas je shopping kami pun beli makanan untuk makan malam, dah settle beli makanan kami duduk makan disitu. Lepas makan terus balik ke guest house, kepenatan sungguh.. lepak-lepak then terus tidur.






Dinner kami.. yum yummm!
Jus yang tidak pernah dilupakan! freshh wooo
Day 3, 8.11.2016

Aku cerita kasi abis je la entry kali ni.


Untuk hari ke 3 kami plan nak berpindah ke area Pattaya Town, tapi sebelum check out kami nak jalan-jalan sambil ambil gambar di sekitar Jom Tein beach. Jenuh gak bergambar kat sini! hihihihih! lepas bergambar kami terus balik ke guest house, owh ye.. kami just ambil transport dengan pihak guest house, malas nak naik song thiew. Sampai di guest house kami bersiap-siap untuk check out!

Pattaya 2016





Kalau bab posing bagi la kat kami ahahah!
Kali ni kami check in di Pattaya town, kami stay di The Base. Kalau korang nak ke Pattaya town better korang stay kat sini, tempat nya memang betul-betul di central of Pattaya town, dekat dengan mall juga. Homestay kali ni mmg syok gila, memang kami rasa macam orang kaya la ahahaha! Lepas check in & letak barang kami keluar semula untuk massage! perkara wajib kalau ke Thailand kan?? lepas massage lega je rasa badan, tiba masa untuk cari makan malam.

toilet bersih!
Bilik ada 1 je.. lagi 2 orang tido di sofa
Dapur dia kecil.. tapi lengkap
di pool sebelah bilik.. tapi tak boleh mandi, boleh santai-santai je
ni jalan nak keluar dari The base
jalan kaki skit dah jumpa tempat massage!
Kisah nak cari makan malam usah la di cerita kan panjang lebar kerana ia boleh mengakibatkan rasa marah... ahahaha! sbb tempat yang kami nak cari tu jauh dari tempat kami stay! plan nya nak cari makan seafood di kawasan Masjid Nurul Iman, tapi Masjid Nurul Iman pun tak nampak bayang sebab jauh amat ahahaha! makanya kami just makan beef noodle je kat area situ. Setelah kenyang kami pun balik & singgah sebentar di Walking street Pattaya, kat sini takde apa pun just pub & club je yang banyak.

sedap juga beef noodle dia
Masa cari jalan terjumpa akak jual pankek, beli la untuk merasa
Pulut mangga jangan dilupakan
kat sini ada juga fresh jus.. tapi mahal skit dari jom tein
Walking street yang boring
dah puas berjalan kami pun pulang ke homestay kami! fuhhhh!

Day 4, 9.11.2016

last day kami di Pattaya, pagi ni kami breakfast kat rumah je, abis kan segala bekalan yang kami bawa dari KL hari tu kenyang hamat wehhhhh! Lepas kekenyangan kami plan nak mandi pool!! pool kat sini best hamat wehhh! infiniti pool! boleh nampak Pattaya Town the nampak Pattaya beach.. memang perfect choice! Puas kami melompat-lompat dalam pool sebab takde orang sangat pun time tu... berejam gak la berendam.

bandar Pattaya nampak dari The Base
aktiviti melompat macam budak kecik
tu dia acara melompat beramai-ramai
yani dah tengelam! ahahaha!
Belakang tu Pattaya beach
hakak gayat.. makanya hakak tak panjat
Lepas puas mandi manda kami pun pulang semula ke homestay & bersiap-siap untuk pulang. Kami janji dengan driver yang sama masa 1st day kami datang. Call driver then terus ke Airport.

Berakhirla percutian kami di Pattaya untuk percutian Soulsister tahun 2016... untuk 2017?? kami tak plan lagi yeee... maybe x kemana-mana & postpone sampai tabung kami penuh.. huhuhuhu!

sebelum balik bergambar di Aiport dulu
bye-bye... berakhirla percutian kami 2016
Sorry la.. budget & kira-kira takde sebab dah lama bertangguh kan? so tak ingat! ahahahah! next time kena cepat-cepat buat entry so boleh la ingat... ahahahaha!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?