Percutian ke Bandung - Part 2


Hari ke 2 ni plan nya nak jalan-jalan di kawasan perlancongan di Bandung, cadangnya nak ke Kawah putih tapi supir cakap jalan tak sehaluan so tak dapat la pergi.

Day 2 - 11.3.2017

Pagi tu bangun pkl 6 pagi janji ngan supir pukul 8 pagi, tapi bila berjalan ngan warga emas ni kena la teratur sikit kan? terjumpa FIL kat lobby dia cakap takde pun breakfast, aku pun turn ke bawah tanya kan rupanya kita kena request by order maybe sebab orang tak ramai kan. Tak lama order tu makanan pun sampai, pagi ni nasi goreng dengan telur mata.. kenyang juga la sampai ke tengah hari. Dalam pukul 8 pagi macam tu super pun sampai.
Sarapan pagi kami
Tempat pertama yang kami pergi ialah di Farm House, Disini bayar tiket masuk sebanyak IDR20,000 seorang. Banyak juga pemandangan menarik kat sini, cuaca pun sejuk je. Oh ya! tiket tu kita boleh tukar kan dengan susu ye, time aku pergi tu ade susu strawberi & susu asli je. Sebelum ni ada terbaca kita boleh tukar dengan sosej juga, tapi bila di tanya dia ckp sosej dah takde cuma boleh tukar dengan susu sahaja! 1 tiket boleh tukar dengan 1 susu, rasanya boleh tahan juga sedap! Kat sini juga ade jual macam-macam, makanan & souvenir pun ada.






Lepas puas ronda di Farm House, supir bawa kami ke Kilang Kopi Luwak. Di sini ade seorang tour guide yang akan terangkan cara-cara pemprosesan kopi luwak, kita pun boleh pegang Luwak jinak untuk bergambar. Kalau ke sini jangan lupa rasa kopinya, walapun harganya terlampau mahal tapi banyak khasiatnya. Di sini hubby beli masker kopi untuk haluskan kulit katanya. Ok di sini tiada tiket masuk je, FREE of Charge, tapi bila dah masuk FREE tu tak kan nak kuar tangan kosong je kan sure la kena beli something ahahhaha!



Kami satu family
Next destinasi adalah ke De Ranch Lembang, tiket masuk di De Ranch hanya IDR10,000 tiket tu kita boleh tukar kan kepada susu ataupun yogurt susu ada 3 perisa Melon, strawberi & asli, manakala yogurt ada perisa anggur, strawberi & asli, 1 tiket untuk 1 susu manakala 2 tiket untuk 1 yogurt. Di sini takde aktiviti yang menarik sangat, pada aku sesuai la untuk keluarga yang ada anak-anak kecil. di sini ade aktiviti memanah, menunggang kuda & permainan untuk anak-anak, kat sini juga ade tempat makan. Di sebabkan hubby dah lapar & nak sangat makan bakso maka kami makan lunch disini je, solat pun di sini je. Lepas dah kenyang kami pun ke destinasi seterusnya.



Bakso & lemper
Lepas dah kenyang kami ke Floating Market Lembang pula. Tiket masuk ke floting market ni adalah IDR20,000 korang boleh tukar kan tiket kepada minuman ye, dia akan bagi korang pilih minuman yang ada di mesin korang boleh pilih kopi latte, milo atau teh tarik untuk panas dan ice lemon tea atau oren untuk minuman sejuk, disebabkan kekenyangan maka kami tidak berjalan sangat di floating market, kami just naik kenderaan air @ sampan yang di ikat macam keretapi untuk tour di sekeliling tasik di floating market. Kat sini pada aku pun takde apa-apa sangat, just tempat makan je & boleh tengok pemandangan yang cantik.

me & my MIL



Lepas ke Floating Market kami teruskan perjalanan ke Dusun Bambu, hah! tempat ni la yang aku nak pergi sangat!! kat sini memang cantik pemandangan nya cuma tiada aktiviti sangat kat sini, korang just boleh ambil gambar yang cantik-cantik jee kat sini. Pada aku sesiapa yang suka kan alam sekitar, bunga-bunga, pokok-pokok & architecture yang unik korang wajib singgah di sini ye! tiket masuk adalah IDR20,000 seorang korang boleh tukar kan tiket tu kepada air mineral ataupun anak pokok! Unik kan redeemable gift dia ade ke bagi anak pokok.. ahahahah!







Dah puas jalan-jalan di sekitar Lembang kami pun pulang ke kota Bandung, kebetulan masa nak ke bandung tu terjumpa kedai Eiger, kedai Eiger ni macam kedai sukan la hubby nak beli touring jaket, so singgah la kejap. Memang ade touring jaket kat sini & harga nya memang murah gila siap ade 50% diskaun, tapi sayang takde size plak. perjalanan di teruskan ke Factory outlet lagi, tapi aku macam dah tak larat nk berjalan ke factory outlet di Bandung ni, kebanyakkan nya sama je barang nya. Kami pun suruh supir bawa kami makan.

Supir bawa kami makan di Kedai Belacan, apa yang menarik di kedai ni?? nasi goreng nya sedap, soda gembiranya sedap & sambal belacan nya sedap.. lagi satu portion nya ya ampunnn!! besar amatt memang kenyang gila.


Orang cakap kalau pergi Bandung jangan lupa cuba Martabak San Francisco, makanya aku suruh supir bawa aku untuk beli martabak. Orang yang beratur beli martabak bukan main ramai! kat sini ada 2 jenis martabak.. 1 jenis inti ayam/ daging 1 lagi korang boleh pilih yang inti manis contohnya nuttela with cheese, coklat tablerone  & green tea. Pokoknya pilih je la.. walaupun harga nya mahal tapi puas hati la sebab sedap!! lagi satu masa nak menunggu pun lama amat nasib baik berbaloi.


Lepas dah tapau martabak kami pun terus balik ke hotel, sebelum tidur tu singgah jap ke bilik mertua aku makan martabak lepas tu balik bilik & terus tidur! esok kita nak sambung shopping!!!

Ulasan

  1. Bestnya gi Bandung.. Eyza ni tak tau bila boleh sampai sana.Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. insha allah ade rezeki nanti eyza sampai la

      Padam
  2. Salam, maaf tanya..itenery sepanjang di sana kena ikot supir atau kite arrange sendiri ye?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?