Percutian ke Bandung - Part 1

Minggu lepas kami ke bandung satu family, bawa MIL & FIL sebab mereka nak sangat jalan-jalan ke sana, makanya sebagai menantu solehah (ahahahah!) survey la flight yang murah untuk ke sana. FIL aku cakap dia tak nak Air Asia sebab seat sempit so tunggu la promotion airline yang lain.. bulan 11 hari tu Malindo ade promotion so apa lagi aku grab la untuk 6 dewasa 1 kanak-kanak. Harga Malindo memang berbaloi sebab dah siap makan & lugage seat pun besar.

Di Bandung aku ambil pakej je senang, sebab dah termasuk harga bilik bersama breakfast, supir, parking & tipping, aku rasa berbaloi kot.

Day 1 - 10.3.2017

Pukul 4 pagi kami dah gerak, macam biasa parking di Putrajaya Sentral kemudian naik ERL sampai KLIA. MIL & FIL serta SIL aku tunggu di sana, first tren pukul 4.45pagi flight kami pagi tu pukul 8.10pagi sebab nak check in bag & tak mau kelam kabut sangat kami gerak awal.

naik ERL ke KLIA
Sampai di KLIA terus pergi check in bag dulu, rupanya malindo ni walaupun kita dah check in pakai website kena juga check in di kaunter. Lepas check in bag kami cari tempat makan, kemudian solat & terus ke departure hall. 


Perjalanan mengambil masa 2 jam 10 min sampai di Aiport supir nya dah tunggu, MIL dah terasa lapar so dia ajak pergi makan dulu, kami nak try ayam jelebu, ayam jelebu ni tempat nya di pasar baru. Kami pilih ayam jelebu 2 ekor & ikan terbang sekor, harga makan di Bandung ni boleh tahan mahal ye tapi rasanya tak mengecewakan. Lepas makan kami jalan-jalan di pasar baru, sempat gak la sambar baju kebaya sehelai, tak puas jalan anak sedara dah kepenatan jalan huhuhuh! baru 2 tingkat jalan nya. Lepas ke Pasar Baru kami terus check in, kami stay di Hyper Inn supir bagitau kami dekat je nak ke Pasar Baru dalam 700m tapi bila sampai macam jauh jeeee! tapi bulan May nanti akan ada satu shopping mall di depan Hyper Inn ni tengoknya macam menarik sebab byk kedai-kedai branded.


Alpukat yang wajib dirasa
Nasi Ayam jerebu
Supir kami namanya Wan, kami suruh Wan ambil kami semula dalam pukul 4 kami rehat-rehat & solat dulu sebelum sambung jalan-jalan di Kota Bandung. Pukul 4 Wan pun sampai, petang tu kami di bawa ke Toko Tiga & factory outlet, ramai yang cakap Toko Tiga ni seluar levis nya murah... tapi bila sampai takde la murah mana pun, maybe sebab duit kita pun dah jatuh banyak kan, bila di convert dengan RM lebih kurang je harga malaysia. Lepas ke Toko Tiga kami di bawa ke factory-factory outlet di Jalan Riau, pada pendapat aku factory outlet kat sini biasa-biasa je, memang murah harga nya tapi ke aslian jenama tu macam diragui... hihihih! (maaf ye ni pendapat aku)

T-shirt bandung kat sini murah, kualiti pun nampak ok skit dari kualiti t-shirt di Malaysia, so aku sambar la untuk anak-anak sedara aku & untuk aku. Lepas dah shopping kami pergi makan di Iga Bakar Mas Giri, Ok makan kat sini memang sedap, sampai kan last day pun kami decide dinner kat sini, teringat-ingat sate daging Iga dia. Iga tu adalah rusuk kambing... bagi peminat kambing sure suka! lepas je makan kami terus balik sebab dah kepenatan & kekenyang, ke-esokkan harinya kami nak ke tempat-tempat pelancongan di Bandung.


Kira-kira

Tiket flight KL-BDO-KL - RM196/ per pax  (termasuk lugage 30KG)
Supir Bandung - RM230/ per pax (4 hari 3 Malam termasuk hotel, breakfast, parking & tipping)
ERL to KLIA - RM9.40/ per pax
Makan di Ayam Bakar Jelebu - IDR 500,000/ 6
Shopping di Pasar Baru - IDR 300,000
Shopping t-shirt - IDR 200,000
Makan di Iga Bakar - IDR 500,000/ 6

Total (RM) untuk 2 pax
RM870.80

Total (IDR) untuk 2 pax
IDR830,000 

note: IDR 100,000 = RM33.50

Ulasan

  1. Balasan
    1. +6285222259158 boleh contact no ni.. namanya Pak Wahyu

      Padam
  2. assalamualaikum, boleh tau tak hotel die kat mana? ok tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami stay di Hyper inn Bandung, kalau nak jalan kaki ke pasar baru tu agak jauh. tapi tgk nya macam ade nak buka shopping mall baru depan hyper inn tak tahu dah buka belum sekrang ni

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?