Cara AKU turunkan berat badan.

Ok firstly, kalau aku punya cara turun kan berat badan ni maybe ade yang tak betul sana sini, sila jangan ikut.. sebab ini cara aku. ☺☺, & aku cuma nak share serba sikit.

Aku memang tak makan nasi sejak September yang lepas sila rujuk entri ni , walaupun aku tak makan nasi tak bermakna aku tak makan apa-apa. Aku tetap makan tapi kebiasaan nya dalam kuantiti yang sedikit, lepas tu minum air 2-3 liter sehari memang WAJIB. Dah minum air banyak sure la kene pergi toilet selalu kan? luckly tempat aku memang dekat sangat dengan toilet.

Kalau aku tak makan nasi ape yang aku makan eh? hihihihih mesti korang tertanya-tanya.. ceh poyo ayat! biasanya pagi aku akan makan roti, bihun goreng or buah. Tengah hari akan makan roti, lauk pauk, bihun sup, tomyam, burger, sandwich, buah, ayam, salad ataupun western food. Untuk makan malam biasanya aku akan makan ikan bakar, sup, ayam bakar pendek kata makanan yang kurang berminyak.

Yang penting aku selalu SET dalam otak aku & cakap dengan diri sendiri yang nasi tu tak sedap yang sedapkan nasi tu adalah lauk semata-mata. Lagi satu aku SET jugak azam untuk hilangkan PCOS aku ni, cara nak hilangkan PCOS hanya 1 dengan turunkan berat badan & selalu cakap dengan diri sendiri yang aku buat ni niatnya untuk dapat ZURIAT.

Tips lain lagi adalah, hindarkan/jauhi kopi, teh, nescafe, milo, minuman yang bersusu terutamanya dari susu pekat banyak kan minum air masak, air gas pun takmo minum ye! hihihihih... kalau nak rasa sebulan sekali OK kot.

Exercise pun kene buat gak... macam aku aku selalu exercise jalan kaki ke komuter jauh o0o0o0 jalan! tu exercise paksa rela namanya. Pagi-pagi tu ade gak buat situp setakat 5 kali macam tu tapi perut still tak kurus pun BENCI!

Ape-ape pun sesiapa yang berazam nak turun kan berat badan kene ade azam & tekad yang kuat, macam aku ni ntah kali yang keberapa aku cuba, tapi alhamdulillah kali ni nampak hasil sebab sokongan opismate & hubby aku ☺.

Walaupun penurunan tak banyak mana sedikit sebanyak boleh menjadi pemankin kepada diri aku ni, & kepada sesiapa yang nak mencuba untuk turunkan berat badan ko lakukannya dengan slow-slow insyallah akan berkesan. Mula-mula kurangkan nasi, bila dah kurangkan nasi perut dah biasa baru la avoid nasi tu... so try la mane tau berkesan ☺.

Ulasan

  1. Oh...semangatnya i baca ur entry :-) doakn saya berjaya yer :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihih.. walaupun lambat sikit turun nya, tapi berjaya jugak :).. semoga berjaya!

      Padam
  2. zana part makan dan minum air masak tu masih dalam kawalan.. part bersenam tu yg payah!!!!

    part elakkan nescafe tu lagi payah!!! tp skrg just minum segelas nescafe wktu pagi.. mcmne nak elak drpd minum nescafe eh?? sakit kepala oooooooo kalau x minum...

    ni makin berazam nak turun berat badan lps cinta dh berjaya turunkan berat badan.. nak kurus jugak!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. nescafe mmg saya jarang minum la zana, saya peminat teh.. try dulu sikit-sikit avoid yang mana boleh, mana tau berkesan ☺

      pasal bersenam tu.. sit up sikit-sikit pun boleh.. zana kan rajin mengemas tu pun dah kira bersenam..

      Padam
  3. tq..sudi kongsi,mungkin lepas nie Sal boleh amik tips sikit dari cara nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sharing is caring.. saya selalu nampak salmi masak sedap-sedap.. kita usaha mana yang mampu ye..

      Padam
  4. good tips..kita pon ngah nk turunkan berat nih..dah ready for 2nd baby...berat naik mendadak lepas deliver yg sulung..hukhuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good luck eh.. kita preggy sesama la nnt. insyallah ☺

      Padam
  5. Ida nye style lak.. Pagi makan bihun goreng + air suam lemon. Tgh hari tak makan leka baca blog..tgok movie.. hahahaha!! Kalau lapar, sila habiskan air lemon pagi tadi.... Malam, ikan bakar wajib! sbb ada pemanggang kan.. hihi.. senang nak buat... Ida kene masak malam, hubby nak makan.... huhu

    Tapi.... sabtu ahad ida makan nasi seperti biasa..... Tak leh tahan dok umah tak makan nasi.. ;p


    Ida nak kurus jugaaaakkk macam cintaaaaaaaaaa..........

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow! ok gak tu.. tapi eida dah ade angka 5, my dream woo nak ada angka 5 hihihih! selamat berjuang!

      Padam
  6. saya pon diet dgn tidak mengambil nasi...
    memang turun...10 kilo utk kilo...
    pastu ade la minum air teamix herbalife...utk tenaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye ke?? tu la tapi kene nekad.. after kene gastrik saya dah makan nasi bali.. aci x? hihihih!

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?