Rawatan Kesuburan: Kali kedua di Hospital Kajang

Kornologi Treatment

1. Start all over again @ Hospital Government pula..
2. Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang

Jumaat hari tu kami ada appointment dengan gynea di Hospital Kajang, pukul 8am kami dah sampai. Lepas isi perut kami ke kaunter pendaftaran untuk register sekali aku tersilap bawak surat rujukan, aku gi bawa copy surat tu bukan surat original maka terpaksa la kami patah balik ke rumah. Hubby muka dah bengang sebab aku tersalah bawa surat, jarak hospital dari rumah kami memang tak jauh tapi hospital tu susah sangat nak cari parking, sebab tu kami datang awal. Nasib baik nurse kat situ leh tunggu kalau tak kene buat appointment lain or maybe aku tak teruskan lagi treatment aku.

Nasib baik sampai je kat hospital semula no kami belum di panggil, dalam 1/2 jam macam tu kami tunggu no kami dipanggil. Bila masuk ke dalam klinik tu aku tengok mak aih ramai betul pesakit, dalam klinik tu pun ramai doktor tapi nampak gaya macam ramai doktor pelatih. 1st interview aku dengan doktor muda (maybe pelatih) dia tanya pasal history diri aku lepas dah tanya-tanya dia cakap "takpe puan saya rujuk puan pada boss saya dia lebih pakar"... aduhhhh! thats mean aku kene cerita balik apa yang aku cerita kat dia & sangkaan aku betul!

Doktor tu tanya semula history pasal diri aku, macam pakar puan yang lain, dia cakap aku kene turun kan berat badan untuk hilangkan PCOS aku tu, memang aku tiada pilihan lain. Kemudian dia buat scan TVS untuk mengetahui seteruk mana PCOS aku tu, kemudian doktor ada terangkan kat aku step-step yang aku akan lalui nanti. Dia ada juga menasihatkan aku supaya aku cekal & konsisten untuk buat rawatan ni sebab rawatan ni akan mengambil masa yang agak lama.

Lepas semua settle doktor meminta aku untuk membuat ujian darah pada hari ke 2-5 hari period, kemudian doktor suruh buat appointment untuk hantar sample semen hubby aku & kami akan berjumpa semula 2 bulan akan datang. Lepas jumpa dengan doktor kami terus buat appointment untuk hantar sample semen, hubby kene anta semen dia pada 16 Apr 2013.

Alhamdulillah segala usaha kami berjalan lancar walaupun ade sedikit kecelaruan yang terjadi.

**aku ada sedikit TERASA kecil hati bila salah seorang family aku dah preggy (aku sebenarnya dapat merasakan) tapi sikit pun dia tak bagitahu aku, maybe family rahsiakan perkara ini daripada aku sebab tak mahu aku berasa kecil atau apa. SUMPAH sebenarnya aku rasa sangat happy! tapi disebabkan mereka merahsiakan perkara ni, perasaan tu jadi lain & aku tertanya-tanya kepada diri aku, kenapa mereka nak berahsia sangat dengan aku? sedangkan masa wedding dia, aku la tempat dia mengadu & aku juga banyak tolong buat preparation tapi bila dapat berita gembira, kenapa dia tak mahu share dengan aku?? kenapa.. kenapa & kenapa?... Aku dapat tau bila dia dah gugur, tu pun aku dapat tahu dari orang lain, bila mereka bercerita sesama mereka aku dipinggirkan sampai ayat yang digunakan pun seolah-olah merahsiakan perkara yang terjadi (padahal aku dah tau). Cuba la mereka letak keadaan dimana aku berada sekarang tentunya hati ini rasa terguris!

INFO

Total rawatan kali ni: RM0.00

Ulasan

  1. aku menitik air mata masa hadiri majlis kahwin sepupu kat perlis,sepupu semua ada anak aku je tak ada..tambah sedih anak masing2 bermain sama2 aku pandang je..nasib lah krul ada dia lah bagi semangat tak henti2 kat aku...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan mai? haiii sedihnya rasa hati. bak kata kek da "kami yang berhati walang"

      Padam
  2. insan terpilih macam kite ni, selalu dipinggirkan antara sedar dan tidak sedar...hurmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedih nory bila family sendiri buat macam tu, tapi maybe diaorang tak sengaja kot & dorang tak paham orang macam kita :(

      Padam
  3. salam zue.. nak tanye, peiod ok x? saya punya tingtong. Gynae sahkan saya oligomenorrhea. lg 3 minggu Dr nak scan TVS tgk ada cyst x..

    Zue,jgn kecik ati..maybe diorg nak jaga hati zue..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai nina! saya ade PCOS, period memang sangat out.. PCOS tu ganggu hormon juga dear sebab tu period out.

      hmmm.. saya kecik hati kejap je, tapi kenapa dorang nak buat saya mcm tu? saya kan keluarga mereka juga. kalau dia ckp dia pregnant tak kan saya nak meraung kot? ntah la...

      Padam
  4. dear, xmo la sedih2 k.. ramai kan kawan2 ttc kita.. biarlah org buat kita mcmne pun dear.. diaorang x faham apa yg kita rasa..

    gud luck dear utk treatment tu..

    BalasPadam
  5. ala saba ye zue...rezeki tu sume dariNya,insyaallah masing2 ada hak masing2 k..teruskan usaha, psl yg family tu, just put a side,pk positive k,mb dia tk nak zue terasa..
    by the way zue tak nak try korset PB ke...???

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sedang belajar bersabar kak, walaupun dah selalu sangat tempuh :(

      Padam
    2. ye la kan,berat bahu memikul..insyaallah ada cahaya untukmu ok...

      Padam
  6. salam kenal...awk baru nak buat treatment ker..? selamat menjalani rawatan yer....buat kat gynae gomen pon ok...pengalaman saya buat kat hospital serdang pon ok. syukur tiada sebarang rawatan. sebelum sy ke hospital gomen sy buat treatment kat swasta..KPJ Damansara. tp dari segi rawatan n ubat-ubatan adalah sama. yg berbezanya adalah dari segi bab menunggu jer...kena sabar la kalo buat treatment di hospital gomen. Dari segi bayaran n kos rawatan jauh lebih berbeza. kalo gi KPJ sekali gi RM200 tu mmg pasti. tp gomen setakat ni sesen pon tak bayar.lagi2 sy guna GL.
    follow blog u...feel free follow back

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la setakat ni ok.. kalau saya tau mmg dari dulu start wat kat gov. ni usia dah cecah 30 baru terhegeh-hegeh nak buat :P. sangat bersyukur sebab buat setakat ni belum ada apa-apa bayaran nak kene buat hope saya dapat semangat yang luar biasa untuk teruskan :).. tq umaira sebab sudi jenguk blog saya.. nanti saya buat kunjungan balas.

      Padam
    2. harus la sudi...we all together kan mesti bersemangat seperti adik beradik n family...
      keep in touch yaww..

      Padam
  7. hai kak.. tsinggah kt blog sbb tgk post pasal dslr akk, then terbace akk buat rawatan ksuburan.. nk tak akk try trunkn berat bdn dgn nutrisi? just tukar sarapan pagi nmkn mlm je.. nutrisi ni akan balance kn blk hormon bdn & renew cell2 bdn akk. ramai y saya knl b4 ni msalah mcm akk then dorg dah ok dpt baby dah.. :)
    sy just suggest u akk ape2 klu akk bminat blh contact sy 014-3661035

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq nabilah.. buat masa ni nak try contro makan & bersenam dulu, kalau x berjaya baru nak cuba cara lain

      Padam
  8. Cinta sabar ehh.. Ida macam tau sape tuhhh.. Sabar ehhhhh.. Go go cintaaa.. teruskan treatment .. mana tau rezekiii tahun ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ai sentiasa akan bersabar & terus belajar untuk menjadi seorang penyabar

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?