Ahad ni dah mengundi kan? Alhamdulillah masa yang di tunggu-tunggu.. jika sebelum-sebelum ni aku tak berapa kisah sangat nak berkempen tapi 2-3 hari ni aku rasa membara sebab apa?? sebab ade seorang hamba Allah ni mengomen kat wall hubby aku menggunakan perkataan yang tak sepatutnya! Aku memang kenal sangat hamba Allah ni, dia adalah suami kepada kawan aku juga. Sepanjang perkenalan kami dia memang seorang lelaki yang sangat lemah lembut, tapi dek kerana politik sanggup menggunakan perkataan yang lucah? sungguh tak ku sangka. Start dari itu la aku rasa geram! FB hubby aku adalah hak dia untuk bersuara untuk share ape yang dia sokong, pilihan dia adalah hak dia. Tapi ada makhluk Allah yang tidak bersependapat mencaci maki di FB dia. Comment-comment mereka pun tidak dialu-alu kan, jika mereka ada pendapat mereka sendiri share la di FB masing-masing, tak perlu nak comment di wall org lain semua ini adalah punca pergaduhan. Berkempen la secara sihat, jangan la kerana politik sangg...