Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali ke Lima & Ke enam

Kronologi Treatment

1. Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali pertama
2. Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali Kedua
3. Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali Ketiga


Ok aku malas nak peram cerita ni lelama.. so aku nak abis kan kat entri ni la ye.

Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali ke Lima

Hari kelima aku berurut adalah hari Jumaat, hari hubby aku lahir. Lepas balik keje tu macam liat sangat aku nak pergi, tapi hubby call tanya aku tak pergi berurut ke? dia yang bagi aku semangat untuk pergi walaupun dia tak ikut. Al maklum la laki aku kan pilot daratan kerja tak tentu masa.

Dalam pukul 8 macam tu, aku call Kak Yan.. Alhamdulillah takde orang dia yang berurut malam tu, aku pun terus mandi cecepat then terus pergi, nasib baik rumah Kak Yan tak jauh mana kan.

Sampai je umah Kak Yan, Kak Yan terus urut aku macam biasa... urut satu badan, sesambil urut tu dia nasihat-nasihat la apa yang patut kan. 

Lepas urut tu Kak Yan suruh jumpa Nek Mah, Nek Mah bagi doa untuk mendapat baby perempuan, baby lelaki & doa untuk mendapat baby kembar. Doa tu hendak lah di baca dari sekarang, kalau nak baby perempuan dia cakap kami kena prepare nama baby awal-awal sebab dalam doa tu nanti kita sebut kan nama baby tu. Kalau baby lelaki tak perlu ada nama dahulu sebab memang dalam doa tu memang dah disebutkan nama Muhammad. Kalau ada rezeki mengandung & melahirkan kita mesti menamakan nama yang kita telah tetapkan tadi, kalau tak macam kita mungkir janji, berdoa sebut nama lain tapi bila dah keluar sebut nama lain. Lepas Nek Mah bagi doa-doa tu Nek Mah suruh amalkan Bismillah 9, tujuan nya adalah untuk menghindari perkara-perkara yang buruk seperti sihir & segala ancaman.

Lagi satu dia pesan kalau mengandung tak elok jalan memalam, terutama sensorang (terkena batang hidung aku) dia cakap kalau nak keluar juga, pastikan berteman, sebab katanya kalau memalam ni macam-macam gangguan yang boleh terjadi lagipun orang mengandung ni membawa wangian syurga so benda-benda jahat selalu suka dengan kita, orang yang sihir pun selalu aim kita untuk ilmunya. (Wallahu a’lam). Nek Mah juga pesan kalau nak baby kulit cantik, sehari sekali makan sesudu minyak zaitun insha allah baby keluar nanti kulitnya licin & kurang ada penyakit kulit.

Lepas sesi terangkan berkenaan doa tu aku pun terus balik, Kak Yan pun ada orang lain yang tengah menunggu untuk berurut tak silap aku dia pun TTC gak dah 6 tahun.




Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali ke Enam

Kalau korang nak tau, berurut ngan Kak Yan ni kena berurut sebanyak 7 Kali. So hari Ahad tu adalah Kali ke enam aku berurut dengan Kak Yan.

Mulanya aku ingat nak berurut malam, tapi hubby aku cakap dah alang-alang nak keluar terus la pergi berurut ngan Kak Yan. Ok la aku sebagai isteri ikut je la kan, melawan kang cakap durhaka pula. hikhikhik!

Sampai rumah Kak Yan, Alhamdulillah takde orang yang nak datang urut. Macam biasa Kak Yan urut seluruh badan, sedap jeee.. kepala aku pun 2-3 hari sebelum tu memang sakit je bila kena urut memang lega sekejap. Kak Yan ade gak urut lembut-lembut dia bahagian perut, dia cakap insha allah dengan izin Allah doa-doa aku makbul. Aminnnnn... dia cakap semoga penantian aku selama ni diakhiri di sini insha allah. Dia cakap dia paham dengan perasaan orang TTC ni, sanggup buat segalanya. 

Sebelum balik tu Kak Yan de suruh makan Folic Asid & minum susu ibu mengandung sebab dia cakap bagus untuk persediaan mengandung. Kalau boleh minum susu tu selalu, lagi satu jangan nak diet.. huhuhuhu! 

Tu je la kisah berurut aku sampai kali ke enam... Kali ke tujuh & terakhir akan ku cerita pada minggu depan sebab Jummat ni baru nak pergi... 

*Kami hanya berusaha & buat yang termampu, ALLAH SWT jua yang menjadi kan segalanya. 
(Wallahu a’lam)


Ulasan

  1. jgn nak diet? hahahahaha cmnee tu doktor suh diettt kekekkee ~

    BalasPadam
  2. nek mah ni yang au3 ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. x sure plak.. nek mah tu mak kepada akak urut tu

      Padam
  3. boleh bgtahu x number nek mah tu ? ni nmbr sy 0145455976

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tiada no phone nek mah.. tapi saya ade no tepon Kak Yan

      Padam
    2. salam akak..nk no fon tukang urut kak yan tu boleh?ni emel sy aidanuranis5220@gmail.com
      d area kl kan?

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?