Rabu, 28 Mei 2014

Review Mabul Inn di Semporna & Arung Hayat Pulau Mabul

Mari kita buat review pasal penginapan.

Mabul inn Hotel Semporna

Hotel ni aku booking di Agoda harga RM70.00 semalam, memang murah! tapi aku tak suka dengan bilik dia! Bilik air dia kotor skit then luar bilik kita ada berbau macam bau sampah! hmmmmm! tak selesa kalau keluar dari bilik!

Aku tengok review & gambar dalam Agoda nampak Ok! sekali hampeh! dengan electricity fault masa kami check in... nak panggil technician kena turun bawah panggil mereka, paip dalam bilik air pun longgar! takde iniciative nak betul kan. Keadaan bilik yang dekat dengan jalan membuatkan bilik tu jadi bising! kedudukan TV pun tak betul! susah kami nak tengok.. dah la 1 channel je yang ada! pftttttt! sangat.

Walaupun banyak kekurangan, kedudukan hotel sangat strategik.. dengan dengan kedai makan & pasar, tapi jauh sikit dengan jeti. Sesiapa yang nak datang ke Mabul & nak stay di Semporna better stay kat tempat lain.

Arung Hayat Mabul

Pakej yang diberi adalah yang termurah, tapi korang kena deal betul-betul dengan management takut termiss-communication macam yang terjadi pada aku! spoil mood tau!

Makanan kat sini memang terbaik! layanan pun ok! bilik pun bersih.. overall is Good!

Tapi........... disebabkan dia dah spoilkan mood aku! makanya better cari tempat lain la, kawan aku cakap dia stay kat Scuba Jeff OK, nak buat DSD ke scuba ke lebih murah & layanan tip top!

Ok tu je nak review!

Selasa, 27 Mei 2014

Budget trip ke Pulau Mabul ~ Part 4

Day 4

Hari ni last day, bangun awal nak kemas baju & barang-barang.. kalau korang nak tau makanan yang kami bawa dari semporna sikit pun tak sentuh, sebab kat sana makanan tak yah risau tak cukup semua cukup! aku plan nak tunggu anak bajau laut datang minta baru nak bagi.


Tengah packing barang staff diaorang datang cakap breakfast dah ready, kami pun keluar la pergi breakfast.. tengah breakfast staff dia datang bagi invoice. Aku ingat lepas dah slow talk pasal bot tu dia tak kira dah rupanya dia kira gak, then aku tak puas hati suruh staff dia call boss dia. Lepas argue ngan boss dia akhirnya aku mengalah juga aku bayar juga la harga boat tu! dengan rasa sakit hati aku cakap aku nak cancel transport ke airport.. takpelah kami cari la transport sendiri ke airport nanti.


Ramai gak artis yang pernah stay kat sini
Lepas breakfast kami lepak-lepak, then staff dia cakap tunggu kejap boat dari semporna baru bertolak dalam pukul 10.00 macam tu mereka sampai. Sambil lepak-lepak tunggu anak bajau laut lalu, bagi duit, bagi makanan. Tengah-tengah lepak staff Arung Hayat datang kat aku pulang kan semula duit RM100 tu, katanya boss dia baru baca email & dia admit dia yang salah bagi info kat aku. Tapi semua dah terlambat... malam terakhir aku musnah dek kerana kecewa dengan servis yang macam ni! 


anak-anak Bajau laut
Selfie dulu sebelum balik
Bye-bye Mabul!!
Dalam pukul 10.00 macam tu bot pun sampai, lepas diaorang transfer barang-barang dari bot kami pun berlepas ke semporna, macam masa pergi juga perjalanan mengambil masa 1 jam. Sampai sahaja di Semporna kami terus cari van/bus ke Tawau, korang jangan risau berlambak je van nak ke Tawau airport caj nya pun murah je RM10 sekepala tapi korang kena bersesak skit la dengan penduduk tempatan.


Sempat bergambar dalam van
Keadaan di dalam Van, seronok gak sekali sekala backpackers begini! I LOIKE ♥♥ 
Kalau korang nak naik Van ke Tawau ni korang boleh pergi cari berdekatan dengan KFC Semporna, disitu la segala van yang nak ke Tawau. Kalau korang naik teksi ke Airport RM95 satu teksi, nak ke tawau kena tambah lagi RM45.


Memandangkan flight kami pukul 6.00 petang so kami cadang ke pekan Tawau dulu untuk beli cenderahati, kami cadang nak ke Pasar Gantung & Pasar Tanjung. Perjalanan ke Tawau mengambil masa 1jam 45minit! jauh kan? bertabah la duduk dalam van tu. hikhikhik!

Tiba je kat Tawau terus kami ke toilet kat dalam salah sebuah shopping mall, tanya juga penduduk sekeliling arah nak ke Pasar macam mana, Alhamdulillah penduduk kat sana sangat membantu! Akhirnya kami jumpa juga pasar gantung. Jalan kaki dari tempat kami turun tu dalam 15 minit.

Sebelum ke Pasar gantung kami singgah makan dulu, kemudian baru kami berjalan ke pasar gantung! apa yang ada kat pasar gantung ni?? dalam pasar gantung ni diaorang jual baju-bajan, mutiara & cenderahati, aku adalah beli sesikit barang untuk kenangan.

kemudian aku teruskan ke Pasar Tanjung, Jarak antara pasar Tanjung dengan pasar gantung lebih kurang 5 minit berjalan kaki, dekat jer! Kat pasar tanjung ni ada jual ikan kering, ikan masin, keropok-keropok hasil sabah, barang-barang basah. Hah! kat sini aku borong ikan kering.. semua untuk di beri pada family.

Lepas dah abis shopping kami terus ke bus stop untuk cari transport ke Airport, Cas dari Pekan Tawau ke Tawau Airport RM10 sekepala, mengambil masa dalam 30-35minit perjalanan.

Sampai Airport gi minum dulu, sementara tunggu nak check in luggage. Lepas dah siap cehck in luggage shopping sikit-sikit kat airport Tawau hikhikhik! pastu terus masuk check in! bila dah check in flight pula delay! 8.45pm baru Fly. Perjalanan dari Tawau - KL mengambil masa 45 minit.

Setibanya di KLIA, adik aku dah menunggu! Maka berakhir la percutian/ honeymoon kami berdua.

**gambar kat Bandar Tawau takde sebab bateri Gopro dah kong, nak kuarkan DSLR gabak plak! malas! 

Kira-kira 

Tawau - Semporna    : RM20.00 (RM10.00/ per pax)
Lunch                       : RM18.50
Baju 2 helai (gred baik skit)   : RM40.00 (RM20.00/ sehelai)
Baju 2 helai             : RM30.00 (RM15.00/ sehelai)
Baju kanak-kanak    : RM10.00
FM                          : RM10.00 (3 biji)
Butang baju melayu : RM14.00 (2 set)
Ikan kering             : RM69.00
Keropok                  : RM53.00
Tawau - Airport       : RM20.00 (RM10.00/ per pax)
Minum di Airport     : RM8.00
Brooch                    : RM10.00 (4 biji)
Purse                      : RM24.00 (6 pcs)

Total: RM326.50

Total keseluruhan 4 hari 3 malam untuk 2 orang : RM1,801.45

Tips: Jangan ingat kami ni nak show off byk duit plak, saje je nak catit budget untuk digunakan kemudian hari. Lagipun total ni bukan la lump sum keluarkan duit, semua nya sesikit. Macam flight & pakej dah bayar awal.. tinggal duit shopping & additional expenses je kena kumpul sesikit!

So sesiapa yang nak ke Mabul boleh la gunakan budget ni sebagai panduan! Happy Holiday!!!

Isnin, 26 Mei 2014

Budget trip ke Pulau Mabul ~ Part 3

Day 3

Hari ke-tiga di Mabul! macam biasa pukul 6pagi macam tu dah tak boleh tidur hari dah cerah. Aku bangun terus pergi mandi, lagipun tak selesa sebab elektrik dah takde kan. Kemas-kemas barang sikit then layan main game, transfer gambar pastu kejut hubby suruh bangun & mandi.


Dalam pukul 8 macam tu staff Arung Hayat ketuk pintu untuk breakfast. Sambil breakfast bual-bual dengan pelancong dari China tu, dia cakap malaysia sangat cantik... tapi diaorang sesat kat Airport (KLIA2) sebab dia cakap Airport kat Malaysia VERY BIG! hikhikhik!


Lepas breakfast macam biasa lepak-lepak dengan hubby tengok laut, sambil menghirup udara segar di Mabul! dan bosan lepak tu kami tanya pukul berapa nak pergi snorkeling? then diaorang cakap nak pi sekarang pun boleh! dengar macam tu berdesup gi tukar baju.. trip snorkeling kali ni memang tak sabar sangat.. sebab kami nak dibawa ke Pulau Kapalai!!!



Pulau Kapalai ni sangat cantik! kat situ ada juga resort.. mahal ok resort ni! tak tahu 1 malam berapa rate dia. Di sini coral dia semua cantik-cantik, ikan pun banyak, Bff aku cakap time dia pergi dulu penyu banyak!! tapi time aku pergi sekor penyu pun tak jumpa sedih sangat. 


Coral yang sangat cantik


Resort di kapalai yang mewah!

Lama gak kitaorang kat sini, dalam sejam lebih duk berenang-renang tengok coral.. kat sini ada satu bahagian tu cetek nampak coral-coral, tapi bila tiba di tebing terus jumpa laut dalam heyyyy!! seram sangat, seriau ok! dah la aku ni takut tinggi!

Lepas abis snorkeling kami terus balik ke chalet. Macam biasa lepas snorkeling kita bersihkan badan, lepas tu makan tengah hari. Lepas makan aku tertidur, walaupun panas.. hentam je laa! penat snorkeling. Target hari ni tunggu air surut aku suruh hubby turun collect tapak sulaiman! tapi ya ampun laki aku pengeli.. tapi bila kena paksa dengan isteri dia terus cair! hikhikhik!



hubby & tapak sulaiman
Tapak sulaiman yang cuteee!

Petang tu kami jalan-jalan lagi kat sekitar kampung, rupaya ade jalan shortcut nak ke pantai.. hikhikhik! dah balik baru kami tahu! Sampai kat chalet staff Arung Hayat tanya esok aku nak blk pkl brp, so aku cakap aku nak balik pkl 8 as per email yang boss dia bagi kay aku. Tapi dia cakap aku kena tambah duit kalau nak balik awal.. rupanya boss dia miss communication ngan aku, dia ingat aku tanya pasal bot nak ke Mabul padahal yang aku maksudkan bot nak ke semporna.


Bila dah macam tu hati aku panas la, tak pasal aku nak kena tambah lagi RM100, bukan berkira duit.. tapi sebab aku dah tanya bot nak balik pukul berapa then dia balas pukul 8 so aku assume kami akan bertolak dari Mabul pukul 8am without any additional charges, aku suruh boss dia cek semula email tapi dia tetap bekeras nak duit RM100 aku tu. Aku cakap ngan staff dia takpe la esok aku try cakap ngan boss dia.


Petang tu nikmati hari terakhir tengok matahari terbenam di atas deck! aku rasa kat Mabul ni memang syok sangat tengok matahari terbenam.. Bila hari dah gelap & elektrik dah ada kami cepat-cepat masuk bilik untuk mandi.



Petang terakhir di Mabul
Malam tu time dinner nak makan pun takde selera, sebab apa? kira macam aku tertipu la sebab dia cakap semua dah termasuk tetiba minta tambahan RM100 siapa yang tak bengang kan? Malam terakhir di Mabul aku terperap je dalam bilik, sebab hati panas je.. tidur pun awal! SPOILED mood holiday aku je bila hal macam ni jadi!! pfttttttt!


Kira-kira 

Rokok                       : RM13.00
Ais krim                   : RM1.50
Minum Petang           : RM8.50

Total: RM23.00

Jumaat, 23 Mei 2014

Budget trip ke Pulau Mabul ~ Part 2

Aku cerita by day la senang aku nak ingat & imbas nanti ☺

Day 2

Seperti yang aku cerita sebelum ni Sabah awal 1 jam dari semenanjung, pukul 6 pagi dah terang.. bila hari dah terang dah tak boleh nak tidur. Sebelum aku tidur semalam aku dah siap-siap call pakej tanya pasal boat nak ke Mabul pukul berapa. Dia bagitau dia akan ambil kami pukul 8am, so sebelum 8am kami kena bersiap-siap.

Lepas bersiap terus check out, sebelum naik boat harus la pergi makan dulu kan? balik je dari breakfast tengok-tengok van dah tunggu pastu dianya driver leh plak nak tinggal kan kitaorang, bila aku tanya lama ke tunggu? dia cakap tak la.. baru sampai, kalau takde tadi mmg saya dah tinggal.. ehhhh! boleh camtu erk?


Jangan lupa try nasi kuning ni eh! sedap!
Teh C special
Aku amik pakej dengan Arung Hayat, macam mana aku amik pakej ni? leh je email direct terus kat Arung Hayat atau pun melalui Agoda. Kami ambil pakej snorkeling 3 hari 2 malam. Kami dibawa ke Jeti Arung Hayat berhadapan dengan chalet Dragon Inn, tunggu dalam 15 minit macam tu kami pun terus gerak ke pulau, dalam perjalanan kami satu boat dengan pelancong China.. Perjalanan ke Pulau Mabul dari Jeti Semporna lebih kurang 1 jam ke 45 minit mengikut keadaan cuaca. Alhamdulillah cuaca hari tu sangat baik & cerah!


Selfie dulu di jeti
pemandangan sepanjang perjalanan
pelancong dari China satu boat ngan aku
Aku tak pasti aku sampai kat Pulau pukul berapa... yang penting bila sampai kat pulau tu mulut ni tak henti-henti cakap cantik & subhanallah sebab memang sangat cantik pulau ni.. Air dia memang sangat jernih sampai boleh nampak ke dasar. Isi-isi dalam laut semua leh nampak! tapak sulaiman, ketam, siput, sotong & ular laut bersepah.


pemandangan di Mabul
Bila kami tiba je staff Arung Hayat sambut kami dengan senyuman, memang friendly sangat, Naik ke jeti terus check in, diaorang bagi kunci & tunjuk bilik. Alhamdulillah bilik nya memang aku puas hati, letak je barang terus pergi ke ruang makan beli air mineral water sebab tekak kering sangat, korang jangan risau kalau korang stay kat Arung Hayat air Free je, tak kisah la air masak ke air kopi ke teh ke semua korang boleh self service. Kat situ juga ada 1 kedai kecil, aku beli mineral water sebab kami takde botol so terpaksa la beli air mineral nak dapat kan botol kemudian leh la gunakan botol tu untuk refill air.

Elektrik memang takde dari pukul 6 pagi sampai 6 petang tapi insha allah dalam pukul 12pm ke 2pm macam tu mereka on sekejap. Bila takde eletrik memang lepak kat luar je la, panas duk dalam bilik! puas gak ke sana ke mari tengok keadaan chalet. Maybe salah sorang staff tengok aku tak tentu arah dia tanya nak pergi snorkeling tak? so aku ok je sebab bosan kot tengah hari buta dok kat chalet ni. So kami bersiap-siap untuk pergi snorkeling.

Spot pertama yang kami pergi adalah di sekitar Mabul guide bawa kami ke Paradise 1 di Sipadan Water Village, memang cantik resort ni! salah satu resort yang aku idam kan nak stay.. kat sini yang ada hanya coral, ikan-ikan tak banyak sangat. Kemudian kami cakap kat sini tak banyak ikan tak menarik sangat, dia pun bawa kami ke paradise 2. Di sini baru la ada ikan & coral yang boleh tahan cantik.


Aktiviti snorkeling
Ni la Sipadan Water Village
Salah satu spot yang banyak ikan besar-besar
lepas dah puas snorkeling kami pun pulang. kemudian terus mandi bersihkan diri, tak lama lepas tu diaorang ketuk pintu untuk makan tengah hari! Kalau korang stay kat Arung Hayat korang jangan risau pasal makan.. kat sini makanan dia memang superb sedap & banyak! 


Makanan yang aku sangat rindui
Lepas dah makan, sambung lepak-lepak kat jeti tengok ikan-ikan, tengok laut sambil main game. Tak lama tu elektrik ada sekejap so cepat cepat pergi cas handphone. Petang nya kami planning nak gi pusing-pusing pulau, tengok culture orang kat situ *gambar dalam DSLR nanti ada masa aku upload.

Dalam pukul 5pm macam tu kami pun jalan-jalan pusing kampung, keadaan di dalam kampung nampak bersih, tp keadaan kat gigi air belakang rumah diaorang kotor dengan sampah sarap, sampai aku plan nak mandi kat jeti pun rasa macam tak selera. Kami pusing kampung jauh juga tengok culture mereka, memang seronok! lepas dah puas jalan kami berhenti minum sebentar. Lepas minum terus balik, masa kami jalan disekitar kampung yang tak seronoknya bila kena pau ngan budak-budak bajau.. tapi sebenarnya memang kami dah stanby duit untuk bagi kat diaorang tapi cara dorang meminta tu yang aku tak berapa berkenan, lepas minta minta lagi kalau macam ni tokey balak pun bangkrup!

Sampai kat chalet je elektrik dah ada, kami mandi & bersih kan badan kemudian layan matahari terbenam. Subhanallah memang cantik sangat. Lepas matahari dah terbenam kami pun masuk bilik, malam tu diaorang ketuk pintu cakap dinner dah ready, macam biasa makanan is marvelous! 


Layan Matahari terbenam sambil cerita planning kehidupan akan datang
Subhanallah indah ciptaan Allah
Lepas makan lepak lagi kat jeti kemudian datang sorang staff mereka cakap ada ikan pari besar main-main kat belah depan, memang besar sangat ikan pari tu dok bermain-main di permukaan air. Tak lama lepas tu datang pulak penyu lalu di bawah chalet kami.. Ya Allah best gila bila nampak penyu. huhuhuH! dasar jakun!


Nampak tak ikan pari?
Makin lama makin dekat..
dah puas lepak kat luar tengok bintang kami pun masuk tidur, tak larat penat sangat snorkeling.

Kira-kira 

Breakfast                  : RM16.00
Rokok                       : RM22 (2 kotak)
Mineral water            : RM8 (2 botol)
Minum Petang           : RM6.50
Pakej 3hari 2Malam   : RM900.00 ( 2 orang)

Total: RM952.50


Khamis, 22 Mei 2014

Budget trip ke Pulau Mabul ~ Part 1

Setahun sekali mesti ada time or budget untuk diri sendiri, last year ke Pulau Perhentian tahun ni kami ke Pulau Mabul.

bagi yang tak tahu Pulau Mabul ni terletak di Semporna Sabah. Ok meh aku cerita dari mula, dan segala budget, suka tak? huhuhuhuh! macam biasa trip aku hanyalah trip murahan... aku suka yang budget-budget je, kena la dengan lifestyle aku yang budget-budget ni.

Perancangan memang terlalu lama.. since last year lagi masa Air Asia buat promotion, masa tu bulan 10 tak silap. Nampak tiket macam murah so aku pun terus booking, saje pilih tarikh bulan 5 sempena harijadi hubby walaupun tak sambut pun kat sana.

Mulanya kami pergi bertiga dengan kawan hubby, tapi malangnya dia tak dapat cuti. Kesian gila dengan dia, hotel dah booking tiket flight pun dah bayar, tiket flight dia pun mahal gak dia beli.. tapi nak buat macam mana BOSS tak bagi cuti terpaksa la redha.

Day 1

Flight kami pukul 7 pagi, pukul 3.30pagi aku bangun siap-siap then baru kejut hubby aku, lepas tu minta tolong adik kesayangan aku hantar ke KLIA2. Sampai kat KLIA2 dalam pukul 5.15pagi, terus pergi isi perut dulu. Perut dah kenyang baru boleh teruskan holiday dengan gembira!!

Breakfast dulu before fly
Perjalanan dari KL-Tawau mengambil masa 2 jam 45 min, lama gila dok dalam flight lenguh badan. Kami tiba di Tawau pukul 10.15pagi, transport ke Tawau aku dah arrange dengan pakej sekali so ingatkan diaorang dah tunggu rupanya HAMPEH! mereka tak datang pun ambil kami, alasan van rosak! padahal bukan aku tak tau mereka tak nak ambil kami sebab kami berdua jer, redha je larrr!

Tawau airport.. langit gelap dah
Pada mulanya nak ambil Van/ bus tapi takde pula so kami ambil keputusan ambil cab ke Semporna. Perjalanan ke Semporna mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sebelum pergi aku dah booking hotel di Mabul Inn nak booking di Dragon Inn tapi fully booked plak ade gak 2-3 hotel aku cari tapi semua fully booked terpaksa la pilih Mabul inn *next entri aku cerita pasal tempat penginapan aku.


Mabul inn hotel
Sampai kat Mabul inn lebih kurang pukul 11.45am, aku minta nak check in dulu tapi diaorang tak bagi pulak so kami pergi la makan dulu.

mee goreng seafood & sirap 
Lepas lunch dalam pukul 12.30pm macam tu kami datang semula untuk check in, akhirnya dia bagi juga kami check in awal. Masuk je dalam bilik terus melepak kan diri atas katil planning nya nak pergi jalan sekitar pekan semporna petang nanti.

Kat Sabah masa awal 1 jam dari semenanjung so kami cadang nak kuar jalan-jalan dalm pkl 5pm. Jalan cari makan & nak beli barang makanan untuk makan di pulau nanti. Dari hotel nak ke pasar semporna memang dekat jalan kaki lebih kurang 5 minit, best juga tengok kehidupan orang di sana. Ikan kat sana memang segar-segar, murah plak tu. Syok gila!

Kalau tak sempat ke bandar Tawau boleh beli disini sahaja
Buah-buahan & sayur-sayuran
ikan-ikan yang fresh!
Makanan yang aku nak rasa sangat kat semporna adalah sotong bakar, ikan bakar & rumpai laut, gigih gak kuar masuk pasar cari makanan ni akhirnya jumpa juga. kalau korang datang sini jangan lupa cari ye!

sotong bakar & ikan bakar
Gerai kecil yang menjual makanan
Kami pergi cari makan dia area Dragon inn hotel, kat sini berderet kedai makan sambil makan kami menikmati keindahan matahari terbenam. Harga makanan kat sini boleh la.. nak kata murah tak juga nak kata mahal tak juga tapi aku boleh jamin sedap & FRESH!

Rumpai laut & ubi kayu rebus.. rasa dia?? tak boleh blah! huhuhu!
Pisang cheese
sotong bakar & sayur manis
Sotong telur masin
Kerapu stim.. ikan ni masa ambil hidup lagi! fresh sangat
Lepas dah kenyang kami pergi cari barang makanan nak makan di Pulau, kami beli mee segera, biskut roti & sardin, kami beli gak sabun mandi sebab takut sabun tak cukup nanti.. huhuhuh! dah settle beli barang semula kami terus balik semula ke hotel.

Malam tiada aktiviti sangat.. golek-golek atas katil sambil layan COC. hikhikhik!

Kira-kira 

Flight KL-Tawau-KL 2pax           : RM195.00
Breakfast di KLIA2                    : RM23.70
Teksi ke Tawau                        : RM95.00 per car
Hotel                                       : RM70.00
Lunch                                      : RM12.70
Sotong bakar                           : RM8.00
Ubi rebus                                 : RM1.00
Rumpai laut                             : RM1.00
Dinner                                     : RM55.50
Pisang Cheese                          : RM4.00
Makanan di pulau & lain-lain     : RM33.55

Total: RM499.45

Rabu, 21 Mei 2014

Kamera GoPro Hero 3+ Black Edition

Sekarang ni trend orang pakai kamera GoPro ni kan?? aku pun tak ketinggalan juga nak ada kamera begini! makanya gigih la kumpul duit selama beberapa bulan nak beli kamera ni. Siap ikat perut tu nak beli hihihihih! teruk betul perangai!

Kamera GoPro ni ada 3 edition iaitu White 5mp, Silver 10mp dan black 12mp. Mula nya aku nak beli yang White edition je, tapi hubby aku mati-matian bangkang sebab dia paham sangat perangai bini dia yang suka menyesal lepas beli, So alang-alang dia suruh beli yang hi-spec sekali iaitu 12mp walaupun mahal tapi dia nak aku puas hati.

Target aku sebelum pergi bercuti kamera mesti dibeli, 2 minggu sebelum bercuti aku dah order kat LAZADA dia punya delivery time 6-10 hari so memang sempat sangat la sampai kan? tapi malangnya tak sampai pun seperti masa yang diberi. So terpaksa la aku cancel, banyak dah tempat aku survey kat LAZADA paling murah tapi sayangnya delivery time plak tak tepat, sedih! dekat LAZADA harga dia RM1259.00 dengan basic aksesori.

Order dengan LAZADA aku dah cancel so aku beli pulak dekat Pertama Kompleks, nama Kedai Foto Selangor, sebelum ni ada juga tanya kat kedai lain tapi rata-rata bagi harga yang sama RM1,499.00. Dekat Foto Selangor ni Alhamdulillah dapat harga jauh lebih murah dari kedai yang lain iaitu RM1,300.00 

RM1,300.00 ni akan dapat standard aksesori ade la 2-3 jenis mount dengan wifi remote untuk digunakan bersama kamera nanti, wifi remote ni hanya boleh di dapati kalau korang beli black edition je.. kalau yang white & silver korang leh download app. kat handphone.

Dia punya memori kad kena pakai Special skit.. kena pakai ultra thin class 10, baru ok. Apek kedai tu bagi RM50 untuk memori kad so total yang aku kena bayar RM1,350.. dia suruh gak beli Gopro Pole tapi mahal sangat kat situ, cadangnya aku nak cari online seller je.

Cari punya cari ade insta seller yang jual Gopro pole ni.. harga dalam IG RM70 tapi sebab aku nak guna urgent aku minta COD, dia cakap datang je kat Uptown jalan Reko dia tinggal barang kat situ. Rupanya banyak lagi monopod-monopod lain, harga pun murah skit dari dalam IG. Dia bagi RM60 untuk pole tu.. ok la kan? ke ada murah lagi? Ok kalau korang nak beli Gopro pole yang murah leh visit IG Ozzyphoto.

ok tu je nak kongsi.

Gadjet terbaru aku :)

Ni contoh hasil dari GoPro & sedikit editing.

Jumaat, 2 Mei 2014

Holiday di Grand Lexis PD ~ Last part

Ok ni yang terakhir..

Tersedar awal gak pagi tu.. tapi Alhamdulillah badan rasa segar sangat! bangun pagi tu sambung borak pastu panaskan segala makanan yang berbaki semalam, so makan sampai kenyang! Lepas dah kenyang siap-siap nak terjun kolam lagi! best gila dok dalam bilik ade kolam.. air kolam dia mak aihhhhh! sejuk gilos!

Lama gak berendam dalam kolam.. aku rasa habis kecut seluruh badan. Dah puas mandi kolam bersihkan badan kemudian siap-siap nak buat next aktiviti iaitu tukar-tukar hadiah. Semua kena beli hadiah lebih dari sepuluh ringgit, puas gak nak memikir nak beli hadiah apa. Nasib baik la aku ni kerja kat Mid valley so byk la choice aku nak beli. At last aku beli gelang, ni bukan sebarangan gelang tau.. gelang tu penuh makna tersirat.

Masa untuk tukar-tukar hadiah, byk kali gak cabut no. sebab ada je yang dapat nama sendiri! last-last la berjaya akhirnya dapat tukar-tukar hadiah. Yang bertuah dapat hadiah aku adalah Yana! hope dia suka la apa yang aku beri tu, aku plak dapat hadiah dari Yana! suka gila aku dapat beg tu, sebab memang nak beli sangat beg tu tapi cari tak jumpa last-last dapat hadiah! BESTTTT! tq Yana!

Eksaited dapat hadiah besttt!!
Nak hadiah?? kena kiss dulu! huhuhuh! ni namanya kiss kasih sayang ☺
Pakaikan pun dengan kasih sayang ♥♥
Lepas dah tukar-tukar hadiah siap-siap nak balik.. sebelum balik tu singgah jap makan tengah hari, macam-macam lauk ade! kenyang sangat perut sampai nak drive pun macam tak larat. sebab perut dah kenyang mata pun mengantuk!
Lunch menu kami! dah la MURAH sedap plak tu!

Lepas makan terus menuju balik ke Putrajaya... maka berakhirla percutian 2 hari 1 malam kami semua!! harap next time kita leh gather-gather lagi  dan semoga persahabatan kita akan berkekalan hendaknya! semoga tiada perasaan hasad dengki, cemburu dan segala macam di antara kita...Aminnn

Peace!! berkawan namo gaduh-gaduh k!