Sesi Kaunseling Di HKL

Nak cerita skit pasal sesi kaunseling di HKL hari tu.

Maaf yee.. nama nurse yang entertain kami tu aku lupa, boleh tahan tegas gak orang nya, aku tengok nurse kat situ semua nya tengah pregnant ☺ (good sign kah? hopeee soooo!).  Lepas dia tanya history tu dia tanya aku diet ke? aku cakap aku pernah la diet atkin turun banyak juga dari 75kg ke 70kg tapi..... bila dah raya memang kelaut la diet aku. Dia bising-bising suruh aku turunkan berat dia kira-kira BMI aku 63kg now 75kg so kena kurang kan sebanyak 12KG!! ohhh!! tak tau la termampu atau tidak..

Bila turn hubby aku plak dia tanya hubby aku merokok ke tidak, hubby aku ni tahap HEAVY smoker ok!! pastu kena bising la ngan nurse, nurse tu suruh dia cari cara untuk buang tabiat merokok. Di pun anguk-anguk pastu gelak.. huh!

Nurse tu ada suruh hubby aku makan vitamin, aku cakap la aku de belikan ZINC shaklee tapi dia tak makan pun, nurse tu marah dia cakap beli mahal-mahal tak makan rugi je... dia suruh habiskan baru beli yang baru. Lepas part history tu dia cerita pasal hari sepatutnya bersama, hari sepatutnya bersama adalah hari ke 14 itu adalah hari subur bagi wanita normal *semua orang tau kan?? huhuhu! dia bagitau jika kalau tak bersama dalam masa 5 hari, sperma si suami dah jadi tak berkualiti atau tak fresh (sperm banyak yang mati), so kalau la period lebih 5 hari & tak bersama dia suggest suruh si suami buang dulu sendiri so bila nak bersama nanti leh la kuar sperm yang lebih berkualiti.. haaa gitu la tipss nya. Dia cakap cuba dulu cara ni, kalau tak berjaya juga doktor akan suggest ke next step iaitu IUI.

Dia cerita la macam mana IUI di jalankan, prosedur yang patut dilakukan.. dia cakap nak buat IUI ni kena buat betul-betul mengikut tarikh yang telah dicadangkan sebab ubat IUI ni mahal katanya so pihak hospital tidak mahu ade pembaziran di situ.

Jika IUI tu tidak berjaya juga baru la doktor suggest untuk IVF, dia cerita IVF ni bukan korban setakat duit jeee, masa, ketabahan kekuatan semua kena ada. Lagi satu IVF ni kerajaan peruntukan tak banyak tau.. tak silap untuk 200 orang je, so buat setakat hari yang aku pergi tu senarai menunggu sudah mencecah 150 orang.. so 50 je lagi tempat yang kosong. Lagi satu dia cakap IVF ni bukan semua nya menjadi, tahap kejayaan tu terpulang juga kepada faktor umur seseorang tu makin meningkat umurnya makin sedikit la peluang untuk berjaya. So sila la bertabah yeee...

itu je nak cite.. ok bai!


Ulasan

  1. Haa, tips yg after 5 days tu x tahu pun. Patutla lps inject pregnyl hr tu x menjadi lagi sbb hr ke6 slps last bersama. Rugi alahai x tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau x bersama dlm masa 5 hari tu kena buang dulu.. kiranya air mani yg kedua tu baru fresh.

      Padam
  2. kalau period tak normal, waktu subur cmne lak? hahhaha tanya tak kat nurse tu. yg hari subur 14hari tu semua orang tahuu kann.. hok kita yang tak normal ni cena? ;(

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuh kita pun x normal.. dia cakap cuba je dulu hari ke 14 tu.. x kira la period kita tunggang langgang mcm mn pun, je day yang ke 14 tu.

      Padam
  3. moga segalanya dipermudahkan..kita ikhtiar selagi mampu

    BalasPadam
  4. Assalam zue,
    semoga Allah permudahkan urusan zue AMIN
    pa pun salam perkenalan yer
    iols ni dah lama jadik silent reader blog uols
    ni baru nak meng-komen he3
    kalo sudi jemputla singgah & join blog iols jugak yer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam, terima kasih saya just kongsi je apa yang saya lalui.. moga semua dapat manfaat.

      nnt kita terjah blog awak ye ;) selamat berkenalan

      Padam
  5. semoga zue dan suami tabah dan sabar..
    nana faham sebab nana pun masih belum dikurniakan zuriat.
    insyallah akan tiba waktu kita :)

    salam perkenalan dan jemput ke blog nana

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum..zue...kalau x keberatan, saya nak tanya adakah hubby zue ade masalah azoospermia? (ketiadaan sperma dalam air mani). Sorry ye kalau tetiba tanya. Saya pernah baca dlm satu post zue yg cerita pasal result semen analysis yang xde benih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul.. tu result di hospital kajang di HKL belum buat apa apa test lagi

      Padam
    2. just nak inform zue, kitorang ade support group untuk wife yang suaminya azoospermia..zue dialu-alukan utk join bla2 msa..ape pon semoga Allah mengurniakan yang terbaik utk zue n suami..
      =)

      Padam
    3. salam kak.. boleh saya join group tu?

      Padam
    4. boleh..amat dialu-alukan...zue boleh bagi FB zue x? kalo nak bagi no. phone boleh gak..sbb ade grup FB and ade grup whatsapp.

      Padam
    5. norzuraidah tumian.. plss invite aii!

      Padam
    6. Zue..admin kata x jumpa nama zue. xpe camni..zue cari FB Azoospermia Support Group, pastu request utk join k. nanti admin approve. TQ

      Padam
    7. dear dah add.. minta admin approve :)

      Padam
  7. Salam zue..dh dpt appt dr x..lama x appt tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. saya belum jmp dr lagi.. baru jumpa nurse.. masa period hr tu terlepas sbb ade hal

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?