Sesi Kaunseling Di HKL
Nak cerita skit pasal sesi kaunseling di HKL hari tu.
Maaf yee.. nama nurse yang entertain kami tu aku lupa, boleh tahan tegas gak orang nya, aku tengok nurse kat situ semua nya tengah pregnant ☺ (good sign kah? hopeee soooo!). Lepas dia tanya history tu dia tanya aku diet ke? aku cakap aku pernah la diet atkin turun banyak juga dari 75kg ke 70kg tapi..... bila dah raya memang kelaut la diet aku. Dia bising-bising suruh aku turunkan berat dia kira-kira BMI aku 63kg now 75kg so kena kurang kan sebanyak 12KG!! ohhh!! tak tau la termampu atau tidak..
Bila turn hubby aku plak dia tanya hubby aku merokok ke tidak, hubby aku ni tahap HEAVY smoker ok!! pastu kena bising la ngan nurse, nurse tu suruh dia cari cara untuk buang tabiat merokok. Di pun anguk-anguk pastu gelak.. huh!
Nurse tu ada suruh hubby aku makan vitamin, aku cakap la aku de belikan ZINC shaklee tapi dia tak makan pun, nurse tu marah dia cakap beli mahal-mahal tak makan rugi je... dia suruh habiskan baru beli yang baru. Lepas part history tu dia cerita pasal hari sepatutnya bersama, hari sepatutnya bersama adalah hari ke 14 itu adalah hari subur bagi wanita normal *semua orang tau kan?? huhuhu! dia bagitau jika kalau tak bersama dalam masa 5 hari, sperma si suami dah jadi tak berkualiti atau tak fresh (sperm banyak yang mati), so kalau la period lebih 5 hari & tak bersama dia suggest suruh si suami buang dulu sendiri so bila nak bersama nanti leh la kuar sperm yang lebih berkualiti.. haaa gitu la tipss nya. Dia cakap cuba dulu cara ni, kalau tak berjaya juga doktor akan suggest ke next step iaitu IUI.
Dia cerita la macam mana IUI di jalankan, prosedur yang patut dilakukan.. dia cakap nak buat IUI ni kena buat betul-betul mengikut tarikh yang telah dicadangkan sebab ubat IUI ni mahal katanya so pihak hospital tidak mahu ade pembaziran di situ.
Jika IUI tu tidak berjaya juga baru la doktor suggest untuk IVF, dia cerita IVF ni bukan korban setakat duit jeee, masa, ketabahan kekuatan semua kena ada. Lagi satu IVF ni kerajaan peruntukan tak banyak tau.. tak silap untuk 200 orang je, so buat setakat hari yang aku pergi tu senarai menunggu sudah mencecah 150 orang.. so 50 je lagi tempat yang kosong. Lagi satu dia cakap IVF ni bukan semua nya menjadi, tahap kejayaan tu terpulang juga kepada faktor umur seseorang tu makin meningkat umurnya makin sedikit la peluang untuk berjaya. So sila la bertabah yeee...
itu je nak cite.. ok bai!
Haa, tips yg after 5 days tu x tahu pun. Patutla lps inject pregnyl hr tu x menjadi lagi sbb hr ke6 slps last bersama. Rugi alahai x tahu..
BalasPadamkalau x bersama dlm masa 5 hari tu kena buang dulu.. kiranya air mani yg kedua tu baru fresh.
Padamkalau period tak normal, waktu subur cmne lak? hahhaha tanya tak kat nurse tu. yg hari subur 14hari tu semua orang tahuu kann.. hok kita yang tak normal ni cena? ;(
BalasPadamhuhuhuh kita pun x normal.. dia cakap cuba je dulu hari ke 14 tu.. x kira la period kita tunggang langgang mcm mn pun, je day yang ke 14 tu.
Padammoga segalanya dipermudahkan..kita ikhtiar selagi mampu
BalasPadamtq sal
PadamAssalam zue,
BalasPadamsemoga Allah permudahkan urusan zue AMIN
pa pun salam perkenalan yer
iols ni dah lama jadik silent reader blog uols
ni baru nak meng-komen he3
kalo sudi jemputla singgah & join blog iols jugak yer :)
salam, terima kasih saya just kongsi je apa yang saya lalui.. moga semua dapat manfaat.
Padamnnt kita terjah blog awak ye ;) selamat berkenalan
semoga zue dan suami tabah dan sabar..
BalasPadamnana faham sebab nana pun masih belum dikurniakan zuriat.
insyallah akan tiba waktu kita :)
salam perkenalan dan jemput ke blog nana
Assalamualaikum..zue...kalau x keberatan, saya nak tanya adakah hubby zue ade masalah azoospermia? (ketiadaan sperma dalam air mani). Sorry ye kalau tetiba tanya. Saya pernah baca dlm satu post zue yg cerita pasal result semen analysis yang xde benih.
BalasPadamye betul.. tu result di hospital kajang di HKL belum buat apa apa test lagi
Padamjust nak inform zue, kitorang ade support group untuk wife yang suaminya azoospermia..zue dialu-alukan utk join bla2 msa..ape pon semoga Allah mengurniakan yang terbaik utk zue n suami..
Padam=)
salam kak.. boleh saya join group tu?
Padamboleh..amat dialu-alukan...zue boleh bagi FB zue x? kalo nak bagi no. phone boleh gak..sbb ade grup FB and ade grup whatsapp.
Padamnorzuraidah tumian.. plss invite aii!
PadamZue..admin kata x jumpa nama zue. xpe camni..zue cari FB Azoospermia Support Group, pastu request utk join k. nanti admin approve. TQ
Padamdear dah add.. minta admin approve :)
PadamSalam zue..dh dpt appt dr x..lama x appt tu
BalasPadamsalam.. saya belum jmp dr lagi.. baru jumpa nurse.. masa period hr tu terlepas sbb ade hal
Padam