Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Prelove Juice Extractor for SALE

Imej
Ade sesiapa yang tercari-cari juice extractor tak? aku ingat aku nak let go la yang aku punya tu.. aku nak beli jenis yang lain. Aku beli juicer ni masa bulan 8 hari tu, memang sangat jarang pakai.. masa mula-mula beli je beriya, pastu kelaut. Juice extractor aku brand ELBA.. masa aku beli RM100++ tapi ni aku nak let go RM70.00, harga tidak termasuk pos, pos dalam RM10.00 kot.. kalau lebih aku tanggung.. Ade sesiapa yang berminat tak?? PM aku k! Juicer aku sebijik macam dalam gambar ni.. ade yang berminat? Jual murah-murah je... nak tambah duit beli blender! hikhikhik!

Tarikh MRI confirm!

Imej
Akhirnya... Staff dah bagitau tarikh MRI alhamdulillah!! setelah beberapa kali postpone! Hari isnin tu hari sepatutnya aku ade appointment ngan doktor, tapi disebabkan aku tak buat MRI lagi kena la postpone lagi. Setelah bincang dengan nurse aku tak perlu jumpa doktor hari ni (lagipun malas nak jumpa doktor sebab berat aku ni makin naik je rasanya), nurse cakap lepas MRI baru jumpa doktor. Aku perlu buat ujian MRI ni di Hospital Ampang pada 27.11.2013 (lama lagi kan???) pukul 9.30am mesti dah tercongok kat Hospital! pastu ade la syarat-syarat yang aku kena ikut..macam kena puasa 8 jam sebelum buat prosedur MRI segala. Maybe lepas buat MRI ni baru leh jumpa ngan doktor.. aku ada masa 2 bulan nak turun kan berat aku ni! next appointment aku ngan doktor Ridzuan pada 9.12.2013 nurse dah bagi siap-siap tarikh appointment, walaupun dia tau result MRI tak keluar lagi ('+_+) .  Haih!! jauh lagi la perjalanan TTC aku ni nampak gayanya... cita-cita aku nak conceive pada tahu

Sentiasa merindui..

Imej
11.10.2008 Kami masih merinduimu.. seandainya mak masih ada... al-fatihah

Baju Renang Muslimah Murah

Imej
Masa nak pergi pulau tu hari aku sibuk sangat survey baju renang muslimah.. aku nak cari budget bawah RM100.00 sebelum ni memang aku ade baju renang, tapi just baju je la suar nan hado! lagipun besar.. So baju tu skang aku bagi hubby aku pakai. Setiap kali pergi shopping complex aku mesti singgah kat bahagian sukan tengok mana tau ade diskaun yang gila-gila, sampai sekarang tak ada pun diskaun gila-gila tu! huhuhuhuh! pastu search dalam mudah, ada yang bawah RM100 tapi prelove.. tapi aku tak putus asa, aku search lagi, aku jumpa satu website kat  http://www.pusatborongbaju.com.my/  tengok harga baju dia wahhhh!!! murah gilos. Aku tanya stok baju renang tu dia cakap lepas raya baru stok sampai, gigih la aku menunggu stok sampai.. dan akhirnya stok dah sampai terus dia contact aku cakap stok dah ready! yeay! Ni la baju aku.. omeyy tak? Kebetulan anak sedara aku sibuk nak juga & aku dah janji nak belikan if dia puasa tahun ni, so kena la tunai kan janji.. nasib baik murah

Review waterproof kamera murah saya

Imej
Hari ni aku nak buat review tentang gadjet terbaru aku, iaitu kamera Nikon Coolpix S31. Kamera ni aku beli masa nak pi pulau tu hari. Mengedik gila nak ambil gambar dalam air... mula-mula ada juga terfikir nak beli yang second hand dalam Mudah, tapi hubby aku bangkang habis-habisan, dia cakap kita tak tau condition kamera tu mcam mana, mana tau jatuh ke apa ke kan? Aku nak cari yang murah-murah je.. survey punya survey jumpa la brand ni ☺. Pada aku yang baru berjinak-jinak nak ambil gambar dalam air yang ni dah kira OK dah.. tapi kamera ni just boleh masuk dalam air sampai ke 5ft sahaja dengan masa tidak lebih 30min, so setakat snorkeling geli-geli boleh la.. tapi kalau nak sampai diving segala SILA CARI KAMERA LAIN! Ni antara gambar yang sempat aku snap-snap dalam air, member aku cakap gambar nya tak berapa nak clear. Yer la dik oi! dah namanya kamera murah macam ni la gayanya, kalau gambar cantik sure-sure kamera yang mahal tak laku... hikhikhik! 

Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 03

Imej
Hari terakhir di Pulau nampaknya! Disebabkan hari semalam tak puas berendam maka aku pujuk hubby aku esok pagi-pagi kita mesti ke jeti untuk tangkap gambar ikan puas-puas dan berendam sepuasnya!  Pagi tu kami breakfast meggi as usual, menghabiskan saki baki makanan yang kami bawa dari KL. Lepas je breakfast terus ke jeti, tapi agak hampa kedai rental mask tak buka lagi! pukul 9.30am baru buka! sementara tunggu kedai tu buka kami duduk minum dulu, aku order horlick & hubby order teh tarik. Bila nampak brother tu buka kedai cepat-cepat kami datang, al maklum la hari ni hari terakhir dan kami kena check out pukul sebelum 12pm. Dapat juga bergambar dalam air.. yippi! Hubby bersama ikan-ikan.. Segerombolan ikan selar kuning! kalau dapat bakar ni sedap! Tujuan sebenar nak pi berendam semula adalah nak ambil gambar coral & ikan-ikan so nak puaskan hati kena pergi la semula ke sana kan? Pagi ni tak ramai sangat orang, semalam memang ramai orang tapi pagi ni hanya k

Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 02

Imej
DAY 02 Malam tidur tak berapa lena iye la dah nama tidur kat dalam hutan sure-sure banyak nyamuk! pukul 7am dah bangun. Bangun bangun pagi terus buka sliding door, nyaman nya udara! kalau la rumah aku kat sini kan BEST!  di pagi hari yang hening Aku sediakan sarapan untuk hubby, sediakan roti dengan baked bean, serta sup cendawan tak lupa juga aku buat kan maggi! hikhikhik! kalau dah nama duk pulau sure maggi adalah pilihan utama! Dalam pukul 8am aku dah siap-siap nak turun, nak pergi snorkeling katanya.. aku call orang bot, tapi dia kata dia cuti katanya! aku call pula agent.. dia cakap nanti dia cari kan bot lain. Sementara nak tunggu agent aku jalan sampai ke jeti.. sampai di jeti aku teruja gila tengok ikan! makkk aihhhhh! tak pernah aku tengok ikan sebanyak ni.. memang seronok sangat. Korang tengok la ikan-ikan disekeliling mamat tu! tak ke geram nengoknya!! Tunggu punya tunggu budak agent tu tak call-call pun lagi! hati pulak tak tenteram tengok ikan..

Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 01

Imej
Akhirnya dapat juga aku berbulan madu di Pulau Perhentian.. tempat yang aku paling idam kan kat Pulau Perhentian adalah pergi ke Kincir Angin. Pakej ni aku dah beli sejak bulan 7 hari tu, kebetulan memang Agent Pulau Perhentian tu ada buat promotion sempena nak tutup Pulau so aku pujuk la kekasih hati untuk booking, bila si dia approve laju-laju la PM agent tu. Kali ni aku hanya pergi berdua, ajak geng lain semua takmo! makanya aku pergi la berdua. Aku pergi naik bas jerp, petang sabtu baru aku beli tiket ke Kuala Besut nasib baik ada lagi. Aku beli tiket bas kat Hentian Kajang je tapi naik kat Hentian Putra. DAY 01 Kami bertolak dari Hentian Putra dalam pukul 10pm menaiki bas Mahligai ke Kuala Besut, terima kasih kepada birasku kerana sudi menghantar kami ke Hentian Putra walaupun terpaksa missed tengok Kelantan VS JDT malam tu... hikhikhik! Kami sampai di Jeti Kuala Besut lebih kurang pukul 9am, sampai je kat sana terus cari tempat makan.. perut memang berkeroncong s