Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua rakan-rakan aku di alam maya ini. Kepada kawan-kawan TTC aku, kepada follower dan kepada Silent Reader di blog ni, jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Semoga tahun ini adalah tahun yang bermakna bagi korang semua! SELAMAT HARI RAYA! Kepada yang balik kampung pandu kereta baik-baik yer.. kepada rakan TTC yang dah pregnant korang hati-hati jangan makan sembarangan tau! al-maklumla raya ni macam-macam makanan ade.. HOPE korang ENJOY! P/S: Yang duduk area Kajang jemputla datang rumah ♥♥

MySurvey

Imej
Korang tau tak pasal MySurvey ni? ok meh sini aku cerita bagi sesapa yang tak tahu lagi pasal MySurvey.. MySurvey ni adalah kaji selidik online yang dijalan kan diMalaysia.. Setiap Kaji Selidik yang dijalankan & disertai oleh peserta, perserta akan mendapat mata ganjaran. Mata ganjaran boleh ditukarkan kepada baucar-baucar mengikut mata ganjaran yang peserta dapat (contohnya: 500 mata boleh ditukar ke baucar JUSCO RM10) senang jerk... sape nak bagi kan? setakat jawab soalan tak sampai 5min dah boleh kumpul mata ganjaran. So ape lagi... jom kita semua meriahkan MySurvey! Korang boleh klik SINI untuk daftar! P/S: Sharing is caring ♥♥

Mood Ke Laut China Selatan!

Sorry minggu ni mood ke Laut China Selatan sebab aku demam dari hari Selasa hari tu tak baik-baik. Asal tibe malam jer demam mengigil macam nak ape, ditambah dengan tak boleh tido lagi! pastu siang ok plak, badan tak panas suhu normal, cume mata rase sakit sebab tak cukup tido! hmm tension! nak MC lama-lama kesian kat Boss aku tuh, kang takde orang nak tolong dia ☺ (pekerja yang baik!) .  Nak tak nak kene kerja bukan sahaja sebab aku ni RAJIN sahaja! tapi ade gak sebab lain,  ehehehehehe!.. Lain entri aku cite ekh setelah aku dapat confirmation dari pihak yang lagi satu.. daaaaaa!

Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea

Imej
-Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea - Cepat-cepat! nampak tak tajuk di atas?? Asmara wat Giveaway la.. ade FM dari Jepun & Korea plak tuh! Aku ni Silent Reader keluarga Asmara ni, best betul baca pengalaman dia kat negara orang. Now Asmara wat Giveway boleh la dapat FM FREE dari JEPUN & KOREA, al maklumla aku kan pengumpul FM, Asmaraaaaa... C.I.N.T.A belum ada lagi koleksi FM dari Jepun or Korea.. meh la bagi kat C.I.N.T.A satu ☺☺.  Anyway C.I.N.T.A mau gak Join Giveaway Asmara ni, & semoga berjaya pada sesapa yang join tuh ye! Sesape yang nak JOIN boleh click je picture kat atas tuh.. aku nak TAG kawan-kawan yang lain laa. Mangsa TAG adalah: Kak Fiza - (Kak! ni la peluang nak kumpul FM dari Oversea) Chinta EKA Maifarah P/S: Tarikh tutup 22 September 2011.. lama lagi wooo! ade lagi sebulan... YEPPI

Tahniah! Kali Ke-2

Imej
Aku tension! semalam mau update pasal berita baik ni tapi takleh nak taip ape-ape, geram betul! maybe blogspot problem kot semalam.. Aku excited nak cerita pasal berita baik dari bestie aku iaitu Fauziah a.k.a Jiegie. Actually kitaorang pegi buka puasa bersama-sama pada hari Selasa yang lepas kat Alamanda & she told US that she is PREGNANT for second time! wahhhhhhh! HAPPY sangat... Dia cerita pengalaman dia masa dia tau dia pregnant, she not expect yang dia akan pregnant buat mase setahun dua ni, iyer la anak dia Fatin tuh baru umur setahun lebih dan masih BF lagi plak tu. Aku kesian gak kat bestie aku ni iye la aku tengok dia makin kurus, tinggal rangka jerk.. (eheheheh Jangan marah haa!), ni tambah plak lagi satu, lagi kurus la member aku ni ☺. Dia cakap pengalaman muntah-muntah belum muncul lagi dan dia hope sangat yang dia takkan alami lagi situasi tu.. takpe Jiegie I know u kuat! Nampaknya next year bertambah lagi la anak buah baru ☺☺.. Jiegie ngan Fatin Jelous ten

MOMO semakin nakal

Imej
Sejak dua menjak ni MOMO aku semakin nakal & sangat active! letih nak mengejar dia.. bile ngan aku dia still crabbing tapi tak sekerap dulu.. lega skit. Mengigit pun dah kurang tak macam mase mule-mule aku adopt dia dulu. Semalam tengah main-main ngan si MOMO dia boleh plak escape dari aku.. dipanjatnya langsir dannn terus naik ke rel langsir! huh! jenuh aku nak pujuk dia turun. GERAM betul! Aku ni sampai terpaksa panjat tangga semata-mata nak pujuk dia turun. sabar je la.. Layan je la gamba si MOMO yang semakin nakal ni. Nampak tak dia tengah sembunyi? hehehe! MOMO kantoi! nampak badan.. isk.. nakal sungguh! penat nak pujuk dia suruh turun Cerr tengok muke dia yang nakal tuh geram! Apa pun yang MOMO buat cukup membuat kan hati ni gembira sangat! walaupun penat baru balik keje.. tapi melayan MOMO menjadi keutamaan.. MOMO I ♥ U sooo much! P/S: MOMO still dalam process bonding.. bile la dia boleh dengar cakap mummy dia ni ehehehe!

Hanis Zalikha Review pasal Projek kat Nusajaya??

Wahhh! sangat teruja & bangga bila blogger terkenal Hanis Zalikha review pasal projek-projek kat Nusajaya, Johor. Kenapa aku ni teruja & bangga? sebabnya dulu aku pernah kerja kat salah satu projek tu.. Puteri Harbour. Sesapa nak tahu cerita lebih lanjut boleh click SINI . Sebenarnya aku still keje kat company yang sama cume tempat je yang berlainan.. sesapa yang tak tak pernah pergi ke Puteri Habour korang mesti pegi tau! sebabnya tempat tuh pada aku adalah tempat yang best & tenang.. P/S: Kalau la aku masih kerja kat Puteri Harbour lagi... boleh bergambau ngan si Hanis ni ☺

Sagu Gula Melaka

Imej
Yummy! Teringin gak nak berbuka puasa dengan masakan hasil dari air tangan sendiri, buat gak yang simple tapi nice... Sagu Gula Melaka. Bahan-bahan Sagu Gula melaka Susu cair/ Santan Daun pandan Cara-cara 1) Masak sagu sehingga menjadi pekat atau berketul. 2) Masak gula melaka bersama santan & daun pandan. 3) Masak susu cair/ santan sehingga mendidih 4) Hidangkan sagu bersama gula melaka dan susu cair/ santan. Selamat mencuba... P/S: Sejukkan sebelum makan pasti rasenye lebih sedap!

Mee Bandung Muar

Imej
Dah lama tak makan mee bandung muar, SEDAP nyer! Sejak berpuasa ni asyik nak makan makanan dari JOHOR jerk.. Laksa Johor la, bubur lambuk ala Johor la, Air Kathira Abu Bakar la... Adoi! mengidam pe.. Pastu ditambah plak dengan perangai yang malas nak masak... ehehehe! makanyer berbuka saje diluar ☺☺.  Mulanya perancangan mau makan Nasi Arab di Saba' tapi.. Hubby aku malas jauh katanya.. So cari option lain, berbuka Mee Bandung di Carefour BTHO. Untuk mengelakkan kesesakkan di waktu berbuka puasa, kami pergi diwaktu yang kurang sesak, dalam pukul 8.30pm baru gerak dari rumah... so.. takdelah berebut-rebut tempat nak makan kan? Mase berbuka kitaorang just makan roti john & karipap sorang sebijik...  Mee Bandung + Dragon Fruit Ice Blended untuk aku Briyani Gam Ayam + Fresh Oren untuk Hubby Taste kat sini ok la.. tapi tak mencapai standard JOHOREAN lagi laaa.. eheheheheh! Tempat dia selesa dan yang penting harga pun berpatutan ☺ takdelah mencekik darah. P/S: Sape t

Kisah benar seorang ibu dan karpet kotor

Imej
Dari ibox aku ade satu email yang membuat aku terpikir-pikir.... Ada seorang ibu suri rumah tangga yang mempunyai 4 orang anak lelaki. Urusan belanja, mencuci, makan, kebersihan & jemuran; mengemas rumah dapat dilakukannya dengan baik. Rumah nampak selalu kemas, bersih & teratur Suami serta anak-anaknya sangat menghargai pengabdiannya itu. Cuma ada satu masalah, ibu yang pembersih ini sangat tidak suka kalau karpet di rumahnya kotor. Ia boleh berleter dan marah berpanjangan hanya gara-gara melihat jejak kasut di atas karpet, maka suasana tidak enak akan berterusan seharian. Sedangkan, dengan 4 prang anak lelaki di rumah,keadaan ini mudah serta berulang ulang kali terjadi dan ini begitu menyiksa ibu ini. Atas saranan keluarganya, ia pergi menemui seorang psikologi bernama Virginia Satir, dan menceritakan masalahnya. Setelah mendengarkan cerita ibu dengan penuh perhatian, Virginia Satir tersenyum & berkata kepada ibu ini :"Ibu tutup mata ibu dan bayangkan apa yan

Dia tercipta untuk ku ♥♥

Imej
YA ALLAH! comel gile mahluk yang bernama MOMO ni.. geram sangat ngan dia, dia sangat manja & mengada-ngada! Syukur kepada tuhan kerana menciptakan mahluk yang secomel ini.. buat penawar duka kepada orang yang kesunyian seperti aku ini.. Melayan MOMO ni seperti melayan anak yang sentiasa mahu dimanjakan☺, mana tak nya... bile tidur mahu dibelai, bile makan suka disuap dan tak lupe juga suke mahu di ambil perhatian.. Walaupun MOMO ni tak pandai bercakap, tapi aku tahu yang dia paham aku sayang kat dia ☺☺. ♥♥ MOMO ku sayang♥♥ MOMO tidur berpelukan jari aku ☺ Time bermain Tidur bergulung kat atas perut aku ☺ Segala problem insyallah boleh lupe dengan adanya MOMO, kerana telatahnya membuatkan aku rase geram! & rase mau dipicit²... eheheheeh! Sekarang hidup aku lebih ceria & gembira.. P/S: Andainya membeli anak semudah membeli MOMO dikedai, mahu aku beli 10 anak untuk aku jaga sendiri... (larat ke nak jaga sampai 10 orang anak? setakat cakap pandai la eh

Resepi Murtabak crackers

Mari kita sharing resepi murtabak crackers. Simple tapi sedap... Bahan-bahan Biskut Cream Crackers (kalau nak sedap gune cap ping-pong) Daging cincang (Ramly) 2 biji bawang besar- dipotong dadu 2 ulas bawang putih - dipotong dadu  Sedikit halia - ditumbuk 2-3 biji kentang - dipotong dadu 1/2 - 1 biji lobak merah - dipotong dadu 1 biji lada merah/hijau - dipotong halus 1 peket rempah kari 2-3 biji telur ayam Susu cair Daun sup & daun bawang Cara-cara Inti Murtabak crackers Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan daging cincang (sukatan ikut citarasa kalau nak rase daging banyak masukkan banyak) masukkan sedikit air untuk empukkan daging, masukkan juga halia yang telah ditumbuk. Campurkan air dengan rempah kari supaya menjadi paste, masukkan kentang dan lobak, kemudian masukkan paste kari dan gaul rata. Setelah kentang, lobak & daging empuk masukkan lada merah/hijau yang telah dihiris. Jangan lupe masukkan garam & bahan pe

Murtabak crackers yang hangus!

Imej
ehehehe! kenapa aku bagi tajuk macam tu?? sebabnya semalam aku cube nak buat murtabak crackers tapi bahagian atasnya hangus.. Hangus sebab aku tak gune acuan yang betul & aku bukan la gune oven. Tekak ni memang dah lama teringin nak makan murtabak crackers ni, bahan-bahan dia simple & senang nak buat. Murtabak crackers ni mase aku tadika dulu mmg ni la makanan yang selalu pembantu tadika tuh buat, memang takde lain! 1 minggu sampai 2-3 kali ☺. Bile dah besar ni teringat plak makanan fav mase kat tadika, lagipun arwah mak aku dulu pun rajin gak buat murtabak crackers ni.. lagi satu dia ajar aku buat murtabak meggi, murtabak meggi lagi senang nak buat... Balik keje terus ke kedai membeli bahan-bahan nak buat inti murtabak, sambil tuh cari gak acuan nak membakar.. malangnya tak jumpa! So aku buat la acuan sendiri mengunakan aluminium foil (betul ke tak ekh aku eja?) yang ada kat umah. balik aku siapkan inti sume terus la membakarnya... memandangkan aku takde oven aku bakar

Happy Birthday to Intan!

Imej
Hari ni hari jadi my best friend la... ehehehe! boleh terlupe plak.. nasib baik ade FB.. setau aku, dalam hp aku ni aku dah save dah date-date yang penting.. nape tak bunyik erk??.. ehehehehe! anyway.. aku nak ucapkan Happy Birthday buat kawan baik aku INTAN JULIANA! semoga persahabatan kita lebih erat & semoga cepat dapat baby.. jangan tunggu aku!, aku ni tak tau lagi bile dapat baby eheheheh! takpun meh kita usaha sama-sama, usaha tangga kejayaan beb! Cilok gambar intan dari FB.. cantiknya dia ☺ Aku sentiasa doakan ko panjang umur & murah rezeki, semoga HAPPY selalu.. jangan tensi-tensi ya! HAPPY BIRTHDAY! P/S: Teringat zaman-zaman belajar banyak suke duke kami bersama