Rawatan Kesuburan: MRI Scan

Kronologi Treatment



Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba! semalam 27/11/2013 aku ada appointment dengan Hospital Ampang untuk MRI ni.. sesiapa yang tak tau kenapa aku buat MRI ni boleh rujuk entry yang LEPAS

Sebab berdebar terlebih sangat kan, aku ajak  hubby untuk temankan aku.. nasib baik dia OK! *tq darling sebab teman love you! Kami bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi, appointment pukul 9.30pagi kene la datang awal kan takut susah nak dapat parking tapi... memang susah pun nak dapat basement parking FULL, terpaksa parking kat luar! jauh kena jalan :(. 

Malam sebelum buat MRI aku kene makan ubat yang doktor bagi sebelum ni sebab aku alergik dengan ubat dan aku kene berpuasa 6jam sebelum buat MRI tak boleh makan tapi minum boleh, hanya plain water dibenarkan. 

Sebelum masuk ke Hospital teman hubby breakfast dulu, yerla mesti tunggu lama kan? so untuk mengelak kan dia BAD MOOD bagi makan sesiap.. aku telan air liur je la tengok dia makan. Lepas makan terus gi daftarkan diri kat bilik radiologi, daftar kejap je.. tapi nak menungggu tu adoiyai lama gilos! Doktor panggil nama aku kemudian dia tanya bila last period.. sebab aku dah lama gile tak period so diaorang suspect aku pregnant, aku pun memang tak buat UPT sebab dah biasa dengan lewat period ni kan. Doktor still suruh aku buat UPT sebab takut aku pregant, sebab CTscan ke Xray ke MRI ke bahaya untuk pesakit yang pregnant.. sian kat baby nnt.

Nak tak nak terpaksa la aku gi beli UPT, kami beli kat KK mart di luar hospital.. setelah UPT ternyata memang naik 1 line jerp! so aku pergi semula kesana dan bagitau kat doktor yang result adalah negative.. makanya leh la aku teruskan membuat MRI scan & doktor suruh aku tunggu turn untuk buat MRI ni.

Lama kot tunggu! berjanggut rasanya.. dari pukul 9.30am pukul 12.30pm baru masuk bilik untuk buat MRI. Dalam bilik MRI tu aku kena tukar baju & tanggalkan segala besi-besi yang melekat kat diri ni. Lepas aku salin pakaian hospital doktor masuk untuk cucuk jarum untuk memasuk kan ubat masa MRI nanti. Heyyyyy! sakit gila la cucuk jarum drip ni! dah la lama nak cari urat aku.. bila dah jumpa urat bengkok katanya tapi dia still cucuk, bila cucuk ubat tak boleh masuk sebab tak masuk kat tempat yang betul! adoiiii! sakittttt! kemudian doktor cari plak urat kat tempat lain, doktor cakap urat aku ni halus sangat susah nak jumpa.. at last jumpa juga.. alhamdulillah!!

Lepas dah cucuk jarum drip doktor suruh masuk dalam bilik MRI, duduk atas katil sebelum masuk kedalam terowong. Sebelum aku di tolak kedalam terowong doktor sambungkan drip ubat kat tempat yang dia cucuk tadi. Doktor pesan.. masa dalam terowong nanti jangan gerak sedikit pun!! kalau tak lagi lama la aku duduk dalam terowong tu! SCARY WOOO!! Ok masa untuk aku duduk dalam terowong tu dalam 40min macam tu.. lama gila kot!! tak abis abis.. dalam tu macam-macam bunyi bising ada! dah la tak boleh gerak.. bising plak.. memang tepu duduk dalam tu.. hikhikhik! 

Lepas 40min semua pun settle... doktor suruh tukar baju & tunggu dia cabut jarum, kemudian boleh balik dah. Result untuk MRI ni akan dia hantar ke lab untuk dianalisis! Kuar-kuar dari bilik MRI sian tengok hubby kebosanan.. hikhikhik! bateri HP abis bateri TAB pun abis! sian dia tunggu aku lama. So next month tunggu appointment dengan Doktor Rizuan plak, aku ingat nak mintak doktor cepatkan aku nya treatment la, nak terus gi step UIU or IVF agak-agak doktor setuju tak eh?? yerla umur aku pun dah lanjut.. nak tunggu step step ni lambat nya laaa... target aku tahun depan MESTI aku ade baby.. korang doakan la yerrr!

**sehari sebelum aku gi scan MRI ni ada rakan sekasut aku wasap dia cakap dia ada masalah yang sama dengan aku, iaitu hormon dia tinggi dan doktor suggestkan buat MRI kemudian dia ikhtiar untuk turun kan hormon dia cuba makan jamu WSR (women secret Receipe) setelah dia consume ubat tu dia cek balik ngan doktor paras hormon dia kembali normal & doktor cakap dia tak payah lalui MRI ni.. dia bagitau aku lambat!! kalau cepat sikit maybe aku pun tak payah nak masuk terowong yang scary ni!! hihihihi! TQ dear sebab sudi share pengalaman awak! semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh & solehah!

INFO

Total rawatan kali ni: RM0.00

Ulasan

  1. moga dipermudahkan segala urusan perjalanan kita utk memiliki zuriat sendiri..amin,ggod luck cayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. opk rm1.20 - ovulation predictor kit / kit mengesan kesuburan
      upt rm1.00 -urine pregnancy test/ ujian kehamilan (urin)
      termometer rm10 - satu titik perpuluhan sahaja

      min pembelian 10 keping (blh cmpur2 upt & opk utk cukupkan 10)
      kontek 0122723104 nor

      Padam
  2. 40 minit dok dlm MRI tu ker? Lama nya. Good luck laling.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?