Rawatan Kesuburan: Kali Ke lima di Hospital Kajang

9. Rawatan Kesuburan: MRI Scan

Semalam 9.12.2013 appointment aku selepas MRI scan tu hari.. so macam biasa aku ambil cuti 1/2 day. Pagi tu memang aku bawa kereta sampai ke opis sebab weekend tu ade family gathering kat PD, jangan tak tau yer bertolak dari PD pukul 5 pagi huhuhuh! sampai rumah bos hubby pukul 6 pagi, gi sarapan siap-siap then pergi ke opis.. sempat gak lelapkan mata 2 jam dalam kereta.. hikhikhik!

Ok² kita berbalik cerita pasal treatment, pukul 1 je aku cecepat kuar opis takut lambat sampai kat Hospital Kajang, bila sampai kat Hospital macam biasa ambil no giliran kemudian bayar bil rawatan RM5.00 sahaja untuk cas rawatan. Kali ni tak lama sangat menunggu, maybe sebab tak ramai orang. Bila dah masuk bilik tengok Dr Ridzuan hari ni takde, so tanya ngan nurse ok ke follow up ngan doktor lain?? sebab Dr Ridzuan yang selalu cek saya.. dia cakap nak buat macam mana dah doktor takde. Tengah tunggu tetiba ade sorang Dr lelaki muda datang panggil aku, dalam hati "alamak lelaki ke?? aduh malunya..." kemudian dia buka rekod aku then dia baca-baca dia tengok pasal history aku then dia nampak aku ade buat MRI scan, dia panggil nurse untuk tanya result scan aku dah sampai kat lab ke belum.

Nurse tu pun call lab, lab cakap result dah dapat so boleh datang ambil. Setelah nurse ambil doc bagitahu yang result MRI aku semua ok, tiada saraf yang bengkak, tiada kanser or apa-apa yang abnormal kat saraf. Sebelum jumpa doc tu aku ade baca result test untuk hormon kali ke-2 tengok bacaan macam turun, so aku tanya doc pasal bacaan tu then doc cakap memang turun tapi belum tahap normal lagi.

Bacaan pada test yang pertama
Bacaan pada test yang kedua
Doc cakap aku kene makan ubat untuk turun kan hormon tu selama 3 bulan, kemudian kena datang balik untuk buat test kalau hormon dah stabil dia akan ke next step pula.. next step dia akan bagi ubat untuk besar kan telur pula. Doc advise untuk ambil sperm hubby lagi sekali sebab dia cakap sperm count ok tapi macam ada kuman kat sperm tu, so dia bagi ubat antibiotik untuk buat test lagi sekali. Ubat tu hubby kena makan selama satu minggu 3 kali sehari 2 biji sekali makan. Lepas seminggu baru leh buat test.

Lepas doc dah terang kan semua terus minta next appt. kemudian pergi ke lab untuk buat appt. anta sperm. Setelah settle semua berkenaan dengan appt. aku terus ke farmasi untuk ambil ubat. Doc bagi aku ubat turun kan hormon & antibiotik utk tambah kualiti sperm. Ubat turun darah tu dia bagi stock untuk 1 bulan sahaja kemudian bila stock ubat dah abis datang semula ke farmasi dan ambil lagi untuk sebulan sehingga la abis 3 bulan.

Lepas dah settle semua, aku balik terus gi makan.. pukul 4.30pm baru settle! maunya tak lapo..

Sperm analysis : 6.1.2014
Blood test : 1 or 2 week before appointment 3.3.2014
Next appointment : 3.3.2014


INFO

Total rawatan kali ni: RM5.00

Ulasan

  1. Alhamdulillah...result MRI u ok. I doakan semoga ur next step in TTCing dipermudahkan Allah...amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semua ok.. yeay!! leh ke next step

      Padam
  2. In shaa allah. Ada rezeki dariNYA tu zue. Teruskan usaha yer, Soh hubby kurangkan merokok. Tak pon soh benti terus...hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq kak for your support! insyallah mmg nak saiko dia benti rokok..

      Padam
  3. 3.3.2013? 2014 kot kan?? hihi.. by d way.. gud luck :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahahah! silap.. dah betul kan dah.. tq kak!

      Padam
  4. Mungkin sis boleh cuba set kesuburan dari Shaklee, manelah tau, berhasil....Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. saya follow sis kat sini n kalau sudi follow la saya balik yer... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tengah amal kan :).. tq sbb sudi singgah sini

      Padam
  5. Alhamdulillah...good luck untuk nest step. Semoga dipermudahkan

    BalasPadam
  6. Gudluck....usaha tandanye Allah nak bg dah tu rezeki tu...doa byk2 moga dipercepatkan rezeki zuriat...aamiin :)

    BalasPadam
  7. alhamdulilah semua ok..moga urusan seterusnya dipermudahkan..
    sal tgh tggu cik p yang tak kunjung tiba , selagi tu tak dapat sambung treatment..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila buat UPT segera :), mana tau ada baby dust

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?